Saturday, November 19, 2011

Pertandingan Go-Kart (Push Cart).

19hb November 2011; Sekolah Menengah Sayyidin Hussain, Mukim Sengkurong telah mengadakan perlawanan Go-Kart berunsurkan tolakan (push-kart). Yang menyertai pertandingan tersebut terdiri dari sekolah-sekolah menengah, maktab dan juga pusat tingkatan enam.

Hanya sebagai ristaan bersama adalah binaan go-kart dari kayu-kayu bekasan (recycable materials) dan juga sedikit barang-barang yang perlu dibeli dari kedai-kedai hardware.

Walaupun pasukan dari Maktab SOAS tidak memenangi apa-apa hadiah walau bagaimanapun, usaha dari pasukan Maktab terutamanya dari penentut yang menyertai pertandingan tersebut mendapat pengalaman yang mungkin akan berguna untuk mereka pergunakan dimasa akan datang.

Itu saja yang dapat dikongsikan bersama editor. Terima Kasih.
















Friday, August 19, 2011

PINTU GERBANG MAKTAB SOAS 2011 SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-65 TAHUN





















Serba sedikit mengenai sejarah pembinaan gerbang oleh mantan guru Maktab SOAS bermula dari tahun 80'an

Gambar dipetik dari Borneo Bulletin 2011.
Adalah sejarah awal gerbang Maktab SOAS bermula dari kemahiran seorang mantan tenaga pengajar Maktab SOAS yang telah pencen pada pertengahan abad ke-20 telah menghasilkan kreativiti beliau untuk memeriahkan lagi sambutan hari keputeraan KDYMM dengan bentuk, warna dan cucul yang indah dipandang siang dan malam. Dengan adanya kemahiran ini, beliau telah berjaya mengajar banyak kepada guru2 muda yang baru hendak belajar dalam kemahiran ini. Bukan saja pembinaan gerbang ini kemahiran beliau. Akan tetapi ada banyak lagi seperti melukis, memburis perahu & bermain sepak takraw .Walaupun beliau tidak lagi bekerja di maktab ini, dengan hasil kerja tangan dan usaha yang ditinggalkannya di maktab telah memberikan inspirasi dan semangat kepada guru2 maktab.









Pertandingan Pintu-Pintu Gerbang bagi Sekolah-Sekolah & Maktab-Maktab Bagi Daerah Brunei Muara 2011



27hb Julai 2011 menandakan hari bersejarah lagi buat Maktab SOAS atas kemenangan berturut pembinaan pintu gerbang sempena Hari Keputeraan KDYMM yang ke-65 tahun. Atas dorongan dan usaha guru2 yang telah memberikan tenaga & buah fikiran, hasil dari itu telah menberi kayakinan lagi untuk melakukannya lagi di tahun depan.

Bagi pihak editor ingin merakamkan terima kasih kepada tenaga2 mengajar (Cikgu Haji Iman, Cikgu Yardi, Cikgu Malai Haji Rafaiee, Cikgu Ramli, Cikgu Salmi Jan, Cikgu Arshad, Cikgu Nurhidayah, Cikgu Hjh Rubiah, Cikgu Salleh Kadir, Cikgu Rusdi, Cikgu Yusran & Cikgu Azreen) dan bukan mengajar (Ariffin) Maktab SOAS atas keberhasilan dalam memenangi tempat pertama pada tahun ini.

Sunday, April 24, 2011

UNTUK KENANGAN BERSAMA ALLAHYARHAM MOHD RIZANI BIN HAJI HUJAN

Assalamualaikum. Atas permintaan allahyarham sebelum kembalinya kerahmatullah pada Jumaat, 1hb April 2011, beliau ada merequest kepada editor blogger ini supaya akan dapat memasukkan gambar2 permainan badminton yang beliau telah rancangkan. Dengan mengatakan 'Insyallah' kepada beliau pada masa itu, editor blogger baru masa inilah berpeluang untuk memasukkan gambar2 tersebut.

Dengan tidak berkata2 dengan panjang, inilah hanya gambar2 yang sempat diambil semasa kami mengadakan perlawanan persahabatan di venue2 seperti Komplex RIPAS dan Sekolah Menengah Lambak Kiri.













































Sekian

AL-FATIHAH