Arena SOAS, 3hb November 2009: Di bulan yang baru ini, SOAS FC telah berjaya memenangi perlawanan persahabatan dengan pasukan yang bakal mendaftar untuk masuk liga Brunei. Nama pasukannya tidak pasti apa namanya, tetapi pasukan itu terdiri dari golongan muda2 remaja. Perlawanan ini adalah untuk mereka mengetahui kekuatan pasukan mereka itu.
Di separuh masa pertama, SOAS FC telah ketinggalan 0 - 2 kepada pasukan pelawat. Ini adalah kerana pasukan pelawat yang suka ranjat meranjat berlusir kesana kemari membuatkan mereka sebagai pasukan yang aktif yang pernah dilawan pada bulan yang baru ini. Akan tetapi, atas permainan mereka yang sentiasa mahu main laju, maka keterperician permainan agak kurang. Walaupun golongan yang mereka lawan ini iaitu SOAS FC berbeza umur, akan tetapi pengalaman mahu tahu. Dengan adanya pengalaman, walaupun SOAS FC telah ketinggalan 0 - 2 di separuh masa pertama, akan tetapi tahap kementalan sentiasa terjaga. SOAS FC kurang menyerlah sedikit untuk menjaringkan sebarang gol ini adalah kerana striker SOAS FC Cg HJ j Khairul Abdoh mengalami kecederaan lutut dan telah digantikan oleh Ustaz Shahrul Anuar.
Di separuh masa kedua pula, dengan 'feel cool' yang ada pada SOAS FC, SOAS FC berhasil memberi tekanan kepada pasukan pelawat dan telah berjaya menjaringkan gol pertama melaui Cikgu Yusrin. Beberapa minit kemudian, SOAS FC berjaya menyamakan kedudukan yang telah dijaringkan oleh pemain nombor 28 yang lama sudah 'kemarau' menjaringkan gol. Gol ketiga yang tidak dikira atas sebab pengadil telah meniup wisel kerana 'offside' juga telah dijaringkan oleh pemain 28. Ini lagi memberi tekanan kepada pasukan pelawat. Gol kemenangan SOAS FC berjaya disudahi oleh Fauzi dengan tendangan leret tepat mengenai jaring gawang pasukan pelawat. Keputusan muktamad SOAS FC 3 - Pelawat 2.
Perlawanan seterusnya insyallah akan diadaka pada 7hb November 2009, Hari Sabtu menentang jiran SOAS iaitu STPRI.