Saturday, May 30, 2009

Perlawanan ke-21 diantara SOAS FC vs Jabatan Pertanian


Delicious Rose Syrup adalah jenama minuman yang di sponsor semasa perlawanan itu.

SOAS Arena, 30hb Mei 2009: Perlawanan terakhir bagi bulan Mei ini berakhir dengan kemenangan 3 berbalas 1 kepada SOAS FC. Dengan kembalinya penjaga gawang SOAS FC di permainan pada kali ini telah menyuntik semangat kepada pamain2 SOAS FC atas usaha yang beliau lakukan dimana beliau telah banyak menyelamatkan gawang dengan tangkapan dan tolakkan bola dari memasuki gawang. Akan tetapi di separuh masa pertama itu, pasukan pelawat telah berjaya menjaringkan beberapa gol. Keputusan di separuh masa pertama berakhir dengan SOAS FC ketinggalan 0 -2 walaupun beberapa percubaan telah dilakukan semasa berada di padang, SOAS FC tldak kental2 untuk cuba menjaringkan gol di gawang pihak lawan, tetapi masih menemui jalan buntu.

Di separuh masa kedua pula, SOAS FC telah banyak mengatur serangan ke pihak lawan. Gol pertama SOAS FC telah berjaya dijaringkan oleh Ustaz Shahrul dimana hantaran (assists) telah diumpani oleh Rosanan Samak. Manakala gol kedua telah dijaringkan oleh bekas pemain Brunei FC, Rosnan Samak.

Serangan demi serangan telah dibuat oleh SOAS FC, terutamanya dari barisan sebelah kanan dimana kombinasi antara pemain2 dari Cikgu Arshad bersama dengan Cikgu Pg Md Alias hampir membuahkan hasil jaringan. Dan juga kombinasi antara empat pemain SOAS FC iaitu Cikgu Harlezam, Cg Pg Md Alias, Cikgu Azreen dan juga Rosanan Samak berjaya menghasilkan gol pendahulu dimana keputusan manjadi 3-2 kepada SOAS FC. Kedua2 jaringan terakhir SOAS FC iaitu hasil dari jaringan Rosanan dan pemain jersi nombor 28 berlaku di minit terakhir perlawanan.

Terjadi beberapa insiden yang tidak disangka2 dimana banyak pemain2 terutamanya pemain SOAS FCtelah membantah keputusan atau tidak puas hati dengan keputusan yang diberikan oleh pengadil perlawanan pada masa itu. Seperti bola keluar diucap inda keluar, bola masih dalam permainan diucap bola sudah keluar. Gol keeper pihak lawan menolak dengan sengaja inda kana bagi penalti (berpusing kali ah pemain SOAS FC terpelanting), terlanggar sikit saja gol keeper pihak lawan, ada dapat ia gugur perpusing 36o degrees..atu berlakon !!...Diorang pulang kena bagi free kick ada !!!, sama jua pasal lakonan gol keeper, bola 50-50 antara pemain SOAS FC dan pihak lawan..badan basar boleh rabah..sakit pulang bahunya menerais..manakan, eksen saja labih..yang buruknya..sudah jua kana marahi pemain SOAS FC atu bukan saja oleh keeper pihak lawan..ani ada lagi pemain defend diorang mengucap yang pemain SOAS FC atu bermain secara "kotor"..inda apa tu pemain SOAS FC yang kana cakapi atu.. sabar saja tianamanya main bola..segala emosi semasa di padang, tinggal di padang (di padang lain, di luar lain - jangan disamakan..kuang kuang kuang !!). Hehe..pasal gol keeper diorang dapat sakit bahu atas lakonan yang menjadi realiti..nahhh, ani first time tah pemain SOAS FC atu dapat kad kuning..sudah atu!!!


Keputusan berakhir dangan jaringan SOAS FC menang 3 berbalas 2 kepada Jabatan Pertanian. Perlawanan seterusnya yang sudah update adalah pada hari Sabtu, 6hb Jun 2009 di SOAS Arena dimana perlawanan adalah diantara tuan rumah SOAS FC menentang pasukan jiran dari guru2 STPRI.

No comments: