Monday, April 16, 2012

Berjaya menyumbat sebanyak 8 biji

14hb April 2012; SOAS Arena: SAOS FC telah didatangai oleh persatuan kawan2 cina dimana keadaan cuaca pada masa tu amat menyenangkan. Di sepparuh masa pertama, SOAS FC berjaya menjaringkan gol paling pantas pada musim ini yang seakan gol Maradona tetapi bukan secara realitinya oleh ala2 Messi Man. Beliau berjaya lagi menyumbatkan 2 lagi jaringan yang 'kacang' bukannya kancang iaitu dari tandukan dan kaki kiri beliau. Dengan keadaan begitu atas semangat kesukanan, beliau hampir2 lagi menjaringkan gol keempat tapi 'rabah'. Walau bagaimanapun, beberapa lagi jaringan telah berjaya dilakukan oleh cikgu2 yang lain. dimana jaringan diseparuh masa pertama disudahi dengan 4 jaringan.

Diseparuh masa kedua pula, beberapa pemain2 degnan nafas baru mula masuk padang. Dengan kasih kerjasama pemain2 SOAS FC, maka pasukan tuan rumah berjaya lagi menambah jaringan sebanyak 4 lagi. AKan tetapi atas desakan demi desakan pasukan pelawat, maka mereka berhasih menjaringkan 3 gol. 2 jaringan dikirakan offside (oleh pemain tuan rumah tapi bukannya dari pengadil) dan satu lagi jaringan solo. keputusan muktamad, SOAS FC menang dengan hasil jaringan 8 berbalas 3 dimana jaringan yang berjaya dilaksanakan ialah oleh Cg Arshad (hatrick), Cg Harlezam, Cg Alikhan, Cg Yusrin, Ustaz Mafsah dan seorang yang tidak diketahui (kes lupa siapa lah).


Editor
s28
2012
'Last Man'

SOAS FC hanya mampu seri

12hb April 2012; SOAS Arena: Pada separuh masa pertama, SOAS FC telah ketinggalan jaringan sebanyak 3 jaringan atas desakan pihak lawan akan tetapi, SOAS FC mula bangkit di separuh masa kedua dengan nafas baru yang berjaya menghasilkan 3 jaringan dari Cg Zulhisham, Cg Ajiz (P) dan Cg Yusrin. Keputusan berakhir seri 3 sama.