Sunday, April 26, 2009

Perlawanan ke-14 diantara SOAS FC bertemu dengan Bikers FC

SOAS Arena, 25hb April 2009: Perlawanan pada petang ini berlangsung kira2 jam 5 petang dimana pasukan tuan rumah telah didatangi dari pasukan pelawat dari pasukan Bikers FC. Permainan di separuh masa pertama berlangsung dengan rancaknya dimana pasukan SOAS FC telah banyak membuat serangan demi serangan, akan tetapi jaringan sering gagal ditemui walaupun banyak 'through ball' telah banyak diberi oleh bekas pemain midfield kebangsaaan Rosanan Samak. Peluang demi peluang telah disia2kan dimana jaringan yang patut2 masuk...tiba2 tidak menjadi..

Banyak tendangan sudut telah diberi kepada pasukan SOAS FC dan disinilah bermulanya jaringan pertama SOAS FC dimana tendangan sudut dari Rosanan samak telah berhasil beliau jaringkan dengan cantiknya..bagaimana ?? WOW...ajaib!!!..hehe.. Salah satu sebab juga pasal ada pemain SOAS FC yang berjersi 78 telah membawa cerita salah seorang pemain pertahanan dari pasukan pelawat..lalu..jeng jeng jeng..GOOOOOOAAAAAAAALLLLLLL..... habis kana tuduh jadi PUNCHA !! hehehe..

Percubaan demi percubaan dari pemain SOAS FC terutamanyua dari penyerang2 seperti Cg Harlezam, Cg Azreen, Cg Arshad telah gagal menemui hasil..sampai2 pemain pertahanan SOAS FC, Cg Hajis pun gagal menjaringkan satu gol dari tendangan PENALTI !!! Rugi2...

Manakala gol kedua telah dijaringkan oleh pemain dari pasukan Bikers FC yang beliau fikir...kan menclear bola..akan tetapi..clearance beliau tepat dengan kencangnya menembusi gawang mereka sendiri..

Kemenangan berpihak kepada SOAS FC, dimana SOAS FC berjaya menjaringkan 2 gol berbalas 1 kepada Bikers FC.

Bagi pihak Editor soasfc.blogspot.com memohon ampun & maaf kerana peluang2 yang senang didapati telah dibuang begitu saja...Insyallah..game2 akan datang, kami akan berusaha demi pasukan SOAS FC... dan tahniah bagi pemain2 yang lain (bahagian pertahanan, tengah, sayap, penjaga gawang) atas kesungguhan penjadi satu pasukan yang berkaliber) pembancuh oren, camera man dan sebagainya) untuk tetap menyokong, membasahi leher yang kekeringan & meng-update blog ini..) Makasih !!!!!!!!

SOAS FC sentiasa...MANTAPPPPP !!!!!



No comments: