Friday, February 24, 2012

SELAMAT HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-28 TAHUN "NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM"

23hb Februari 2012, Bandar Seri Begawan: Suasana Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam diraikan oleh semua lapisan masyarakat Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis 23hb Februari 2012 yang bertempat di tengah-tengah Bandar Brunei yang sekarang dinamakan Bandar Seri Begawan. Dengan adanya acara ini, kemeriahan telah dirasai oleh setiap individu yang ikut serta mahu pun yang tidak menyertai dalam meramaikan lagi suasana di Bandar Seri Begawan.

Bukan sahaja penduduk Brunei pergi ke tengah Bandar Seri Begawan, malah orang luar pun dapat menikmatinya. Acara merayakan Hari Kebangsaan ini dimulai dengan acara ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat di raja yang lain. Pada acara ketibaan Kebawah Duli, penuntut-penuntut dari sekolah di Negara Brunei ini mengibarkan bendera kebangsaan kita yang berwarnakan kuning, putih, merah dan hitam dengan gembiranya.

Banyat lagi acara yang dipersembahkan dihadapan Kebawah Duli yang patut kita bangakan sebagai anak Brunei. Semoga penduduk Negara Brunei Darussalam akan berasa aman dan sentiasa berbahagia diatas pemerintahan Sultan kita, Pemimpin kita iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darusssalam.

Editor
s28
2012