Wednesday, November 18, 2009

Ternyata 'cabe' SOAS FC lebih pedas dari lada kepulauan Jepun


pemain yang baru masuk untuk separuh masa kedua

Mengapa lain baju atu?


Bang Bang !!!!!!!!




Penjaga gawang separuh masa pertama



Bukan orang yang ditandang atu..bola x ahhh !!!!




Penyerang SOAS FC (Cikgu Harlezam) membuat percubaan



Penjaring gol kedua bagi SOAS FC


Give me a hug !!! Kuang kuang kuang .....





"I Believe I Can Fly..I Believe I Can Touch The Sky.."


Bah..."placing" arah Cikgu Arizal !!!


Arena SOAS, 18hb November 2009: Perlawanan pada hari ini bermula dengan aksi yang bagus sekali bagi kedua2 pasukan. Dimana SOAS FC telah menjemput pemain2 dari guru warga sekolah2 rendah Brunei 1 singkatannya, WASABI FC. Di separuh masa pertama permainan berkeadaan rancak dimana kedua2 pasukan saling mempunyai peluang untuk menjaringkan gol akan tetapi, nasib belum menyebelahi kedua2 pasukan. Tidak lama kemudian, dengan serangan yang pantas dari pasukan pelawat, Wasabi FC berjaya menjaringkan gol pertama dari tandukan penyerang mereka dari hantaran sebelah kanan. Dengan jaringan itu, SOAS FC ketinggalan 0 - 1 kepada Wasabi FC. Beberapa minit sebelum wisel separuh masa tamat, dengan ketangkasan hantaran pemain SOAS FC dari bahagian kiri telah berjaya menghantar bola kepada pemain sayap kiri (Ustaz Shahul), beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan dari jarak jauh. Dengan jaringan ini, SOAS FC berikat seri satu sama dengan Wasabi FC. Keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua pula dengan pertukaran 2 pemain SOAS FC di bahagian penyerang dan pertahanan, pemain2 SOAS FC telah bermain dengan lebih kancang lagi, berdisiplin lagi, berkomunikasi dengan lebih baik lagi dan macam2 adaaa....lagi. Dengan SOAS FC telah memberi serangan demi serangan ke pihak lawan, SOAS FC berjaya menjaringkan gol kedua atas 'assist' dari Cikgu Yusrin. Penjaring itu tidak lain tidak bukan pemain yang berjersi 28. Dengan jaringan tersebut, ini menambahkan semangat kesukanan kepada pemain SOAS FC yang lain untuk tidak mengalah dan tidak putus asa untuk memberi kemenangan kepada SOAS FC. Walaupun SOAS FC mendahului Wasabi FC, pemain pelawat tidak jemu2 untuk memberi tekanan kepada SOAS FC dimana serangan demi serangan telah dihadapi. Akan tetapi dengan kebijaksanaan menarik offside SOAS FC terselamat dari serangan bertubi2. Walaupun 'placing' inda kana bagi..hehe..

Perlawanan hampir mencecah minit2 akhir...hmmm dalam 10 minit lagi kan masuk waktu, SOAS FC pula membuat serangan2 yang mencabar ketangkasan pemain pelawat. Walaupun permainan di tengah padang agak sesak dengan adanya pemain dari kedua2 pasukan, dengan hantaran tengah menuju ke kiri pasukan lawan (pemain sayap kanan - Ustaz Shahrul) beliau telah memberi 'assist' dimana pemain penyerang yang kerajanya runnnnning saja (jersi 28) berjaya menjaringkan gol ketiga bagi SOAS FC. Akan tetapi, Wasabi FC sentiasa membuat serangan yang mendebarkan pemain SOAS FC. Dengan laungan Allahuakbar, pengadil perlawanan dengan rasminya telah meniup wisel menandakan berakhirnya separuh masa kedua.

Keputusan muktamad, SOAS FC menang dengan jaringan 3 berbalas 1 kepada Wasabi FC.

p/s: kepada pemain2 SOAS FC, adakanlah lagi rentak dan cara perlawanan seperti ini dan yang sebelumnya. Tahniah kepada pemain2 SOAS FC kerana kejayaan ini.

Keep Up The Good Teamwork !!!

No comments: