Showing posts with label SOAS FC 3 - Jabatan Percetakan 3. Show all posts
Showing posts with label SOAS FC 3 - Jabatan Percetakan 3. Show all posts

Thursday, October 8, 2009

SOAS FC terpaksa akur dengan keputusan SERI






Arena SOAS, 7hb Oktober 2009: Permulaan perlawanan persahabatan bermula selepas sambutan kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal. Ini memberi hasil kepada pemain2 SOAS FC yang biasanya 'FIT' berubah menjadi 'FAT'. Inilah sebabnya untuk mengembalikan fittness pemain2 SOAS FC, perlawanan terpaksa diadakan.

Perlawanan pada kelmarin menentang dari pejabat percetakan berlangsung dengan ketidakcukupan pemain2 SOAS FC dimana penjaga gol terpaksa dimainkan oleh seorang pemain yang berjersi 9 iaitu Cikgu Md Arizal. Dengan adanya Cikgu Arizal, maka susah bagi pemain lawan untuk menjaringkan sebarang gol, akan tetapi dengan 'cip' yang dilakukan oleh pemain lawan, maka Cikgu Arizal pun 'lemas' ertinya inda sampai lah tu..hehe.. Ini menjadikan SOAS FC ketinggaan 0 - 1 kepada lawan di separuh masa pertama walaupun SOAS FC mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal.

Di separuh masa kedua pula, permainan berlangsung dengan pemain SOAS FC ngam2 cukup.(inda ada substitute lagi tu) SOAS FC berjaya menyamakan kedudukan dengan hasil jaringan dari Cikgu Harlezam dengan tendangan yang cantik. Tidak lama kemudian, beliau berjaya menjaringkan lagi satu gol untuk SOAS FC dimana SOAS FC berjaya mendahului pihak lawan dengan jaringan 2 - 1 kepada SOAS FC. Akan tetapi, pasukan dari jabatan percetakan berjaya lagi menjaringkan gol penyamaan. Lagi sekali dengan desakan pemain pertahanan Ustaz Shahroni, berjaya menjaringkan gol pendahuluan dengan bunyi ''lapik'..nda tau apa yang kana, parut kah paha...hehe.. Akan tetapi di minit2 akhir perlawanan, pasukan lawan telah berjaya menyamakan lagi jaringan. Keputusan berakhir dengan seri 3 sama.

Walaupun berbulan2 lamanya SOAS FC tidak bermain, namun hasil perlawanan amat membanggakan atas sebab biasanya 'FIT' tetapi masa ani rupanya kalau 'FAT', masih jua boleh dibanggakan. Yang menjaringkan gol untuk SOAS FC ialah 2 gol dari jersi 77 dan 1 gol dari jersi 7.

Wassalam
Dari Editor SOASFC