Tuesday, August 18, 2009

Bahagian pertahanan bukan saja karas, Dapat SCORE lagi !!!

Arena SOAS, 17hb Ogos 2009: Kemenangan demi kemenangan dapat dirasai oleh guru2 warga SOAS dimana kemenangan pada kali ini amat berbeza dari sebelumnya. Dengan keadaan pasukan pelawat (Pejabat POS) kekurangan pemain, maka beberapa pemain SOAS FC (Cikgu Harlezam, Cikgu Yusrin, Cikgu Yusri dan Awang Rahim) telah di import dengan FREE Transfer buat pada masa itu. Dengan alasan itu, salah seorang pemain SOAS FC yang di import telah berhasil menjaringkan gol pertama pasukan pelawat dengan tandukan dari Cikgu Yusrin. Ini bermakna, jaringan yang dibuatnya sejak season ini telah di tolak 1 jaringan (minus 1)..hehehe.. nada dihhhh !!! 1 lagi jaringan telah dibuat juga oleh Awang Rahim yang menjadikan SOAS FC ketinggalan 0 - 2 kepada pasukan POS.

Tidak lama kemudian, di separuh masa yang sama, SOAS FC berjaya menghasilkan jaringan pertama melalui SHOOTING cantik dari pemain berjersi 28. Dengan hasil jaringan itu, ini membangkit semangat SOAS FC untuk menhasilkan lagi jaringan demi jaringan. Jaringan penyamaan SOAS FC telah berjaya dihasilkan dari hantaran Cikgu Hajis dimana pemain sedang bertungkus lumus membubut bola yang dihantar. Pemain yang berjaya mengasilkan jaringan tersebut ialah Ustaz Shahroni @ Kacip Patimah...dengan adanya beliau meminum minuman bertenaga ini maka berhasil lah beliau membuat jaringan tersebut dengan tengangan mengacip ke pintu gol lawan dengan tajamnya. Jaringan ketiga pasukan pelawat telah dihasilkan melalui pemain asal pejabat POS. Keputusan berakhir dengan jaringan SOAS FC - 2, POS - 3 diseparuh masa pertama.

Permainan agak rancak dengan pekikkan demi pekikkan dari setiap pemain SOAS FC. Ini adalah taktik untuk menganggu mentaliti pemain lawan. Dengan aksi2 itu, maka SOAS FC berjaya menjaringkan gol ketiga dimana gol ini adalah gol pertama bagi pemain pertahanan yang serba keras yang berjersi 9 iaitu Cikgu Md Arizal dengan tendangan meleret rendah ke kiri pintu gol lawan. Dengan pertukaran penjaga gol SOAS FC di permulaan separuh masa kedua, banyak percubaan telah gagal dihasilkan oleh pasukan pelawat kerana ketangkasan penjaga pintu gol SOAS FC menjaga dengan baiknya. Akan tetapi beliau telah dibolosi hanya sekali. Ini menjadikan SOAS FC masih ketinggalan dengan 1 jaringan.

Jaringan penyamaan SOAS FC telah dihasilkan oleh Cikgu Hajis dari hantaran Cikgu Azreen. Manakala gol kemenangan pasukan tuan rumah telah berjaya dihasilkan oleh pemain yang berjersi 28 (2 gol pada perlawanan ini).

Pertahanan SOAS FC (Cikgu Azri, Cikgu Md Arizal, Ustaz Mazlan, Cikgu Hajis) boleh dikatakan karas jua pasal banyak yang kan dijaga adalah pemain import dari SOAS FC jua. Baibun lagi tuu!! Bagaimanapun banyak peluang dan asakan demi asakan terutamanya dari pemain tengah (Cikgu Azizul Fitri, Ustaz Haji Supri) dan pemain atas (Cikgu Zulhisham, Cikgu Haji Darul) telah berjaya membuahkan hantaran dan skill2 yang membawa kemenangan SOAS FC menentang Pejabat POS. Tahniah atas kemenangan di perlawanan ke-34 ini.

p/s: terlampau baibun masa main atu inda pulang terasa ngalih.. aaaa.. buat lagi !!!

Perlawanan ke-33 menentang THF (Team Hajah Fauziah)

Arena SOAS, 13hb ogos 2009: Perlawanan menentang THF menhasilkan kemenangan kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan 3 berbalas 2 dimana jaringan SOAS FC telah berjaya dihasilkan oleh Cikgu HKA (Haji Khairul Abdoh) sebanyak 2 biji manakala Cikgu Yusrin sebanyak 1 biji. Itu saja cerita yang dapat di isi dalam blog ini disebabkan kurang information bagi pihak editor yang tidak menyaksikan perlawanan tersebut. Sekian terima kasih.

Monday, August 10, 2009

Perlawanan ke-32 menentang Team HKA


Permainan ini disponsor oleh Air Murni..

Align Center


...dan adidas Copa Mundial..



...dan adidas jua.

Arena SOAS, 10 ogos 2009: Perlawanan pada masa itu berlangsung seperti biasa di SOAS arena dimana didatangi oleh pasukan pelawat dari Team Kampung Haji Khairul Abdoh. Di separuh masa pertama dimana kedua2 pasukan berjaya menjaringkan gol dimana SOAS FC telah mendahului pasukan Team HKA dengan jaringan 2 - 1. Dua jaringan telah berjaya dihasilkan oleh Cikgu Hajis dan juga pemain sayap kanan iaitu Cikgu Khairul Abdoh. Banyak peluang telah diberi kepadapasukan tuan rumah akan tetapi disia-siakan. Keputusan kekal hingga berakhirnya babak pertama.

Di babak kedua pula dengan kesungguhan pihak lawan dengan kegigighan pertahanan SOAS FC, berjaya menyekat serangan bertubi2 Team HKA. Dengan sidikit kesilapan dari bahagian tengah SOAS FC, pasukan pelawat berjaya menjaringkan 2 lagi gol dengan jaringan yang simple, walaupun pertahanan SOAS FC sudah berusaha untuk menahan serangan itu. Sampai ada defend atu masuk ke pintu gol. Nah bola sama defend pulag gol..hehehe..tapi inda apa, usaha telah diberikan.

Hadiah sepakan penalti berjaya dihasikan atas kecederaan pemain penyerang yang berjersi 28 yang angih2 kan bernafas...akan tetapi tendengan itu tidah berhasil disudahi oleh pemain tengah. Bagaikan tendangan Evra dari pemain Manchester United yang gagal mentrick penjaga gol pasukan pelawat.

Bagaimanapun, SOAS FC berjaya menjaringkan gol penyamaan di saat2 akhir dari hantaran Cikgu Yusrin dan disudahi oleh Cikgu Zulhisham dimana gol beliau bagaikan ala Torres. Keputusan berakhir dengan seri 3 sama.

Friday, August 7, 2009

Perlawanan ke-31 vs Penuntut Teknikal



SOAS Arena, tempat bermulanya pasukan SOAS FC




Ketangkasan penjaga gol SOAS FC mengagalkan percuban dari pihak lawan.




lihat.betapa lajunya Cikgu Azri meranjat..




Pemain sayap kanan bersama kiri..




Pemain pertahanan yang rajin sekali..




Pemain pertahanan yang karas !!!


SOAS Arena, 07hb Ogos 2009: Perlawanan pada petang tadi menyaksikan kehebatan tuan rumah dimana SOAS FC telah berhasil memperolehi kemenangan besar menentang pasukan dari penuntut Maktab Teknik. Jaringan demi jaringan telah berjaya diperolehi oleh pasukan tuan rumah di separuh masa pertama. Jaringan pertama SOAS FC telah dihasilkan oleh saudara kepada Cikgu Hajis, iaitu Awang Rahim yang berjaya menjaringkan 2 gol permulaan. Di separuh masa yang sama juga SOAS FC telah berjaya lagi menjaringkan 1 lagi gol melalui Cikgu Yusrin dimana bola telah diumpan melalui umpanan cantik dari Cikgu Azreen. Umpan demi umpan lagi oleh pemain yang sama hampir membuahkan hasil tetapi tidak menjadi. Bula sanang2 di header..pakainya kaki.. Tapi inda apa..Walaupun pemain yang malar mengumpan itu sentiasa tunggu2 di kawasan pihak lawan, namun hasilnya amat memuaskan juga dimana beliau berjaya menjaringkan 2 gol peribadi buat SOAS FC. Ini menandakan SOAS FC berjaya menjaringkan 5 jaringan ke pihak lawan di separuh masa pertama itu.

Di separuh masa kedua pula, Pihak lawan pula berjaya menjaringkan gol pertama mereka. SOAS FC pada setakat itu tidak mampu menjaringkan gol penambahan walaupun cubaan demi percubaan telah dilakukan oleh pasukan tuan rumah. Cikgu Azri hampir2 lagi menjaringkan gol peribadi akan tetapi tandukan beliau tidak mengenai sasaran.

Tahniah kepada pemain pertahanan SOAS FC terutamanya Cikgu Azri, Cikgu Md Arizal, Ustaz Mazlan dan seorang lagi adik kepada pemain tengah (Cikgu Harlezam) berjaya menyekat dengan baiknya pasukan pelawat dari membolosi gawang tuan rumah. "Karas x ah defend SOAS FC"..

Satu gol telah berjaya dijaringkan oleh Ustaz Mazlan memalui gol sendiri dari pihak lawan. Atas sebab seorang pemain yang berjersi 44 iaitu Ustaz Shahrul tidak kesampaian menjaringkan sebarang gol semasa permainan itu, ini adalah sebab kecederaan beliau sebelah ankle kanan. Beliau telahpun diganti oleh pemain yang inda kan main di 2nd half atas sebab ngalih, iaitu Cikgu Azreen. Tidak lama baru masuk padang, pemain yang mengganti itu telah berjaya menaikkan semangat pemain hadapan SOAS FC terutamanya kepada Cikgu Hajis dan Cikgu Hj Khairul Abdoh dimana Cikgu Hajis telah berjaya membolosi gawang pelawat dengan tendangan "trick" ke sebelah kanan pintu lawan. Tidak lama kemudian, gol kedua dari pasukan pelawat telah berjaya dihasilkan dengan tajamnya. Ini tidak melamahkan semangat SOAS FC dimana satu jaringan lagi telah berjaya dihasilkan oleh SOAS FC melalui pemain sayap sebelah kanan iaitu Cikgu Hj Khairul Abdoh.

Sebelum berakhirnya perlawanan itu dengan hasil umpanan dari Cikgu Yusrin, Cikgu Azreen berjaya menjaringkan hatrik pertama beliau dengan tandukan yang menghala menuju ke kiri pintu lawan.

Tahniah kepada semua pemain dari pasukan SOAS FC atas kejayaan besar dengan menghasilkan 8 jaringan iaitu yang paling banyak setakat ini menentang pasukan2 pelawat.

Tahniah juga kepada saudara mara, adik beradik guru2 SOAS yang berjaya menghasilkan kemenangan ini.

Keputusan berakhir SOAS FC menang 9 berbalas 2 kepada Teknikal.

Monday, August 3, 2009

Perlawanan ke-30 menentang Mahkamah

Arena SOAS, 01hb Ogos 2009: Perlawanan pada kali ini ialah perlawanan yang kedua menentang pasukan dari tuan rumah. Dengan perlawanan yang kedua ini, SOAS FC masih gagal untuk menundukkan pihak lawan dengan keputusan muktamad SOAS FC kalah 0 - 3 kepada Mahkamah.

Dua jaringan dari pihak lawan sempurna di hasilkan di separuh masa pertama manakala hanya satu jaringan yang mereka mampu menambah. Walaupun pasukan tuan rumah gagal untuk menjaringkan sebarang gol, akan tetapi bayak peluang telah banyak terbuang. Ada yang menendang luan menyiring..dan ada jua yang menendang ke langit.. Maklumlah, batah udah nda main...

Yang mahalnya di perlawanan itu ada seorang daripada pasukan tuan rumah mengeluarkan skill2 yang mendebarkan pihak lawan..ini adalah sebab minuman yang beliau minum sebelum perlawanan itu ialah minuman yang tinnya berwarna 'purple'..(kacip patimah) kuang kuang kuang..
Cantik kali ah mainnya.. Wang..sponsor eh kami2... Iatah..walaupun kalah ada jua yang menjadi penghibur di perlawanan itu..Siapa lagi...Awang Kacip Patimah...hehehe..

Sekian laporan dari editor soasfc.blogspot.com

p/s: perlawanan seterusnya adalah pada hari Khamis 6hb Ogos ini jam 4:30 di tempat biasa menentang pasukan dari teknikal.