Showing posts with label Setiap perjalanan mesti ada masalah yang timbul. Show all posts
Showing posts with label Setiap perjalanan mesti ada masalah yang timbul. Show all posts

Saturday, April 4, 2009

Aktiviti Mengudang di Perairan Brunei




Perairan Brunei,4hb April 2009: Aktiviti ini di bintangi oleh Pak Arshad dengan Pak Rizani dengan perahu mereka bersaiz 19 kaki berenjinkan Mariner 60 kuda berwarna kelabu dan bertarikkan kereta yang 'ROCK" dinamakan Rocky. Manakala bintang yang diundang adalah Pak Irwan, Pak Yardi dan Pak Azreen dengan menggunakan perahunya yang bersaiz 15 kaki berenjinkan Yamaha 40 kuda berwarna kelabu gelap dan bertarikkan kereta 2 seater. Kereta SPORT X ah !!!

Perjalanan tidak mengikut jadual dimana pada jam 8 barulah kami sampai di Pangkalan Si Babau. Jadual sebenarnya adalah kami sepatutnya berada di Pangkalan Si Babau pada jam 7 pagi. Kerana perjalanan ber 'convoy' tidak dijanjikan maka kami yang memakai kereta 'SPORT' 2 seater terserempak kereta yang berunsurkan ROCK di highway. Ngam jua kereta yang pamcit atu kawan, maka kami tolonglah mereka yang memerlukan. Tolong punya tolong inda jua dapat ditolong...tolong mendangani ganya pasal pembuka tayar nada terdapat di kereta masing2.




Arghhh!! karas eh!!!

Lalu, muncul lah seorang kawan lagi yang berkeretakan kereta 'SPORT' jua ganya 5 seater bernama Pak Irwan..nasib jua ada pembuka tayar saiz nut 21. Dengan selamatnya, tayar dengan senangnya ditukar ganti dengan tayar 'spiyar'...tetapi...nasib masih belum menyebelahi kereta ROCk berkenaan..belingkok tia rim spiyar atu.. oleh kerana kami semua hendak mengejar masa,maka perjalanan tetap diteruskan. Akhirnya sampai jua di Pangkalan Si Babau.



Org yang sedang sibuk2 melihat apa yang berlaku pada masa itu..(yang berada di tengah2 jalan)


Setelah perahu diturunkan di atas air, bermulalah perjalanan kami di tempat kawasan mengudang. Perjalanan memakan masa antara 15 ke 20 minit mengikut laluan traffic yang kami lalui..(Inda plg jam laluan atu..mengelak pancang/batang/turus/etc ja..). Tekong utama masa atu adalah Pak Rizani walaupun Pak Arsad pemandu utama namun pengetahuan teknikal Pak Rizani adalah "awesome" bagi tempat itu.



Orang upahan yang di order dari kepulauan Philippine



Apabila sampai di destinasi, maka kami pun melabuh pukat masing2.. Apabila dibangkit pukat, ada yang berisi, ada yang kurang, ada yang beuras..dsb.. "MACAM2 ADAAA"... Hairan lagi ajaib pukat Pak Arsad lebih padat isinya di bandingkan dengan pukat Pak Azreen walaupun melabuh pukat pada tempat yang sama. Sambil memukat sambil berehat adalah kebiasaan bagi pemukat2 sama ada org lama, sadang dan baru berkecimpung dalam aktiviti ini. (..baibun pun inda kurang..). Namun di nasihatkan buat Pak Yardi agar menjaga tingkah laku ketika memukat pada masa akan datang untuk mengelakkan "misteri hutan" daripada rasa teraniaya. Teringatkan kepada maggi dan sayur di rumah yang belum 'bersapak' maka aktibiti memukat pun diteruskan dengan agresifnya sehinggakan panas terik mentari di redah dengan sabarnya. Hasilnya adalah amat menggalakkan bagi kedua-dua perahu dengan jumlah udang terkumpul adalah melebihi 11 Kg. Bagak-bagak lagi saiznya, puyyooo.



Di sebaliknya terjadi juga kisah misteri yang menyelubungi semua krew pada hari itu bila mana sejumlah udang yang di perolehi perahu Pak Arsad hilang tanpa dapat diketahui siapakah dalangnya walaupun udang itu nyata ada di depan mata. Hantu pulak! entahlah!!! Dengan muka yang monyong Pak Arsad dan Pak Rizani masih berteka-teki tentang hal itu. Tidur pun inda nyaman, harapkan makan sekampung tinggal cukup untuk serumah saja. Namun positifnya adalah adanya pengetahuan tentang 'padang' udang yang masih padat dan berisi di Negara Brunei Darussalam ini di sebalik kepupusan padang-padang udang yang menggalakkan dan kami pulang dengan happy dan harapan yang menggunung untuk hari-hari mendatang.


udang..udang..udang..