Showing posts with label SOAS FC menang 5 - 4 vs POS. Show all posts
Showing posts with label SOAS FC menang 5 - 4 vs POS. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

Bahagian pertahanan bukan saja karas, Dapat SCORE lagi !!!

Arena SOAS, 17hb Ogos 2009: Kemenangan demi kemenangan dapat dirasai oleh guru2 warga SOAS dimana kemenangan pada kali ini amat berbeza dari sebelumnya. Dengan keadaan pasukan pelawat (Pejabat POS) kekurangan pemain, maka beberapa pemain SOAS FC (Cikgu Harlezam, Cikgu Yusrin, Cikgu Yusri dan Awang Rahim) telah di import dengan FREE Transfer buat pada masa itu. Dengan alasan itu, salah seorang pemain SOAS FC yang di import telah berhasil menjaringkan gol pertama pasukan pelawat dengan tandukan dari Cikgu Yusrin. Ini bermakna, jaringan yang dibuatnya sejak season ini telah di tolak 1 jaringan (minus 1)..hehehe.. nada dihhhh !!! 1 lagi jaringan telah dibuat juga oleh Awang Rahim yang menjadikan SOAS FC ketinggalan 0 - 2 kepada pasukan POS.

Tidak lama kemudian, di separuh masa yang sama, SOAS FC berjaya menghasilkan jaringan pertama melalui SHOOTING cantik dari pemain berjersi 28. Dengan hasil jaringan itu, ini membangkit semangat SOAS FC untuk menhasilkan lagi jaringan demi jaringan. Jaringan penyamaan SOAS FC telah berjaya dihasilkan dari hantaran Cikgu Hajis dimana pemain sedang bertungkus lumus membubut bola yang dihantar. Pemain yang berjaya mengasilkan jaringan tersebut ialah Ustaz Shahroni @ Kacip Patimah...dengan adanya beliau meminum minuman bertenaga ini maka berhasil lah beliau membuat jaringan tersebut dengan tengangan mengacip ke pintu gol lawan dengan tajamnya. Jaringan ketiga pasukan pelawat telah dihasilkan melalui pemain asal pejabat POS. Keputusan berakhir dengan jaringan SOAS FC - 2, POS - 3 diseparuh masa pertama.

Permainan agak rancak dengan pekikkan demi pekikkan dari setiap pemain SOAS FC. Ini adalah taktik untuk menganggu mentaliti pemain lawan. Dengan aksi2 itu, maka SOAS FC berjaya menjaringkan gol ketiga dimana gol ini adalah gol pertama bagi pemain pertahanan yang serba keras yang berjersi 9 iaitu Cikgu Md Arizal dengan tendangan meleret rendah ke kiri pintu gol lawan. Dengan pertukaran penjaga gol SOAS FC di permulaan separuh masa kedua, banyak percubaan telah gagal dihasilkan oleh pasukan pelawat kerana ketangkasan penjaga pintu gol SOAS FC menjaga dengan baiknya. Akan tetapi beliau telah dibolosi hanya sekali. Ini menjadikan SOAS FC masih ketinggalan dengan 1 jaringan.

Jaringan penyamaan SOAS FC telah dihasilkan oleh Cikgu Hajis dari hantaran Cikgu Azreen. Manakala gol kemenangan pasukan tuan rumah telah berjaya dihasilkan oleh pemain yang berjersi 28 (2 gol pada perlawanan ini).

Pertahanan SOAS FC (Cikgu Azri, Cikgu Md Arizal, Ustaz Mazlan, Cikgu Hajis) boleh dikatakan karas jua pasal banyak yang kan dijaga adalah pemain import dari SOAS FC jua. Baibun lagi tuu!! Bagaimanapun banyak peluang dan asakan demi asakan terutamanya dari pemain tengah (Cikgu Azizul Fitri, Ustaz Haji Supri) dan pemain atas (Cikgu Zulhisham, Cikgu Haji Darul) telah berjaya membuahkan hantaran dan skill2 yang membawa kemenangan SOAS FC menentang Pejabat POS. Tahniah atas kemenangan di perlawanan ke-34 ini.

p/s: terlampau baibun masa main atu inda pulang terasa ngalih.. aaaa.. buat lagi !!!