Showing posts with label Seri tapi dikira menang. Show all posts
Showing posts with label Seri tapi dikira menang. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

SOAS FC menentang Sekolah Menengah Sayyidina Hasan

Arena SOAS, 14hb November 2009: SOAS FC telah dilawati oleh guru2 dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan Kg Tanjung Bunut. Permainan bermula agah akhir sikit disebabkan pengadil dengan mencari tempat membuang. Walau bagaimanapun, permainan tetap dijalankan memandangkan cuaca pada masa itu hujan dan berguruh. Malar jua kana gambar..(pasal kilat lah tu..). Di separuh masa pertama, SOAS FC telah dibolosi di awal2 minit pertama...seminit pun tidak sampai. Rentak permainan SOAS FC agak sikit mencemaskan memandangkan posisi pemain yang tidak menentu begitu juga pasukan lawan dimana pemain tengah jarang digunakan.

Dengan masa sentiasa bergerak ke hadapan, permainan kedua2 pasukan agak sedikit kucar kacir. Akan tetapi, SOAS FC berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil dari tandukan Cikgu Harlezam dimana assist datang dari Cikgu Yusrin. Dengan jaringan tersebut, SOAS FC telah berjaya mengawal keadaan dipadang bagaimanapun, pemain lawan telah berubah permainan hingga menyebabkan kecederaan kepada pemain tuan rumah yang tidak di lihat oleh pengadil. Dengan adanya ke aggresifan permainan, maka terjadilah suatu insiden yang tidak diingini. Sehinggakan pengadil telah berkata " Main bola ani friendly ganya, nada jua dapat hadiah.." cematulah bunyinya.

Di masa permainan itu, tidak lama kemudian , SOAS FC berjaya menjaringkan gol mendahulu juga dari hasil pemain penyerang yang berbisa iaitu Cikgu Harlezam. Walaupun banyak pemain SOAS FC naik keatas, tendangan demi tendangan telah di hasilkan untuk cuba menjaringkan terutamanya dari Cikgu Yusrin, Ustaz Shahroni, Cikgu Azizul Fitri dan Cikgu Harlezam, tendangan Cikgu Harlezam sahaja yang tepat mengenai jaring pemain pelawat.

Tidak lama kemudian, SOAS FC telah dibolosi dengan jaringan kedua pasukan pelawat, dimana pamain SOAS FC tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang terang2 offside walaupun keadaan pada masa itu kan gelap sudah. Walaupun seri akan tetapi dikira menang. Keputusan muktamad adalah SOAS FC 2 - SMSH 2.

p/s: perlawanan persahabatan seterusnya ialah pada Hari Rabu, 18hb November 2009 bertempat di SOAS Arena menentang guru2 dari sekolah rendah.