Tuesday, September 16, 2008

Aktiviti memukat udang

Pada 14hb September 2008, aktiviti memukat telah diadakan di perairan sungai Brunei. Pada mulanya beberapa org telah berkumpul di rumah Awg Shahrul (perancang aktiviti), manakala yang selebihnya terus ke jeti di Pangkalan Si Babau kg Mentiri.
Tetapi, ada suatu masalah telah timbul, seorang daripada krew yang datang dari jauh (hehehe) telah ketinggalan sesuatu yang amat penting yang digunakan untuk memancing...iaitu udang mati sebagai umpan.
Beberapa usaha telah dilaksanakan untuk mencari umpan hidup. Cari punya cari punya cari sepanjang perjalanan ke pangkalan si babau masih tidak kejumpaan.
Sebaik saja sampai di jeti, maka perahu pun diturunkan dan segala alat2 memancing dimasukkan ke dalam perahu tersebut. Tetapi..mana tia kapten ani ? Ooooo.. rupanya mencabut batteri kereta kan dipakai sebagai ganti batteri perahu yang sudah "flat".
Dalam perjalanan ke destinasi, kami pun membeli minyak dulu, lepas tu kan mencari umpan hidup..manatau ada bejual. Tetapi tidak ada hasil.
Setelah tidak berjaya mencari umpan hidup, maka satu idea timbul.... "apa kalau tani mengandang?" kata Kapten. "Bah!" kata beberapa org krew. Lalu, pukat pun dilabuh..
Sementara menunggu membangkit.... kami pun berehat sambil berceta2..



Melihat pemandangan indah perairan Brunei semasa dalam perjalanan ke destinasi



Kapten dan empunya bot



Sebahagian krew yang turut menaiki bot





Beginilah cara2 melabuh pukat andang. Pukat yang dilabuh adalah sepanjang 5 binata, bersamaan dengan +/- 330 kaki x 5, bersamaan dengan +/- 500 meter.




Pukat sedang ditahan sekejap...sementara atu, rehat2 n ceta2 ngan kwn di laut.




Bah tarik tia pukat tu.. ada usulnya???




Beginilah sais udang yang diperolehi semasa memukat





Ada jua lah udang atu..

No comments: