Thursday, April 30, 2009

Perlawanan ke-16 antara SOAS FC vs SMSH (Sekolah Menengah Sayyidina Hasan)

SOAS Arena, 30hb April 2009: Perlawanan ini telah berlangsung di tempat yang sama seperti biasa dimana pasukan tuan rumah SOAS FC menjemput pasukan dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan (SMSH) sebagai pasukan pelawat. Permainan pada petang ini telah bermula agak akhir sikit atas sebab pekara2 yang tidak dapat dielakkan. Walau apa2 pun, permainan tetap berlangsung lebih kurang jam 5 petang.

Di separuh masa pertama, kedua2 pasukan telah bermain dengan baiknya. Akan tetapi, jaringan pertama telah berpihak kepada pasukan tuan rumah SOAS FC dimana jaringan tersebut telah di jaringkan oleh pemain yang sepatutnya pemain bahagian pertahanan iaitu Ustaz Shahroni (siapa suruh ia jadi striker atu kannn !!!..keh keh keh)..

Pemain2 SOAS FC telah bermain lebih bagus, lebih mantap, lebih bertenaga kerana berkat usaha memanaskan badan yang lebih awal daripada sebelumnya iaitu semasa Sukan Tahunan Maktab SOAS yang ke-46 tahun pada seawal jam 11 pagi.... paham2 lah tu..

Dengan susunan yang lebih mantap dari bahagian pemain tengah mengarahkan susunan yang lebih sesuai digunakan telah mendapat hasil yang membanggakan. Semua pemain SOAS FC telah mula bergerak2 dengan bebasnya kerana permainan pada masa itu agak seimbang antara pemain SOAS FC. Ini adalah sebab teguran yang diberikan kepada setiap pemain kepada pemain yang lain, dimana 'communication' antara pemain2 adalah amat penting di setiap apa jua perlawanan termasuk permainan bola sepak.

Atas desakan pemain SOAS FC, hantaran yang telah dibuat oleh Cg Hajis telah hampir membuahkan hasil jaringan kedua. Akan tetapi pemain penyerang Cg Yardi telah terdasur dan mengakibatkan luka 'ngigis' pada lutut sebelah kanan beliau. Walaupun beliau baru saja mengantikan Ustaz Haslin, hanya 10 minit beliau berada di dalam padang, beliau pula digantikan oleh Cg Azizul. Peluang dari pasukan banyaknya berpihak kepada SOAS FC daripada pasukan lawan, ini adalah kerana 'shot on goal' telah tepat mengenai penjaga gawang SMSH dari 'volley' Cikgu Azreen. Tendangan leret dari Cikgu Yusri, Cikgu Yusrin, Ustaz Haslin juga gagal menembusi gawang pihak lawan.

Keputusan di separuh masa berakhir dengan jaringan 1 -0 kepada SOAS FC. Manakala di separuh masa kedua, atas sebab masa tidak mencukupi maka permainan telah disambung semula dengan masa rehat antara separuh masa hanya beberapa minit..(hanya untuk minum air setaguk dua taguk).

Di akhir2 minit di separuh masa kedua, pasukan lawan telah berjaya menyamakan kedudukan hasil dari tendangan cepat dari tendangan gol, menuju ke pemain sayap kanan dan menuju ke penyerang SMSH. Walaupun permainan pada masa itu seri dengan jaringan satu sama, hasil permainan amat membanggakan bagi pemain2 SOAS FC atas sebab adanya 'team work', 'good communication', 'perfect pass' dan sebagainya..

Tahniah kepada semua pemain2 SOAS FC terutamanya permainan bahagian pertahanan atas kawalan yang mantap, pemain tengah dan sayap atas hantaran yang cantik dan pemain penyerang atas percubaan yang memberi semangat permainan yang tidak terhingga. Well Done and not forgetting to the goalie, Cg Ramil Cech atas ketangkasan dan penjagaan yang memuaskan. Overall, bagi pihak penerbit SOASFC.BLOGSPOT.COM mengucapkan tahniah atas permainan yang amat memuaskan.

See You All in the next game to come.



Sedikit aktiviti 'post mortem' dimana pujian patut diberi kepada semua pemain SOAS FC.





