Di separuh masa pertama, pasukan pelawat berjaya menembusi gawang SOAS FC di minit ke 20. Asakan demi asakan dari pihak lawan bagaimanapun berjaya lagi menjaringkan gol kedua mereka. Walau bagaimanapun, SOAS FC mula bangkit di separuh masa kedua dimana, jaringan pertama pihak tuan rumah berjaya disaringkan dari jarak jauh oleh pemain pertahan muda iaitu Ak Sobri. SOAS FC lagi berjaya menyamakan kedudukan dari jaringan Cikgu Siong. Dua lagi gol diperolehi oleh pihak tuan rumah hasil dari jaringan Cikgu Yusrin.
Walau bagaimananapun, kubu SOAS FC dapat dibolosi dan berjaya menjaringkan gol ketiga bagi pihat lawan. Keputusan akhir, SOAS FC berjaya memenangi perlawanan ini buat pertama kalinya bagi musim tahun 2012 ini dengan jaringan 4 - 3 kepada Common FC.
Tahniah buat pemain-pemain SOAS FC. Permainan terakhir sebelum bermulanya cuti penggal pertama ialah pada 15hb Mac ini. Diharap pemain2 yang aktif mahupun yang tidak aktif akan datang meramaikan dan akan menang di perlawana itu.
Editor
S28
2012
