Saturday, November 28, 2009

2009 SOAS COLLEGE ANNUAL DINNER AT JERUDONG POLO CLUB





Restoran Tarindak Polo Club Jerudong, 24hb November 2009: Acara Annual Dinner Maktab SOAS telah berlangsung di Restoran Tarindak bertempat di Jerudong Park Polo Club. Acara bermula kira2 jam 8 malam. Keadaan guru2 yang hadir pada malam itu telah memakai berbagai2 jenis fesyen. Ini adalah kerana tema pada tahun ini ialah Zaman Era 60'an. Yang hadir juga pada malam itu termasuk Pengetua Maktab SOAS berserta dengan Timbalan2 dan Pemangku Timbalan.

Acara dimulakan dengan ucapan dari Tuan Pengetua dan diikuti dengan acara jamuan.Selepas itu persembahan dari MC Maktab dan juga beberapa orang guru dan juga MC jemputan iaitu Kumpulan 69. Persembahan yang dipetik dari era zaman P.Ramlee yang mengisahkan seorang wanita dimainkan oleh Cikgu Nursusanti dan kekasih dimainkan oleh Cikgu Sirazuddin sedang berjalan2 dimana bapak kepada wanita tersebut yang dimainkan oleh Cikgu Yusrin dengan pakaian cara melayu berserta tongkat dan bakul telah terserempak wanita itu dan memberitahu bahawa beliau telah bertemu jodoh dengan seorang wanita muda yang dimainkan oleh MC jemputan.Dengan kisah tersebut, lakonan mereka amat mengetawakan semua penonton.
Selepas lakona tersebut, cabutan bertuah telah berlangsung dimana hadiah2 telkah disponsor oleh berbagai2 agensi termasuk DSTcom. Selesai sahaja sesi cabutan bertuah yang pertama selesai, Mrs Kim berserta anak2 beliau telah memeriahkan lagi acara pada malam itu tarian dari negara kepulauan mereka, New Zealand.

Acara seterusnya lagi telah dimeriahkan lagi oleh guru2 ahli jawatan kuasa pada malam itu dengan lakonan dan tarian di zaman era 60'an. Guru2 yang mengambil bahagian ialah Cikgu Haji Rosli, Cikgu Salleh Kadir, Cikgu Irwan, Cikgu Azreen, Cikgu Nursusanti, Cikgu Mashanita, Cikgu Lizeana dan Madam Ow. Persembahan itu ialah persembahan lagu 4 in 1 diantaranya lagu2 dari Bunyi Gitar dan Aci2 buka pintu.Sebenarnya banyak acara telah dipersembahkan. Untuk menceritakan semua, karang labih 6000 patah perkataan.Macam membuat thesis karang. Hehe3..Memendekkan cerita, acara2 yang berlangsung ialah persembahan dari artis jemputan dimana dimana beliau telah menyanyikan 2 buah lagu termasuk lagu Bosanova. Lagu dendangan dari guru dari Jabatan Inggeris. Diantara persembahan demi persembahan, cabutan bertuah juga terus dijalankan. Persembahan dendangan lagu dari Cikgu2 juga diadakan, ini termasuk persembahan dari Cikgu Salleh Kadir dan Cikgu Hj Rosli.

Hampir sahaja selesai acara, ada beberapa acara lagi telah dijalankan. Ini termasuk Best Dress dimana pemenang best dress bagi wanita ialah Cikgu Emmie dengan gaya rambut afro di tempat pertama dan Cikgu Ampuan Hartini di tempat kedua dengan baju berwarna black & white. Bagi lelaki pula, tempat pertama disandang oleh Cikgu Azreen dengan gaya 60'an dan tempat kedua
disandang oleh Cikgu Haji Rosli dengan gaya Dato' M Shariff. Sebelum acara terakhir ialah SOAS Annual Grand Draw dimana cabutan telah diambil oleh Tuan Pengetua. Dengan keuntungan guru2 yang memiliki nombor bertuah, hadiah bukan lagi calang2. Ada yang dapat Digital Cam, Go GO Broadband, Vacuum Cleaner dan yang hadiah terbesar dan terberat yang dimenangi oleh
Cikgu Dk Noridah ialah sebuah peti sejuk.

Acara yang terakhir yang dipersembahkan oleh guru2 SOAS termasuk Pengetua dan Timbalan2 berserta AJK yang diketuai oleh MC jemputan ialah tarian Poco-Poco. Acara pada malam itu amat mengembirakan dan amat meriah sekali. Ini disebabkan dengan adanya MC jemputan dan kesportingan guru Maktab SOAS. Sebelum guru2 bersurai, guru2 telah mengadakan bergambar ramai. Dengan pengambaran ini, Maktab SOAS telah menunjukkan bahawa semua guru2 Maktab SOAS adalah amat2 sporting. Sekian ulasan dari Editor blogspot SOAS FC dan Insyallah jumpa lagi di tahun hadapan di Tahun 2010.