Kecederaan dari hasil terdasurnya pemain penyerang SOAS FC..(Aduh..sakitnya..payah kan mandi nieeeeeeeeeee..padassss eh...paksa menyingit mandi nie)

Tuesday, April 28, 2009

Perlawanan ke-15 diantara SOAS FC vs Jabatan Curiculum (Cikgu Liew)


SOAS Arena, 27hb April 2009: Perlawanan persahabatan diantara SOAS FC vs pasukan dari Jabatan Kurikulum telah berakhir dengan keputusan 6 (Jabatan Kurikulum) - 3 (SOAS FC). Jaringan2 yang sememangnya dapat dihadang oleh penjaga2 gawang kedua2 pasukan telah menurunkan semangat pemain2. (Asal kan main2 ganya tu - maklumlah main 3 kali seminggu)...

ATU FITTT !!!! Kuang Kuang Kuang...:)

Jaringan2 SOAS FC telah dilakukan oleh Cikgu Yusrin yang andang hajatnya memberi bola kepada penyerang jersi 28, akan tetapi..ngam2..lasut tia goalie..langsung GOOOOLLL...hehehe.. Manakala gol kedua telah dijaringkan oleh Ustaz Shahrul yang kan hampir macam 'own goal' bagi pihak lawan, tapi bukan 'Own Goal' (Cehhh..nyaman hatinya tu kalau gol)..hehe.. Gol ketiga pula telah dijaringkan melalui tendangan penalti oleh pemain pertahanan yang tendangan yang cukup hebat iaitu Cikgu Hajis (kan menebus kecuaian beliau menendang penalti semasa perlawanan hari Khamis lepas menentang Bikers FC)...

Jaringan2 di separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 3 sama.

Di separuh masa kedua pula, perlawanan agak tidak memuaskan bagi SOAS FC, dimana 3 jaringan lagi telah berjaya dibolosi oleh pasukan pelawat..Ini adalah atas sebab posisi sentiasa diubah suai (macam kereta modified, alum stable alum tah ngam tu)..kadang2 striker sikit...midfield kosong, defend naik..Kalau posisi salah, tolong tagur2 lah..dan macam2 lagi..begitulah adat permainan bola sepak..kalau lawan pasukan yang kuat2..kuat tah jua..kalau lawan pasukan yang sadang2, main2 tia pulang..C'mon Team..gunakan lah peluang yang sentiasa ada..



berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul,
berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing,
besar tapak tangan,
nyiru kami tadahkan,
kalau nda dipecahkan royong,
macam mana kitani kan dapat sagunya.

Kata2 Motivasi bagi pihak penerbit blogspot SOAS FC.. Play For The Team, Gunakan Semua Kesebelasan Pemain. Sama2 Main..Sama2 Ngalih.



From Editor (SOAS_28):

Next Game 30hb April 2009.
Venue: SOAS Arena. Time: 4:30.
Team Lawan: Sekolah Menengah Sayyidina Hasan.

Sunday, April 26, 2009

Perlawanan ke-14 diantara SOAS FC bertemu dengan Bikers FC

SOAS Arena, 25hb April 2009: Perlawanan pada petang ini berlangsung kira2 jam 5 petang dimana pasukan tuan rumah telah didatangi dari pasukan pelawat dari pasukan Bikers FC. Permainan di separuh masa pertama berlangsung dengan rancaknya dimana pasukan SOAS FC telah banyak membuat serangan demi serangan, akan tetapi jaringan sering gagal ditemui walaupun banyak 'through ball' telah banyak diberi oleh bekas pemain midfield kebangsaaan Rosanan Samak. Peluang demi peluang telah disia2kan dimana jaringan yang patut2 masuk...tiba2 tidak menjadi..

Banyak tendangan sudut telah diberi kepada pasukan SOAS FC dan disinilah bermulanya jaringan pertama SOAS FC dimana tendangan sudut dari Rosanan samak telah berhasil beliau jaringkan dengan cantiknya..bagaimana ?? WOW...ajaib!!!..hehe.. Salah satu sebab juga pasal ada pemain SOAS FC yang berjersi 78 telah membawa cerita salah seorang pemain pertahanan dari pasukan pelawat..lalu..jeng jeng jeng..GOOOOOOAAAAAAAALLLLLLL..... habis kana tuduh jadi PUNCHA !! hehehe..

Percubaan demi percubaan dari pemain SOAS FC terutamanyua dari penyerang2 seperti Cg Harlezam, Cg Azreen, Cg Arshad telah gagal menemui hasil..sampai2 pemain pertahanan SOAS FC, Cg Hajis pun gagal menjaringkan satu gol dari tendangan PENALTI !!! Rugi2...

Manakala gol kedua telah dijaringkan oleh pemain dari pasukan Bikers FC yang beliau fikir...kan menclear bola..akan tetapi..clearance beliau tepat dengan kencangnya menembusi gawang mereka sendiri..

Kemenangan berpihak kepada SOAS FC, dimana SOAS FC berjaya menjaringkan 2 gol berbalas 1 kepada Bikers FC.

Bagi pihak Editor soasfc.blogspot.com memohon ampun & maaf kerana peluang2 yang senang didapati telah dibuang begitu saja...Insyallah..game2 akan datang, kami akan berusaha demi pasukan SOAS FC... dan tahniah bagi pemain2 yang lain (bahagian pertahanan, tengah, sayap, penjaga gawang) atas kesungguhan penjadi satu pasukan yang berkaliber) pembancuh oren, camera man dan sebagainya) untuk tetap menyokong, membasahi leher yang kekeringan & meng-update blog ini..) Makasih !!!!!!!!

SOAS FC sentiasa...MANTAPPPPP !!!!!



Friday, April 24, 2009

Perlawanan ke-13 antara SOAS FC bertemu dengan Pasukan dari 'Counter Strike' (CS)

SOAS Arena, 23hb April 2009: Berlangsungnya perlawanan persahabatan diantara pasukan tuan rumah SOAS FC dan pasukan dari CS FC dimana SOAS FC telah berjaya mengalahkan pasukan CS FC dengan jaringan 1 - 0 saja. Satu2 nya gol itu diperolehi dari pasukan CS itu sendiri (Own Goal lah tu..)

Next game hari Sabtu dimana pasukan SOAS FC akan dilawati oleh Pasukan dari Bikers FC..'Mat Motor'..hehehe..

Wednesday, April 22, 2009

Perlawanan ke-12 SOAS FC vs Jabatan Ukur

SOAS Arena, 21hb April 2009: Perlawanan pada hari ini diantara SOAS FC vs Jabatan Ukur berkesudahan dengan SOAS FC menang 4 gol berbalas 2. Dimana gol2 Jabatan Ukur telah dijaringkan oleh pemain import dari SOAS FC, Ustaz Shahroni - separuh masa pertama. Gol yang beliau jaringkan telah mengaburi mata penjaga gawang SOAS FC (Cg Ramli Cech) pasal kirakan gol 'kalok' tu..hehehe..Gol kedua Jabatan Ukur dijaringkan di separuh masa kedua melalui tendangan penalti, dimana penjaga gawang pada masa itu ialah cikgu yang lama sudah tidak berkecimpung lebih kurang setahun dalam menjaga gawang iaitu Cg Arshad.

Manakala jaringan2 SOAS FC telah di jaringkan oleh Cg Hajis dari tendangan percuma dan gol kedua telah dijaringkan oleh Cg Harlezam dengan hanya mem'placing' dengan simple. Kedua2 jaringan itu berlaku di separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua pula, jaringan 'simple' juga telah dibuat oleh pemain sayap kanan iaitu Cg Hj Darul dimana bola telah di 'assist' oleh pamain misteri..inda lagi ingat siapa..kalau ingat, masukkan saja arah 'SHOUTOUT BOX'..karang menyesal..hehehe.. Dan gol penutup pula telah dijaringkan oleh pemain berjersi nombor 28 dimana bola telah di 'assist' oleh pemain yang pada masa ini memegang gol terbanyak SOAS FC bagi musim 2009 (7 gol setakat ini) - Cg Harlezam.

Keputusan kekal 4 -2 kepada SOAS FC.. GOOD GAME !!! WELL DONE !!!

Sarung tangan penjaga gawang telah di sponsor oleh minuman strawberry Dutch Lady..

"Beli satu set glove, dapat sekotak minuman dari Dutch Lady..mmmmm.."





Aktiviti 'POST MORTEM' antara pemain2..



Pemain bahagian Midfielder (Cg Yusrin) & pertahanan (Cg Azri)..Mengapa lain bajunya anieeee...



