Ceria atas jaringan yang berjaya dihasilkan dengan yakin.
Aduh..sakit ankle..kana junyak..
Antara pemain SOAS FC yang juga dibintangi oleh guru2 latihan
Berunding siapa lagi kan skor 2nd half ani ??
Pemain penyerang bersama2 dengan pemain pertahanan
Salah seorang penjaring sedang mengamati pemain2 yang akan diturunkan oleh pihak lawan.
SOAS Arena, 6hb Jun 2009: Perlawanan pada hari ini amat memuaskan bagi pasukan SOAS FC, dimana SOAS FC terdiri dari pemain2 yang bersemangat tinggi, berfikiran sebagai satu pasukan yang mantap apabila memulakan setiap perlawanan.
Di separuh masa pertama, SOAS FC telah dibolosi oleh penyerang dari pasukan guru2 STPRI dimana pengadil pada masa itu agak ragu2 sedikit kerana jaringan yang diperolehi oleh pasukan lawan seakan2 tidak gol (pasal jaring bubus). Oleh kerana keputusan ditangan pengadil, maka jaringan itu telah dimasukkan sebagai satu jaringan.
Tidak lama kemudian, SOAS FC berjaya menyamakan kedudukan, dimana hasil hantaran dari pemain tengah, Cikgu Aziziul dan diakhiri dengan tendangan dari pemain penyerang SOAS FC yang berjersi nombor 28. Sejurus beberapa minit kemudian lagi, satu lagi jaringan telah berjaya lagi dihasilkan oleh pemain berjersi nombor 28 dengan tendangan tajam menuju ke gawang lawan. Dan beberapa minit lagi kemuddian, SOAS FC berjaya lagi menjaringkan satu lagi ke pihak lawan tetapi bukan dari pemain jersi nombor 28 (awu eh..karang hatrick...hehe..) tetapi dari pemain berjersi nombor 36 (Cikgu Azizul) hasil dari tendangan sudut oleh Ustaz Shahrul. Keputusan berakhir dengan jaringan 3 - 1 kepada SOAS FC di separuh masa pertama ini.
Di separuh masa kedua, tiada jaringan dijaringkan oleh pasukan tuan rumah, akan tetapi satu jaringan berjaya dijaringkan oleh pasukan pelawat (atupun diliat dari pihak pertahanan tuan rumah inda gol, tapi pengadil kata gol..apa boleh buat..terima saja lahh..).
Keputusan berakhir dengan kemenangan bagi pihak tuan rumah SOAS FC berjaya menjaringkan 3 gol manakala STPRI berjaya menjaringkan 2 gol. Tahniah kepada pemain2 SOAS FC kerana telah berjaya mencipta kemenangan demi kemenangan. Insyallah pada perlawanan akan datang semoga SOAS FC akan mengekalkan rekod kemenangan demi kemenangan.
Perlawanan seterusnya adalah pada hari Rabu, 10hb Jun 2009. Pasukan lawan belum lagi 'comfirm'..
No comments:
Post a Comment