Showing posts with label Perlawanan ke-4 di tahun 2009. Show all posts
Showing posts with label Perlawanan ke-4 di tahun 2009. Show all posts

Friday, March 13, 2009

SOAS FC vs BPM (Balai Polis Muara)


Ramli Chec kembali beraksi sebagai penjaga gol pertama


13hb Mac 2009: Perlawanan bola sepak diantara SOAS FC bersemuka sekali lagi dengan sebuah pasukan undang-undang iaitu pasukan dari Balai Polis Muara. Jauh2 diorang datang, kebanyakan mereka telah datang dengan menaiki bas polis dan ada juga yang membawa kereta sendiri.

Back to the story, pada separuh masa pertama SOAS FC telah ketinggalan 0 - 2 atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan...namanya main bula..kuang kuang kuang..

Bersyukur juga dengan adanya jabatan minuman Maktab SOAS..nda lagi karing leher..ada jua kana bawa aying..
SOAS FC telah mencuba sedaya upaya untuk menjaringkan gol kepada pihak lawan, tetapi nasib tidak menyebalahi pasukan SOAS FC..walaupun banyak 'chance' yang diperolehi. Pada permainan kali ini terciptalah satu sejarah dimana seorang daripada pemain SOAS FC telah dilayangkan kad kuning. Duiii..nasib inda merah !!!!..

Manakala pada separuh masa kedua, dengan kekerasan bahagian pertahanan dan penjaga gol yang baru berkecimpung bersama pasukan SOAS FC telah berjaya untuk mempertahankan gawang untuk mengelakkan gol kemasukan, bagaimanapun di minit2 akhir pihak lawan telah berjaya membolosinya..atas sebab..'wasit' barangkali.

Akan tetapi sepanjang babak kedua, kedua2 pasukan telah berusaha sedaya upaya untuk menjaringkan gol dimana di babak kedua ini, SOAS FC telah berjaya menjaringkan dua gol. Dimana gol pertama telah dijaringkan dari tendangan bebas oleh Hajiz. Manakala gol kedua juga telah dijaringkan ole beliau jua dimana gol dari tendangan penalti itu telah dihadiahkan kepada pemain nombor 28 yang telah dijatuhkan dengan teruknya di dalam petak 'D'. Siapakah dia yang memakai jersey 28..hmmm..

Walaupun pasukan SOAS FC kalah dengan jaringan 2-3 kepada pasukan Balai Polis Muara, pasukan Maktab tetap akan tabah untuk sentiasa bermain sebagai satu pasukan yang mantap, berdisiplin dan sentiasa bekerjasama.

p/s: Minta maaf atas qualiti gambar yang kurang memuaskan. (Ada gambar lagi dibawah atu).

Mana bulanya ???

Atu laju..siapa tu ??




Bercakak pinggang orang tu..