Showing posts with label Perlawanan ke-25 vs PERKASA FC. Show all posts
Showing posts with label Perlawanan ke-25 vs PERKASA FC. Show all posts

Friday, June 12, 2009

KEPUTUSAN SERI DUA SAMA


Punca padang SOASC keras, kering dan berpasir














SOAS Arena, 12hb Jun 2009: Perlawanan pada kali ini telah dihadiri oleh pasukan pelawat terdiri daripada campuran team keluarga kg saba dengan pemain2 dari pasukan Perkasa FC. Seperti biasa, permainan dimulai lebih kurang pukul 5 petang. Atas sebab bola pada ketika itu kurang angin, maka dengan adanya pengadil pada masa itu, beliau lah yang menentukan kekencangan bola tersebut.

Di separuh masa pertama, pasukan SOAS FC bagaikan dimain2 kan oleh pasukan pelawat dimana lebih kurang 5 minit selepas bermulanya sepak mula, sedikitpun bola tidak mengenai atau nya orang inda hampit menendang bola. Akan tetapi, dengan ketangkasan pemain2 SOAS FC, maka jaringan pertama telah dihasilkan dengan cantiknya oleh Cikgu Khairul Abdoh dimana assist oleh Cikgu Yursi. Beberapa peluang telah disia2 kan oleh pasukan tuan rumah dimana jaringan sepatutnya boleh menyecah 4 lagi jaringan. Walaupun permainan pada ketika itu masih macam di awal2 perlawanan, maka jaringan kekal 1 -0 kepada SOAS FC.

Di separuh masa kedua pula, pasukan pelawat kebanyakan dari golongan muda2, cakah lagi, laju lagi, fit lagi..atuya..sama jua macam separuh masa pertama.. CARAH eh !!! macam main ambuk.. Mereka berjaya memasukkan 2 jaringan ke pihak tuan rumah dimana salah satu jaringan adalah dari sepakan penalti. SOAS FC juga berjaya menjaringkan gol penyamaan di minit2 ahir perlawanan dimana jaringan dibuat oleh bekas pemain Brunei FC iaitu Rosanan Samak hasil dari assist pemain penyerang SOAS FC, Cikgu Harlezam. Tahniah kepada pemain2 SOAS FC terutamanya dari pemain pertahanan atas kerajinan mereka, dan tidak lupa juga kepada pemain tengah, sayap kiri & kanan dan juga penyerang. Walaupun pasukan pelawat dibuatnya SOAS FC macam main ambuk, namun SOAS FC tidak patah semangat untuk mengekalkan jaringan seri dua sama.

Akan tetapi, sepatutnya keputusan muktamad adalah SOAS FC 2 - PERKASA FC 3. Oleh kerana azan sudah berkumandang sebelum jaringan ketiga oleh pasukan pelawat, maka atas voting dari pemain2 SOAS FC, maka jaringan kekal seri.