Showing posts with label SOAS FC 3 - ATL 1. Show all posts
Showing posts with label SOAS FC 3 - ATL 1. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

SOAS FC vs ATL

Arena SOAS, 10hb November 2009: SOAS FC pada perlawanan kali ini telah dilawati dari pasukan Angkatan Tentera Laut (ATL). Di awal separuh masa pertama SOAS FC dan pasukan pelawat berjaya menjaringkan satu gol setiap satu. Gol SOAS FC berjaya dijaringkan oleh Cikgu Yusrin. Sebelum penghujung separuh masa pertama, seorang pemain iaitu penjaring SOAS FC pada masa itu tiba2 tercedera ngam2 di tengah2 padang, lalu digantikan oleh seorang pemain yang berpengalaman yang berjersi 20 iaitu Ustaz Mazlan. Hanya beberapa saat sebelum beliau masuk, maka berbunyilah wisel menandakan tamatnya separuh masa pertama. Menjamah pun inda beliau bola. Hehe...


Di separuh masa kedua pula, beberapa barisan hadapan telah ditukar dan digantikan. Banyak peluang telah gagal dijaringkan oleh kedua2 pasukan. Atas ketangkasan penjaga gawang SOAS FC, maka diseparuh masa kedua jaringan dari pasukan pelawat agak susah membolosi gawang SOAS FC. Tidak lama kemudian, SOAS FC berjaya menjaringkan gol kedua hasil dari Cikgu Hj Darul dimana beliau berjaya melemaskan penjaga gawang pelawat. Beliau lagi sekali berjaya menjaringkan gol ketiga hasil hantaran leret sebelah kanan dari Cikgu Harlezam. Dengan senangnya beliau berjaya memasukkan bola melepasi garis masuk gawang ATL. Ketangkasan benteng pertahanan SOAS FC juga sangat bagus, terdiri dari Cikgu Md Arizal, Cikgu Azri, Cikgu Yusri dan Ustaz Shahroni.


Keputusan muktamad SOAS FC berjaya mengalahkan ATL dengan jaringan 3 berbalas 1.

p/s: perlawanan seterusnya pada hari:

Khamis,12hb November 2009 vs SMSUA
Sabtu, 14hb November 2009 vs SMSH.

Venue: SOAS Arena