Wednesday, November 25, 2009

SOAS FC vs PDRB BSB


Jaringan tunggal dari tandukan Cikgu Azreen


Menunggu 2nd half


Midfielder berkaliber


Pakai seluar tight ganya tu kah ??


SM HEP sedang menunggu umpan dari rakan


Pemain pertahanan Cikgu Arizal membawa bola


Keluar silat no.77 atu...


Teka mana Cikgu Hj Malai ??


Arena SOAS, 25hb Novembr 2009: SOAS FC yang bermain di tempat sendiri telah mendapat kekalahan yang tidak diduga, dimana SOAS FC tlah menjemput pasukan terdiri daripada pemain2 muda yang kaki otot mereka nampak macam pasukan yang selalu bermain. Di separuh masa pertama, SOAS FC telah ketinggalan dengan 3 jaringan. Percubaan demi percubaan telah dicuba oleh SOAS FC akan tetapi tidak berjaya. Keputusan kekal SOAS FC 0 - Polis Bandar FC 3.

Di separuh masa kedua pula dengan pertukaran beberapa pemain SOAS FC dan juga pertukaran pasukan lawan yang kebanyakannya fresh2 telah menyukarkan pemain2 SOAS FC. Ini adalah kerana pemain2 lawan telah bermain dengan amat pantas dan cepat. Akan tetapi, SOAS FC berjaya menjaringkan gol tunggal yang berjaya disudahi dengan free header oleh pemain penyerang, Cikgu Azreen hasil dari hantaran dari Ustaz Shahrul. Dengan serangan yang bertubi2 oleh pasukan pelawat, mereka lagi sekali berjaya menjaringkan gol tambahan. Walaupun SOAS FC sukar untuk menjaringkan gol ke pihak lawan akan tetapi, dengan ketangkasan penjaga gol, beliau berjaya menahan serangan. Sama juga dengan bahagian pertahanan.

Keputusan kekal hingga masa tamat dimana SOAS FC telah berjaya dikalahkan oleh pasukan pelawat dengan jaringan 4 berbalas 1.

p/s: Next game hari Khamis 26hb November 2009 di tempat yang sama menentang guru2 ugama.

Friday, November 20, 2009

SOAS FC menerima tetamu dari Pasukan Mahkamah Besar











SOAS Arena, 23hb November 2009: Pasukan dari Mahkamah telah hadir dengan jersi berwarna serba putih, manakala SOAS FC seperti biasa memakai jersi berwarna kuning biru. DI separuh masa pertama, dengan keadaan padang agak becak disebabkan hujan turun setiap malam memberi kesan yang tidak disangka2 bagi kedua2 pasukan. Bukan saja padang becak, rumput pun panjang.. Anyway, sambung cerita..gawang SOAS FC telah dibolosi dengan senangnya..inda tau pasal apa pasal inda sampat menanya pemain lain & pasal editor lambat datang. Akan tetapi, keadaan kedudukan pemain2 SOAS FC kebanyakan berubah, by the way..walaupun ada perubahan mendadak...keadaan dapat dikawal oleh setiap pemain2 SOAS FC. Kedudukan kekal 0 -1 kepada SOAS FC.

Di separuh masa kedua pula, dengan kegigihan pemain2 kedua2 pasukan, dan disebabkan padang yang becak, rumput yang panjang, melemahkan & telah mentuhuskan tenaga2 yang terdapat di setiap pemain. Walaupun dengan adanya keadaan sedemikian, SOAS FC telah berjaya membuat serangan demi serangan kepasukan lawan. Dan ini telah membuahkan hasil dan Cikgu Harlezam telah berjaya menyamakan jaringan. Kedudukan seri 1 sama dengan Mahkamah.

Dengan keputusan seri, SOAS FC berpuas hati dengan keputusan itu walaupun di permainan sebelumnya menentang pasukan yang sama telah memberi kekalahan 5 - 3. Jaringan tunggal SOAS FC pasa permainan hari itu adalah dari pemain berjersi 77 iaitu Cikgu Harlezam.


p/s: Next game ---> Planning on Wednesday tapi pasukan alum ada..just use Shout Out box to inform SOAS FC players..pakai SMS pun boleh.

Wednesday, November 18, 2009

Ternyata 'cabe' SOAS FC lebih pedas dari lada kepulauan Jepun


pemain yang baru masuk untuk separuh masa kedua

Mengapa lain baju atu?


Bang Bang !!!!!!!!




Penjaga gawang separuh masa pertama



Bukan orang yang ditandang atu..bola x ahhh !!!!




Penyerang SOAS FC (Cikgu Harlezam) membuat percubaan



Penjaring gol kedua bagi SOAS FC


Give me a hug !!! Kuang kuang kuang .....





"I Believe I Can Fly..I Believe I Can Touch The Sky.."


Bah..."placing" arah Cikgu Arizal !!!


