Salah seorang pemain SOAS FC lagi cedera akibat terdasur...keh keh keh
Penjaga gawang utama yang bermain di separuh masa kedua bersama2 dengan pemain pertahanan yang dengan 'calinya' terabah sendiri semasa bermain di separuh masa pertama (11 orang ganya yang tau tu kisahnya..kuang kuang kuang..)
Penjaga gawang SOAS FC yang memakai baju serba biru (mengganti sementara penjaga gawang utama SOAS FC)
Sedang berehat setelah bermain di separuh masa pertama
Arena SOAS, 22hb Mei 2009: Keputusan 3 - 2 kepada SOAS FC. Jaringan oleh Cikgu Harlezam di minit2 awal permainan atas pasingan short pass cantik antara penyerang2 SOAS FC, Cikgu Azizul Fitri dengan tendangan tajam dari luar petak penalti dan Cikgu Azreen dengan tandukan cantik hasil dari 'assist' Ustaz Shahrul.
SOAS FC hanya mampu menghasilkan satu jaringan sahaja di separuh masa pertama. Pada masa itu juga berlaku satu aksi yang membuahkan ketawa antara pemain2 SOAS FC dimana seorang pemain pertahanan yang bernama Ustaz Shahroni yang berjersi nombor 7 telah 'terabah' dengan sendirinya akibat memijak bula yang disangkanya boleh memutar belitkan pemain dari pihak lawan. Atas aksi yang menghiburkan itu, penjaga gawang SOAS FC, Cikgu Pengiran Md Alias (yang sebenarnya pemain sayap kiri) telah beraksi dengan hebatnya apabila berjaya menghadang tendangan dari pihak lawan dengan lompatan dan tangkisan yang cantik ala Van De Sar. Manakala dua lagi jaringan telah berjayanya dihasilkan di separuh masa kedua. 15 min kemudian, penjaga gawang utama, Cikgu Ramli Cech telah beraksi menggantikan Cikgu Pengiran Md Alias yang bermain di sebelah sayap kiri.
Tahniah atas keserasian kesebelasan pemain2 SOAS FC atas kemenangan perlawanan persahabatan itu. Next game adalah pasa esok hari, 23hb Mei 2009 di tempat yang sama menentang pasukan pelawat dari Sekolah Menengah Mentiri (nama barunya inda lagi ingat-have to be update on that !!)
No comments:
Post a Comment