SOAS Arena, 4hb July 2009: Perlawanan berlangsung semasa penghujung cuti tambahan penggal kedua dimana SOAS FC telah melayani pasukan dari Polis Makhamah. Atas keadaan masa kini iaitu mengenai penyakit Influenza A (H1N1) yang menular pada masa kini telah memberi kesan kepada kedua2 pasukan dimana pemain2 yang hadir pada masa itu dikatakan cukup2 (meaning tiada pemain gantian). Pada separuh masa pertama, SOAS FC telah berjaya menjaringkan gol pertamanya melalui Cikgu Harlezam manakala pasukan pelawat pula berjaya menjaringkan 3 gol. Keputusan pada masa itu SOAS FC ketinggalan 3 - 1. Kebanyakan pemain SOAS FC pasa masa itu terasa macam baru pernah main..maklumlah...sekolah cuti, bola pun cuti..hehehe...
Walau bagaimanapun di separuh masa kedua, SOAS FC hanya mampu menjaringkan 2 lagi gol yang disudahi oleh Ustaz Shahrul dan Cikgu Alikhan. Akan tetapi, pasukan pelawat pun menjaya menjaringkan 2 gol juga. Keputusan berakhir dengan kekalahan SOAS FC kepada Mahkamah dengan jaringan 5 - 3. Perlawanan ini tidak menurunkan semangat SOAS FC kerana setiap perlawanan ada menang, kalah dan seri.. tapi untuk seri ni kejarangan sekali lah.. Masih ada banyak perlawanan lagi dimasa akan datang. Game seterusnya..belum tau bila and siapa kan dilawan. So inform ja to all pemain2 SOAS FC. Lagi awal lagi baik..ada usulnya yang ketagihan main bula lagi tuuuu.....
p/s: Sorry, gambar tidak disertakan..nada ada yang mengambar..semua main pada masa atu..
No comments:
Post a Comment