Arena SOAS, 18hb November 2009: Perlawanan pada hari ini bermula dengan aksi yang bagus sekali bagi kedua2 pasukan. Dimana SOAS FC telah menjemput pemain2 dari guru warga sekolah2 rendah Brunei 1 singkatannya, WASABI FC. Di separuh masa pertama permainan berkeadaan rancak dimana kedua2 pasukan saling mempunyai peluang untuk menjaringkan gol akan tetapi, nasib belum menyebelahi kedua2 pasukan. Tidak lama kemudian, dengan serangan yang pantas dari pasukan pelawat, Wasabi FC berjaya menjaringkan gol pertama dari tandukan penyerang mereka dari hantaran sebelah kanan. Dengan jaringan itu, SOAS FC ketinggalan 0 - 1 kepada Wasabi FC. Beberapa minit sebelum wisel separuh masa tamat, dengan ketangkasan hantaran pemain SOAS FC dari bahagian kiri telah berjaya menghantar bola kepada pemain sayap kiri (Ustaz Shahul), beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan dari jarak jauh. Dengan jaringan ini, SOAS FC berikat seri satu sama dengan Wasabi FC. Keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua pula dengan pertukaran 2 pemain SOAS FC di bahagian penyerang dan pertahanan, pemain2 SOAS FC telah bermain dengan lebih kancang lagi, berdisiplin lagi, berkomunikasi dengan lebih baik lagi dan macam2 adaaa....lagi. Dengan SOAS FC telah memberi serangan demi serangan ke pihak lawan, SOAS FC berjaya menjaringkan gol kedua atas 'assist' dari Cikgu Yusrin. Penjaring itu tidak lain tidak bukan pemain yang berjersi 28. Dengan jaringan tersebut, ini menambahkan semangat kesukanan kepada pemain SOAS FC yang lain untuk tidak mengalah dan tidak putus asa untuk memberi kemenangan kepada SOAS FC. Walaupun SOAS FC mendahului Wasabi FC, pemain pelawat tidak jemu2 untuk memberi tekanan kepada SOAS FC dimana serangan demi serangan telah dihadapi. Akan tetapi dengan kebijaksanaan menarik offside SOAS FC terselamat dari serangan bertubi2. Walaupun 'placing' inda kana bagi..hehe..

Perlawanan hampir mencecah minit2 akhir...hmmm dalam 10 minit lagi kan masuk waktu, SOAS FC pula membuat serangan2 yang mencabar ketangkasan pemain pelawat. Walaupun permainan di tengah padang agak sesak dengan adanya pemain dari kedua2 pasukan, dengan hantaran tengah menuju ke kiri pasukan lawan (pemain sayap kanan - Ustaz Shahrul) beliau telah memberi 'assist' dimana pemain penyerang yang kerajanya runnnnning saja (jersi 28) berjaya menjaringkan gol ketiga bagi SOAS FC. Akan tetapi, Wasabi FC sentiasa membuat serangan yang mendebarkan pemain SOAS FC. Dengan laungan Allahuakbar, pengadil perlawanan dengan rasminya telah meniup wisel menandakan berakhirnya separuh masa kedua.

Keputusan muktamad, SOAS FC menang dengan jaringan 3 berbalas 1 kepada Wasabi FC.

p/s: kepada pemain2 SOAS FC, adakanlah lagi rentak dan cara perlawanan seperti ini dan yang sebelumnya. Tahniah kepada pemain2 SOAS FC kerana kejayaan ini.

Keep Up The Good Teamwork !!!

Tuesday, November 17, 2009

SOAS FC menentang Sekolah Menengah Sayyidina Hasan

Arena SOAS, 14hb November 2009: SOAS FC telah dilawati oleh guru2 dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan Kg Tanjung Bunut. Permainan bermula agah akhir sikit disebabkan pengadil dengan mencari tempat membuang. Walau bagaimanapun, permainan tetap dijalankan memandangkan cuaca pada masa itu hujan dan berguruh. Malar jua kana gambar..(pasal kilat lah tu..). Di separuh masa pertama, SOAS FC telah dibolosi di awal2 minit pertama...seminit pun tidak sampai. Rentak permainan SOAS FC agak sikit mencemaskan memandangkan posisi pemain yang tidak menentu begitu juga pasukan lawan dimana pemain tengah jarang digunakan.

Dengan masa sentiasa bergerak ke hadapan, permainan kedua2 pasukan agak sedikit kucar kacir. Akan tetapi, SOAS FC berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil dari tandukan Cikgu Harlezam dimana assist datang dari Cikgu Yusrin. Dengan jaringan tersebut, SOAS FC telah berjaya mengawal keadaan dipadang bagaimanapun, pemain lawan telah berubah permainan hingga menyebabkan kecederaan kepada pemain tuan rumah yang tidak di lihat oleh pengadil. Dengan adanya ke aggresifan permainan, maka terjadilah suatu insiden yang tidak diingini. Sehinggakan pengadil telah berkata " Main bola ani friendly ganya, nada jua dapat hadiah.." cematulah bunyinya.

Di masa permainan itu, tidak lama kemudian , SOAS FC berjaya menjaringkan gol mendahulu juga dari hasil pemain penyerang yang berbisa iaitu Cikgu Harlezam. Walaupun banyak pemain SOAS FC naik keatas, tendangan demi tendangan telah di hasilkan untuk cuba menjaringkan terutamanya dari Cikgu Yusrin, Ustaz Shahroni, Cikgu Azizul Fitri dan Cikgu Harlezam, tendangan Cikgu Harlezam sahaja yang tepat mengenai jaring pemain pelawat.

Tidak lama kemudian, SOAS FC telah dibolosi dengan jaringan kedua pasukan pelawat, dimana pamain SOAS FC tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang terang2 offside walaupun keadaan pada masa itu kan gelap sudah. Walaupun seri akan tetapi dikira menang. Keputusan muktamad adalah SOAS FC 2 - SMSH 2.

p/s: perlawanan persahabatan seterusnya ialah pada Hari Rabu, 18hb November 2009 bertempat di SOAS Arena menentang guru2 dari sekolah rendah.

Thursday, November 12, 2009

SOAS FC menjemput SMSUA

Arena MSOAS, 12hb November 2009: Kehadiran pamain SOAS FC boleh dikatakan mencukupi sebelum perlawanan persahabat dimulakan. SMSUA (Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khatttab) telah menerima jemputan perlawanan persahabatan di gelanggang Arena Maktab SOAS. Pihak lawan telah memakai jersi berwarna merah manakala, SOAS FC masih jua memakai jersi yang berwarna kuning. (Bila tah kan membali baju team baru)...dangar2 di Gills Murah n sedap dipakai..and the price is reasonable..around B$28 Brunei Dollar.. I suggest..membali tah tapi sendiri..karang kalau membeli secara borong, saiz inda ngam..karang ada org kana XXL...(saja cadangan saja..wokey)..

Bebalik kepada laporan perlawanan petang tadi, pasukan pelawat telah membawa bintang2 bolasepak..ada yang dari team inda calang2..DPMM FC management (pasal ku tahu, ada diorang memakai baju DPMM FC). Pasal pasukan mana yang score dulu, saya tidak pasti..lupa menanyakan pemain SOAS FC tadi..akan tetapi, di separuh masa pertama, kedua2 pasukan telah berjaya menjaringkan gol ke gawang lawan masing2. Jaringan SOAS FC telah berjaya disudahi oleh Cikgu Yusri hasil dari tendangan sudut dari Ustaz Shahrul.

Keadaan pemain2 SOAS FC amat bagus..senantiasa bergerak dan melakukan serangan demi serangan kepada pihak lawan dan tidak lupa juga kepada SMSUA, sama juga, memberi aksi2 yang mendebarkan pemain SOAS FC. Jaringan kekal seri satu sama di separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua pula, kurang lebih jua macam separuh masa pertama tadi, serangan demi serangan telah berjaya dihasilkan oleh kedua2 pasukan. Akan tetapi, jaringan belum juga diperolehi. Kurang kebih 15 minit sebelum wisel penamat, SOAS FC berjaya menjaringkan gol pendahuluan hasil dari hantaran Usraz Mazlan yang cantik dan ngam melepasi tangan penjaga gawang SMSUA ke pemain penyerang SOAS FC yang berjersi 28. Dari info2 yang diberi, penyerang berkenaan telah menjaringkan gol berkenaan dengan menggunakan kepala sambil tertutup mata...Dengan hasil jaringan yang tak seberapa itu, SOAS FC kembali membezakan dengan 1 jaringan kepada pihak lawan. Ini memberi semangat kepada SOAS FC untuk cuba menjaringkan gol lagi akan tetapi..atas sebab kan menyerang2 saja, pasukan pelawat talah berjaya menembusi gawang SOAS FC. Hasil terkini adalah seri dua sama.

Walaupun pemain pelawat telah banyak berjaya melepasi bahagian pertahanan SOAS FC, dengan adanya penjaga gawang SOAS FC yang berbadan tinggi, pasukan SMSUA bagaikan susah untuk menembusi beliau. Well Done GK SOAS FC. Keputusan berakhir dengan jaringan seri dua sama.

Boleh dikatakan pemain dari pasukan pelawat adalah lebih bagus dari SOAS FC, akan tetapi dengan kegigihan dan kerajinan dan ketangkasan dan berkomunikasi dengan baik, SOAS FC hampir2 menewaskan pasukan pelawat. Andangnya tu...kalau dilawan pasukan kuat, kuat tah jua & kalau yang sadang, apa perkataannya tu..'complesant' (maybe lah-ikut perspectif sorang2).
Anyway, tahniah SOAS FC dengan kedua jaringan yang diperolehi menggunakan kepala.

p/s: Next game hari Sabtu 14hb November 2009 di Arena MSOAS vs Sekolah Menengah Sayyidina Hassan (SMSH Tanjung Bunut).