'Man Of The Match'

MIDFIELDER berkaliber..Cg Azizul Fitri



"Gambar khas untuk orang yang berumur 18 tahun keatas..(18SX) "

Oppppssss !!!!!

Saturday, April 18, 2009

Perlawanan ke-11 SOAS FC vs JPD (Jabatan Pengangkutan Darat)

SOAS Arena, 18hb April 2009: Perlawanan ke-11 ini berlangsung seperti biasa, di gelanggang Maktab SOAS dimana pasukan tuan rumah SOAS FC telah dikunjungi oleh pasukan dari penguat kuasa segala kenderaan di Brunei, kecuali kenderaan2 seperti pengangkutan 'ayer' (air) dan udara.

Di babak pertama, SOAS FC telah berusaha dengan sedaya upaya dimana banyak peluang telah dibuang begitu saja. Ini menjadikan kedudukan SOAS FC ketinggalan 0 - 2. Akan tetapi, dengan kegigihan SOAS FC, walaupun peluang demi peluang telah diberi, akhirnya SOAS FC telah berjaya menjaringkan gol pertama pada perlawanan itu. Dimana gol itu telah dijaringkan oleh pemain bintang Brunei FC pada masa dahulu iaitu Rosanan Samak. Kedudukan kekal 1 - 2 kepada SOAS FC sehingga separuh masa pertama berakhir.

Pemain jersi no.8 sedang memanaskan badan untuk permainan di separuh masa kedua

Sebelum main.."kita minum dulu!!".. Yang 3 org atu..saja kan minta gambar..kuang kuang kuang


Salah seorang pemain sedang membaca2 doa supaya SOAS FC menang..aminnnnn...

Kesian punya kesian..salah seorang pemain SOAS FC terpaksa akur dengan jadual pengajaran beliau kerana beliau kena "mengajar" pada waktu itu...karang baru buleh main..hehehe.. Cg mana tu ah...Cg Yusrin kah ?? keh keh keh...

Permainan pada hari itu telah disponsori oleh minyak Dencorub..belilah !! Ada 3 jenis yang ada dipasaran..Biru, Hijau & Merah.. kalau membeli..bawa2 ja..




Salah seorang pemain sedang melakukan sesi memanaskan badan dengan lenggang yang mantapppp...


Di separuh masa kedua pula, dengan kebiasaan pemain SOAS FC telah membuat asakan demi asakan kepada pihak lawan..akan tetapi satu jaringan tidak juga diperolehi. Walaupun banyak pemain 'stars' telah bermain di separuh masa kedua itu, mereka tidak jua berhasil menjaringkan gol. Ini adalah sebab terlalu banyak pemain di bahagian serangan dan sedikit di bahagian tengah. Banyak percubaan telah dibuat oleh pemain SOAS FC, dimana seingat editor blogspot ini, ada 2 peluang yang berharga yang patut dijaringkan. 2 peluang itu daripada pemain yang sama dimana tandukan yang cantik dari hantaran Cg Yusrin telah ditepis oleh penjaga gawang JPD dan satu lagi one on one..diantara pemain itu dan penjaga gawang dimana tendangan dari pemain SOAS FC tepat mengenai penjaga gawang. Rugi, rugi...insyallah pada game akan datang pemain2 SOAS FC akan cuba bermain dengan baiknya lagi..terutama bagi penyudah2.
Bagi pihak editor SOAS FC, tahniah dan semoga berjaya di permainan akan datang. Terima kasih atas kemantapan bagi setiap pemain..


Setiap permainan ada kekalahan ada kemenangan,
Berusaha lagi di permainan akan datang,
Minggu depan masih lagi ada peluang,
Semoga setiap peluang itu akan memberi SOAS FC kemenangan.


Pemain2 yang sepatutnya menjaringkan gol adalah Cg Abdoh (manandang bola sikit lagi gol..sipi2 dkt tiang-separuh masa pertama), Ustaz Shahrul (menandang bola arah tiang gol tia pulang- separuh masa pertama), Cg Zulhisham (inda seampat menandang ke gawang..awal tia kana ambil-separuh masa pertama), Cg Yusri (sama jua inda sempat menandang-separuh masa pertama), Rosanan Samak (sikit lagi gol..ganya defender men'slide' dulu-separuh masa pertama), Cg Arshad (sipi2 lagi dekat tiang-separuh masa kedua), Cg Harlezam (overpower..-separuh masa kedua), Cg Mohammad (sama jua..sipi2 lagi kan gol-separuh masa kedua), Cg Arizal (inda sampat men'shoot'-separuh masa kedua), Cg Irwan (inda jua sampat men'shoot'-separuh masa kedua),Cg Azreen (adakah menandang ngam2 arah gol keeper..atukan palang luas..placing saja yooo!!..-separuh masa kedua.
Yang bisainya..gol keeper SOAS FC yang dibintangi oleh Cg Ramli Cech..2 kali ganya kali memigang bula... atu relax...menyandar lagi arah tiang gol lagi tu..berpaluh pun nada kali..


Wahh..ceta punya ceta...akhirnya kedudukan kekal dengan jaringan 1 -2 kepada SOAS FC.

Monday, April 13, 2009

Perlawanan ke-10 SOAS FC vs LAILA MANJA FC



Arena SOAS, 16hb April 2009: Perlawanan berlangsung lebih kurang pukul 5 petang dimana pasukan SOAS FC seperti biasa memakai jersi berwarna kuning, manakala pihak lawan pun dengan tidak disengajakan juga memakai warna jersi yang kurang lebih / hampir sama.

Pada separuh masa pertama, pasukan lawan telah berjaya menembusi benteng pertahanan dan juga berjaya menjaringkan gol pertama mereka di minit2 awal permainan. Tidak lama kemudian gol kedua juga berjaya dijaringkan dengan 'simple'nya. Dengan kecepatan 'current top scorer' SOAS FC, Cg Harlezam maka beliau telah berjaya membolosi pihak lawan dengan tendangan yang cantik. Beberapa minit kemudian, lagi sekali beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan dan langsung menambah gol peribadi beliau yang ke 6 pada musim ini. Walau bagaimanapun, pihak lawan lagi sekali telah berjaya membolosi dengan gol ke 3 bagi pasukan mereka. Kedudukan tidak berubah 2 -3 kepada SOAS FC selesai separuh masa pertama.


Pada separuh masa kedua pula, SOAS FC telah berjaya dengan 'cantik'nya menjaringkan gol penyamaan dengan cara me'lob'kan bola hinggakan penjaga gawang Laila Manja tidak berjaya untuk mencapai bola yang sedang melambung tinggi. Namun dengan kegigihan benteng pertahanan, pihak lawan telah berjaya menembusi benteng pertahanan SOAS FC yang mana kedudukan berubah menjadi 3 - 4 kepada SOAS FC.

Gol penyamaan telah berjaya dihasilkan dengan tendangan 'menyurung' bola menggunakan tapak kasut oleh penjaring ke 3 SOAS FC dimana kedudukan menjadi 4 -4. Serangan demi serangan telah dilakukan oleh SOAS FC dimana peluang telah banyak terbuang atas sebab ketangkasan penjaga gawang Laila Manja FC sehinggakan pemain SOAS FC dari bahagian pertahanan telah naik ke kawasan pihak lawan untuk cuba menjaringkan. Lagi sekali, 2 gol telah berjaya dijaringkan lagi oleh pihak lawan manakala satu gol lagi di hujung2 perlawanan telah dijaringkan oleh Cg Yusri dari SOAS FC dimana beliau amat berbangga dengan jaringan itu. Akan tetapi pemain SOAS FC yang lain merasakan bahawa jaringan itu adalah jaringan yang 'simple' sahaja, bukannya lawa..hehehe...(jangan marah ye..)

Walaupun kalah..mampu lagi senyum tuu..!!

janji enjoy !!!!!!


Dengan berakhirnya perlawanan persahabatan tersebut, SOAS FC telah berjaya dikalahkan oleh pasukan dari Laila Manja FC dengan jaringan muktamad 5 -6. Jaringan SOAS FC telah dihasilkan oleh Cg Harlezam (2 gol), Cg Azreen (2 gol) dan Cg Yusri (1 gol).


Mengikut statistik, penjaring terbanyak masih lagi Cg Harlezam dengan jumlah jaringan 6.

Perlawanan seterusnya ialah pada 18 hb April ini yang akan berlangsung di SOAS Arena menentang pasukan dari Sekolah Menengah Rimba. Semoga akan berjaya di perlawanan itu.