SOAS Arena, tempat bermulanya pasukan SOAS FC
SOAS Arena, 07hb Ogos 2009: Perlawanan pada petang tadi menyaksikan kehebatan tuan rumah dimana SOAS FC telah berhasil memperolehi kemenangan besar menentang pasukan dari penuntut Maktab Teknik. Jaringan demi jaringan telah berjaya diperolehi oleh pasukan tuan rumah di separuh masa pertama. Jaringan pertama SOAS FC telah dihasilkan oleh saudara kepada Cikgu Hajis, iaitu Awang Rahim yang berjaya menjaringkan 2 gol permulaan. Di separuh masa yang sama juga SOAS FC telah berjaya lagi menjaringkan 1 lagi gol melalui Cikgu Yusrin dimana bola telah diumpan melalui umpanan cantik dari Cikgu Azreen. Umpan demi umpan lagi oleh pemain yang sama hampir membuahkan hasil tetapi tidak menjadi. Bula sanang2 di header..pakainya kaki.. Tapi inda apa..Walaupun pemain yang malar mengumpan itu sentiasa tunggu2 di kawasan pihak lawan, namun hasilnya amat memuaskan juga dimana beliau berjaya menjaringkan 2 gol peribadi buat SOAS FC. Ini menandakan SOAS FC berjaya menjaringkan 5 jaringan ke pihak lawan di separuh masa pertama itu.Di separuh masa kedua pula, Pihak lawan pula berjaya menjaringkan gol pertama mereka. SOAS FC pada setakat itu tidak mampu menjaringkan gol penambahan walaupun cubaan demi percubaan telah dilakukan oleh pasukan tuan rumah. Cikgu Azri hampir2 lagi menjaringkan gol peribadi akan tetapi tandukan beliau tidak mengenai sasaran.
Tahniah kepada pemain pertahanan SOAS FC terutamanya Cikgu Azri, Cikgu Md Arizal, Ustaz Mazlan dan seorang lagi adik kepada pemain tengah (Cikgu Harlezam) berjaya menyekat dengan baiknya pasukan pelawat dari membolosi gawang tuan rumah. "Karas x ah defend SOAS FC"..
Satu gol telah berjaya dijaringkan oleh Ustaz Mazlan memalui gol sendiri dari pihak lawan. Atas sebab seorang pemain yang berjersi 44 iaitu Ustaz Shahrul tidak kesampaian menjaringkan sebarang gol semasa permainan itu, ini adalah sebab kecederaan beliau sebelah ankle kanan. Beliau telahpun diganti oleh pemain yang inda kan main di 2nd half atas sebab ngalih, iaitu Cikgu Azreen. Tidak lama baru masuk padang, pemain yang mengganti itu telah berjaya menaikkan semangat pemain hadapan SOAS FC terutamanya kepada Cikgu Hajis dan Cikgu Hj Khairul Abdoh dimana Cikgu Hajis telah berjaya membolosi gawang pelawat dengan tendangan "trick" ke sebelah kanan pintu lawan. Tidak lama kemudian, gol kedua dari pasukan pelawat telah berjaya dihasilkan dengan tajamnya. Ini tidak melamahkan semangat SOAS FC dimana satu jaringan lagi telah berjaya dihasilkan oleh SOAS FC melalui pemain sayap sebelah kanan iaitu Cikgu Hj Khairul Abdoh.
Sebelum berakhirnya perlawanan itu dengan hasil umpanan dari Cikgu Yusrin, Cikgu Azreen berjaya menjaringkan hatrik pertama beliau dengan tandukan yang menghala menuju ke kiri pintu lawan.
Tahniah kepada semua pemain dari pasukan SOAS FC atas kejayaan besar dengan menghasilkan 8 jaringan iaitu yang paling banyak setakat ini menentang pasukan2 pelawat.
Tahniah juga kepada saudara mara, adik beradik guru2 SOAS yang berjaya menghasilkan kemenangan ini.
Keputusan berakhir SOAS FC menang 9 berbalas 2 kepada Teknikal.