Wednesday, November 11, 2009

SOAS FC vs ATL

Arena SOAS, 10hb November 2009: SOAS FC pada perlawanan kali ini telah dilawati dari pasukan Angkatan Tentera Laut (ATL). Di awal separuh masa pertama SOAS FC dan pasukan pelawat berjaya menjaringkan satu gol setiap satu. Gol SOAS FC berjaya dijaringkan oleh Cikgu Yusrin. Sebelum penghujung separuh masa pertama, seorang pemain iaitu penjaring SOAS FC pada masa itu tiba2 tercedera ngam2 di tengah2 padang, lalu digantikan oleh seorang pemain yang berpengalaman yang berjersi 20 iaitu Ustaz Mazlan. Hanya beberapa saat sebelum beliau masuk, maka berbunyilah wisel menandakan tamatnya separuh masa pertama. Menjamah pun inda beliau bola. Hehe...


Di separuh masa kedua pula, beberapa barisan hadapan telah ditukar dan digantikan. Banyak peluang telah gagal dijaringkan oleh kedua2 pasukan. Atas ketangkasan penjaga gawang SOAS FC, maka diseparuh masa kedua jaringan dari pasukan pelawat agak susah membolosi gawang SOAS FC. Tidak lama kemudian, SOAS FC berjaya menjaringkan gol kedua hasil dari Cikgu Hj Darul dimana beliau berjaya melemaskan penjaga gawang pelawat. Beliau lagi sekali berjaya menjaringkan gol ketiga hasil hantaran leret sebelah kanan dari Cikgu Harlezam. Dengan senangnya beliau berjaya memasukkan bola melepasi garis masuk gawang ATL. Ketangkasan benteng pertahanan SOAS FC juga sangat bagus, terdiri dari Cikgu Md Arizal, Cikgu Azri, Cikgu Yusri dan Ustaz Shahroni.


Keputusan muktamad SOAS FC berjaya mengalahkan ATL dengan jaringan 3 berbalas 1.

p/s: perlawanan seterusnya pada hari:

Khamis,12hb November 2009 vs SMSUA
Sabtu, 14hb November 2009 vs SMSH.

Venue: SOAS Arena

Wednesday, November 4, 2009

Late Chit inda ada, tapi MENANG




Arena SOAS, 3hb November 2009: Di bulan yang baru ini, SOAS FC telah berjaya memenangi perlawanan persahabatan dengan pasukan yang bakal mendaftar untuk masuk liga Brunei. Nama pasukannya tidak pasti apa namanya, tetapi pasukan itu terdiri dari golongan muda2 remaja. Perlawanan ini adalah untuk mereka mengetahui kekuatan pasukan mereka itu.

Di separuh masa pertama, SOAS FC telah ketinggalan 0 - 2 kepada pasukan pelawat. Ini adalah kerana pasukan pelawat yang suka ranjat meranjat berlusir kesana kemari membuatkan mereka sebagai pasukan yang aktif yang pernah dilawan pada bulan yang baru ini. Akan tetapi, atas permainan mereka yang sentiasa mahu main laju, maka keterperician permainan agak kurang. Walaupun golongan yang mereka lawan ini iaitu SOAS FC berbeza umur, akan tetapi pengalaman mahu tahu. Dengan adanya pengalaman, walaupun SOAS FC telah ketinggalan 0 - 2 di separuh masa pertama, akan tetapi tahap kementalan sentiasa terjaga. SOAS FC kurang menyerlah sedikit untuk menjaringkan sebarang gol ini adalah kerana striker SOAS FC Cg HJ j Khairul Abdoh mengalami kecederaan lutut dan telah digantikan oleh Ustaz Shahrul Anuar.

Di separuh masa kedua pula, dengan 'feel cool' yang ada pada SOAS FC, SOAS FC berhasil memberi tekanan kepada pasukan pelawat dan telah berjaya menjaringkan gol pertama melaui Cikgu Yusrin. Beberapa minit kemudian, SOAS FC berjaya menyamakan kedudukan yang telah dijaringkan oleh pemain nombor 28 yang lama sudah 'kemarau' menjaringkan gol. Gol ketiga yang tidak dikira atas sebab pengadil telah meniup wisel kerana 'offside' juga telah dijaringkan oleh pemain 28. Ini lagi memberi tekanan kepada pasukan pelawat. Gol kemenangan SOAS FC berjaya disudahi oleh Fauzi dengan tendangan leret tepat mengenai jaring gawang pasukan pelawat. Keputusan muktamad SOAS FC 3 - Pelawat 2.

Perlawanan seterusnya insyallah akan diadaka pada 7hb November 2009, Hari Sabtu menentang jiran SOAS iaitu STPRI.

Saturday, October 31, 2009

Punca Kekalahan Ke-3 Berturut2 Kerana Kekurangan Pemain Di Separuh Masa Pertama

SOAS Arena, 31hb oktober 2009: Perlawanan pada petang ini antara SOAS FC dan Pasukan Polis CID Berakas berlangsung dengan tidak ramainya kehadiran pemain tuan rumah. Di separuh masa pertama, SOAS FC hanya mempunyai lapan orang pemain dan ini menyebabkan kesukaran bagi pasukan tuan rumah untuk menjaringkan sebarang gol. Gol demi gol telah dijaringkan oleh pasukan pelawat sehingga mereka memperolehi lima jaringan. Walaupun pemain SOAS FC berlari turun naik, ini tidak mematahkan semangat pemain2 yang lain. Ganya asal gol oleh pasukan pelawat..pemain2 SOAS FC menoleh keluar padang untuk menunggu pemain2 tambahan. Sebelum berakhirnya separuh mada pertama, dua pemain SOAS FC pun muncul dari pandangan pemain2 yang beraksi dan ini mendatangkan kegembiraan kepada pemain2 SOAS FC yang lain. Jaringan diseparuh masa pertama berakhir dengan lima bagi pasukan pelawat dan kosong bagi tuan rumah.

Dengan adanya pemain2 yang baru hadir, (Cikgu Harlezam, Editor dan Ustaz Shahrul) maka permainan SOAS FC telah berubah (seimbang, seiring dan sejalan). SOAS FC telah memberi tekanan dan asakan demi asakan kepada pasukan pelawat. Gol pertama SOAS FC berjaya disudahi oleh Cikgu Harlezam dengan shooting yang mantap. Dan gol kedua beliau disudahi dengan tendangan bebas di luar petak 'D'. Pasukan pelawat pada masa itu tidak menjaringkan apa2 gol. Bagaimanapun, ada insiden2 yang tidak diingini oleh pasukan pelawat dimana kekasaran telah berlaku diantara pemain SOAS FC dan pelawat. Sepatutnya pengadil haruslah memberi kad amaran pertama akan tetapi..teguran sahaja diberi. Ini mendatangkan sifat tidak puas hati kepada keputusan pengadil. Akan tetapi..satu kad kuning akhirnya telah diberi kepada pasukan pelawat dimana hasil dari tendangan bebas itu mampu menghasilkan jaringan kedua. Keputusan berakhir SOAS FC 2 - CID 5.

Insyallah perlawanan seterusnya adalah diantara guru2 SOAS FC vs penutut2 SOAS PMV.

p/s: Sorry..yang akhir datang tadi nada kana bagi "late chit" (termasuk editor)..nada yang mengedarkan borang.. hehe2

Thursday, October 29, 2009

SIAPA AKHIR AMBIL "LATE CHIT"

SOAS Arena, 28hb Oktober 2009: SOAS FC telah didatangi oleh pasukan pelawat dari guru2 Sekolah Menengah Lambak Kiri dimana SOAS FC seperti biasa memakai jersi berwarna kuning, manakala SML Kiri menyarungkan jersi berwarna merah.

Di separuh masa pertama, atas sebab kedatangan pemain SOAS FC tidak mencukupi, hanya 8 pemain baru hadir, maka perlawanan tetap dijalankan. Satu hal lagi, SOAS FC juga tidak mempunyai penjaga gawang dimana seorang pemain pertahanan sanggup menjadi penjaga gawang SOAS FC iaitu Cikgu Md Arizal. Atas kekurangan pemain pada masa itu, SOAS FC mudah dibolosi dengan 1 jaringan. Akan tetapi apabila 3 pemain yang akhir masuk padang, maka kedudukan kurang lebih seimbang. Biasalah, kalau lawan team kuat, kuat tah tani tu, kalau lawan team sadang, sadang jua tani... Satu gol berjaya dihasilkan oleh pemain sayap kanan iaitu hasil tendangan terus dari Cikgu Hj Khairul Abdoh. Ini menyamakan kedudukan seri satu sama hingga berakhirnya separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua pula, SOAS FC membuat pertukaran pemain sebanyak 3 orang. Dengan pertukaran itu, percubaan, demi percubaan telah berjaya dilakukan, akan tetapi hasil tidak mengenai sasaran. Penjaga gawang SOAS FC telah digantikan oleh Cikgu Yusri dimana beliau ingin mencuba kedudukan baru..(hehe..nadakan defend saja)..akan tetapi dengan hasil ranjatan pemain lawan dan sepatutnya offside, maka pasukan pelawat berjaya menjaringkan 1 lagi gol ke gawang SOAS FC. Ini tidak menyamankan hati pemain2 SOAS FC dimana pengadil pada masa itu bagaikan macam ragu2 kan meniup wisel. Entah baru pass kali kursus pengadil. Keputusan muktamad adalah SOAS FC 1 - SML Kiri 2.

Mulai perlawanan seterusnya, kepada pemain2 SOAS FC yang akhir datang, diminta untuk mengambil 'latechit' di bilik Cikgu Yardi. Hehe...next game insyallah kalau inda salah pada hari Sabtu, menentang ATU.

Saturday, October 24, 2009

SOAS FC tidak terdaya menanggung kekalahan

Arena SOAS, 24hb oktober 2009: SOAS FC dikejutkan dengan kekalahan pertama sejak sekolah berbuka semula selepas cuti Hari Raya. Bagaimanapun, SOAS FC sentiasa mengasak pasukan pelawat, Kroniz FC akan tetapi SOAS FC kecundang dengan jaringan 1 - 2. Gol permulaan Kronizs FC berjaya dilakukan oleh pilot helicopter dengan tendangan yang simple, bagaimanapun SOAS FC berjaya menyamakan kedudukan 1 sama melalui pemain sayap kanan iaitu Cikgu Khairul Abdoh juga dengan jaringan yang simple. Kedudukan kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.

Di separuh masa kedua pula dengan asakan demi asakan oleh kedua belah pihak, Kroniz FC berjaya menjaringkan gol kedua. Kedudukan pemain SOAS FC terasa kucar kacir semasa perlawanan itu. Ini adalah kerana kurang interkasi mengenai kedudukan sebelum perlawanan bermula. Akan tetapi, ini adalah salah satu pengajaran melalui pengalaman.

Tahniah kepada pemain pertahanan SOAS FC kerana bertungkus lumus untuk menjaga gawang. Man of the match bagi SOAS FC ialah Cikgu Azri kerana kecantikan slide yang dibuatnya untuk mempertahankan gawang SOAS FC. Walaupun kalah, nanti revenge. Rematch lah tu. Ok tu...

Thursday, October 22, 2009

SOAS FC meraih kemenangan lagi

Arena SOAS, 21hb oktober 2009: SOAS FC telah didatangi oleh pasukan pelawat dari salah satu hotel terkemuka di Brunei Darussalam..Inda tau berapa STARnya.. Pasukan tersebut adalah dari Hotel Taman Orkid. (OGH). Di separuh masa pertama, keputusan terikat tanpa jaringan. Akan tetapi serangan kedua2 pasukan amat mendebarkan. Well done to the defence player terutamanya Cikgu Azri yang hampir injured kana jejak kakinya, Cikgu Md Arizal yang selalu menendang tendangan gol, Cikgu Shahroni yang selalu bergambar sama Cikgu Md Arizal dan Cikgu Yusri yang bertungkus lumus, belusir kesana kemari naik turun untuk mempertahankan kubu SOAS FC. Sayang sekali percubaan dari pemain atas SOAS FC hampir menjaringkan gol pendahuluan, akan tetapi dengan ketangkasan penjaga gawang pelawat amat mengecewakan pasukan tuan rumah.

Di separuh masa kedua pula. beberapa pemain pengganti telah hadir dan dengan sususan yang lebih teratur berbeza dari separuh masa pertama telah berjaya menghasilkan penyerangan yang bertubi2 sehinggakan Cikgu Hj Darul berjaya menjaringkan gol tunggal SOAS FC di minit ke 80.

Player of the match jatuh kepada Cikgu Yusri yang telah bertungkus lumus bersusah payah, membubut kesana kemari bagi bahagian pertahanan. Tahniah.

Next Game: 24hb oktober, hari Sabtu SOAS FC dilawati dari pasukan Kroniz FC. Kisk Off insyallah sebelum jam 5 petang.

Tuesday, October 20, 2009

SOAS FC Menang bergaya





Arena SOAS, 17hb Oktober 2009: SOAS FC berjaya menundukkan pasukan dari pejabat Cikgu Awang Md Arizal dengan kemenangan besar. Walaupun main 1 half saja. Jaringan SOAS FC berjaya dilakukan oleh beberapa orang Cikgu termasuklah pemnain pertahanan SOAS FC. Pemain2 yang menjaringkan ialah Cikgu Harlezam, Cikgu Yusrin, Cikgu Hajis, Cikgu Azizul dan Ustaz Mazlan. Manakala pemain lawan berjaya membolosi gawang SOAS FC dengan 2 jaringan.

Pemain SOAS FC iaitu Cikgu Md Arizal terpaksa bermain di pasukannya kerana kekurangan pemain mereka pada masa itu..nda tau lah..barangkali mengaga open house kali..hehe.

Itu saja malumat yang dapat dikongsikan bersama. Permainan seterusnya adalah pada 21hb Oktober, Hari Rabu. Awal kick off..karang main 1 half saja lagi.. Lagipun rumput bertabas udah..Inda lagi memisisi 'udang' tu esok..hehe..

Saturday, October 17, 2009

SOAS FC Seri buat kali kedua

Arena SOAS, 14hb Oktober 2009: Perlawanan diantara pasukan SOAS FC dan pelawat (TTT). Keputusan berakhir dengan jaringan tiga sama. Jaringan pertama dari pasukan SOAS FC telah berjaya disudahi oleh Cikgu Khairul Abdoh manakala dua lagi jaringan SOAS FC telah berjaya dijaringkan oleh pemain depan iaitu Cikgu Harlezam.

Itu saja ulasan dari Editor blogspot yang tidak seberapa ini kerana editor inda belaku main.

Next game 17hb Oktober 2009.

Wednesday, October 14, 2009

SOAS FC MENDAPAT KEMENANGAN BESAR!!

SOAS Arena:, 10hb Oktober 2009: Perlawanan pada masa itu berlangsung akhir sikit pasalnya 2 perkara: 1) pasal hujan labat, 2) Bola nada yoooo.... dan tambahan 3) masa bermain hanya separuh masa sahaja. Walau bagaimanapun, SOAS FC berjaya menundukkan pasukan pelawat dari Kg Cikgu Awang Yusri (Kg Batu Marang + Sungai Buloh) dengan jaringan 5 berbalas 1.

Dengan kekurangan pemain bagi kedua2 pasukan tidak mematahkan semangat bermain walaupun di waktu hujan. Gol pertama dijaringkan oleh pasukan pelawat di minit awal permainan. Manakala SOAS FC berjaya menjaringkan gol penyamaan oleh pemain Midfielf Striker Cikgu Yusrin. Beliau lagi sekali menyumbatkat gol kedua dan ini memberi SOAS FC dengan jaringan 2 - 1. Pemain pertahanan SOAS FC dengan senangnya mengawal permainan di bahagian bawah dan ini menyenangkan pemain atas untuk menjaringkan gol demi gol. Gol ketiga pula telah dijaringkan oleh Ustaz Shahrul melalui tendangan penalti dimana pemain SOAS FC ngam2 dijatuhkan (bukannya berlakon) di hujung2 petak -D. Jaringan mudah di bolosi ke pihak lawan menerusi sepakan itu. Pengawalan bola adalah ditahap yang sangat baik bagi SOAS FC terutamanya dari sebelah pertahanan, sayap kiri dan kanan, tengah, depat dan tidak juga dilupai penjaga gol. Ertinya semua lah tu. hehe..Mantapp...

Jaringan ke-4 dan ke-5 berjaya pula dijaringakan oleh pemain berjersi 28. Keputusan berakhir dengan kemenangan kepada SOAS FC 5 berbalas 1 kepada Pasukan Kg Cikgu Yusri.

Thursday, October 8, 2009

SOAS FC terpaksa akur dengan keputusan SERI






Arena SOAS, 7hb Oktober 2009: Permulaan perlawanan persahabatan bermula selepas sambutan kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal. Ini memberi hasil kepada pemain2 SOAS FC yang biasanya 'FIT' berubah menjadi 'FAT'. Inilah sebabnya untuk mengembalikan fittness pemain2 SOAS FC, perlawanan terpaksa diadakan.

Perlawanan pada kelmarin menentang dari pejabat percetakan berlangsung dengan ketidakcukupan pemain2 SOAS FC dimana penjaga gol terpaksa dimainkan oleh seorang pemain yang berjersi 9 iaitu Cikgu Md Arizal. Dengan adanya Cikgu Arizal, maka susah bagi pemain lawan untuk menjaringkan sebarang gol, akan tetapi dengan 'cip' yang dilakukan oleh pemain lawan, maka Cikgu Arizal pun 'lemas' ertinya inda sampai lah tu..hehe.. Ini menjadikan SOAS FC ketinggaan 0 - 1 kepada lawan di separuh masa pertama walaupun SOAS FC mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal.

Di separuh masa kedua pula, permainan berlangsung dengan pemain SOAS FC ngam2 cukup.(inda ada substitute lagi tu) SOAS FC berjaya menyamakan kedudukan dengan hasil jaringan dari Cikgu Harlezam dengan tendangan yang cantik. Tidak lama kemudian, beliau berjaya menjaringkan lagi satu gol untuk SOAS FC dimana SOAS FC berjaya mendahului pihak lawan dengan jaringan 2 - 1 kepada SOAS FC. Akan tetapi, pasukan dari jabatan percetakan berjaya lagi menjaringkan gol penyamaan. Lagi sekali dengan desakan pemain pertahanan Ustaz Shahroni, berjaya menjaringkan gol pendahuluan dengan bunyi ''lapik'..nda tau apa yang kana, parut kah paha...hehe.. Akan tetapi di minit2 akhir perlawanan, pasukan lawan telah berjaya menyamakan lagi jaringan. Keputusan berakhir dengan seri 3 sama.

Walaupun berbulan2 lamanya SOAS FC tidak bermain, namun hasil perlawanan amat membanggakan atas sebab biasanya 'FIT' tetapi masa ani rupanya kalau 'FAT', masih jua boleh dibanggakan. Yang menjaringkan gol untuk SOAS FC ialah 2 gol dari jersi 77 dan 1 gol dari jersi 7.

Wassalam
Dari Editor SOASFC