Sunday, July 19, 2009

Perlawanan ke-29 menentang Jabatan Immigresen

SOAS Arena, 18hb Julai 2009: Dari khabar Shout Out Box; SOAS FC berjaya memenangi perlawanan menentang Jabatan Immigresen.Jaringan pada masa itu talah diketahui. Jaringan sulung SOAS FC telah berjaya disudahi dari tendangan bebas Cikgu Yusrin. Keputusan berakhir dengan jaringan SOAS FC menang dengan jaringan 1 - 0 kepada Jabatan Immigresen

Harap maaf kepada pemain2 SOAS FC, Editor blogspot tidak berlaku hadir atas perkara yang tidak dapat dielakkan..kuang kuang kuang.. jadi cerita yang diperolehi pun inda banyak.

Well done guys 4 d good game.

Perlawanan SOAS FC vs Team Family Cikgu Yusri

SOAS Arena, 15hb Julai 2009: Perlawanan pada kali ini dilawati oleh pemain dari keluarga perkampungan Cikgu Yusri. Sama juga seperti perlawanan lepas, SOAS FC juga masih kekurangan pemain dimana hanya 9 orang saja yang hadir. Akan tetapi, SOAS FC berjaya mengimport pemain dari pihak lawan termasuk penjaga gol.

Keputusan yang diketahui pada masa itu ialah SOAS FC berjaya mengalahkan pasukan pelawat dengan jaringan 2 berbalas 0. Kedua2 jaringan SOAS FC berjaya disudahi oleh Cikgu Zulhisham.

Tahniah atas kemenangan perlawanan pada hari ini.

p/s: DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK !!!!

Perlawanan menentang Pasukan dar Adik Cikgu Malai Rafiee

SOAS Arena, 11hb Julai 2009: Perlawanan berlangsung seperti biasa ditempat biasa..akan tetapi atas kekurangan pemain, SOAS FC mampu memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0 menentang pasukan yang namanya tidak diketahui. Jaringan telah berjaya dijaringkan oleh Cikgu Yusrin dan satu lagi jaringan adalah dari pemain import yang juga tidak diketahui nama kedia.

Itu saja update yang mampu di terbitkan setakat ini di dalam blog ini.

Tuesday, July 7, 2009

Perlawanan pertama selepas cuti penggal kedua menentang Mahkamah

SOAS Arena, 4hb July 2009: Perlawanan berlangsung semasa penghujung cuti tambahan penggal kedua dimana SOAS FC telah melayani pasukan dari Polis Makhamah. Atas keadaan masa kini iaitu mengenai penyakit Influenza A (H1N1) yang menular pada masa kini telah memberi kesan kepada kedua2 pasukan dimana pemain2 yang hadir pada masa itu dikatakan cukup2 (meaning tiada pemain gantian). Pada separuh masa pertama, SOAS FC telah berjaya menjaringkan gol pertamanya melalui Cikgu Harlezam manakala pasukan pelawat pula berjaya menjaringkan 3 gol. Keputusan pada masa itu SOAS FC ketinggalan 3 - 1. Kebanyakan pemain SOAS FC pasa masa itu terasa macam baru pernah main..maklumlah...sekolah cuti, bola pun cuti..hehehe...

Walau bagaimanapun di separuh masa kedua, SOAS FC hanya mampu menjaringkan 2 lagi gol yang disudahi oleh Ustaz Shahrul dan Cikgu Alikhan. Akan tetapi, pasukan pelawat pun menjaya menjaringkan 2 gol juga. Keputusan berakhir dengan kekalahan SOAS FC kepada Mahkamah dengan jaringan 5 - 3. Perlawanan ini tidak menurunkan semangat SOAS FC kerana setiap perlawanan ada menang, kalah dan seri.. tapi untuk seri ni kejarangan sekali lah.. Masih ada banyak perlawanan lagi dimasa akan datang. Game seterusnya..belum tau bila and siapa kan dilawan. So inform ja to all pemain2 SOAS FC. Lagi awal lagi baik..ada usulnya yang ketagihan main bula lagi tuuuu.....

p/s: Sorry, gambar tidak disertakan..nada ada yang mengambar..semua main pada masa atu..