Friday, June 5, 2009

Perlawanan ke-22 diantara SOAS FC vs POLIS GERAKAN

Jaringan pertama SOAS FC berjaya dihasilkan oleh Cikgu Harlezam yang berjersi nombor 58



Penjaga gawang SOAS FC Cikgu Pg Md Alias



SOAS Arena, 3hb Jun 2009: Ulasan perlawanan pada kali ini amat ringkas saja atas sebab editor inda berapa ingat dan juga gambar telah menceritakan permainan itu. Jaringan yang berjaya dibolosi adalah sebanyak 4 jaringan, dimana 3 jaringan berjaya dihasilkan oleh pasukan tuan rumah SOAS FC, manakala satu jaringan berjaya dihasilkah oleh pemain dari pasukan pelawat.

Jaringan pertama SOAS FC dihasilkan oleh Cikgu Harlezam di awal permainan. Jaringan kedua pula berjaya dijaringkan oleh Cikgu yang kasut bola bersais 11 iaitu Cikgu Yusri (Jersi nombor 58). Keputusan tidak berubah sehingga babak pertama berakhir.

Di separuh masa kedua pula satu lagi jaringan dari SOAS FC berjaya dijaringkan oleh Cikgu Zulhisham dengan satu 'touch' sahaja hasil assist dari Cikgu Azreen yang rebah atas desakan dari pemain pertahanan Polis Gerakan. Akan tetapi Polis Gerakan berjaya membolosi gawang SOAS FC dimana penjaga gawang SOAS FC mengharapkan Clean Sheet di permainan itu tetapi tidak kesampaian. For all players of SOAS FC information, Selamat menyambut kemenangan dan insyallah pada perlawanan akan datang akan menghasilkan kemenangan demi kemenangan lagi.

Perlawanan seterunya adalah pada hari Sabtu, 6hb Jun 2009 dimana SOAS FC akan dilawati dari pasukan guru2 STPRI (of course yang jantan2 ler..)

Saturday, May 30, 2009

Perlawanan ke-21 diantara SOAS FC vs Jabatan Pertanian


Delicious Rose Syrup adalah jenama minuman yang di sponsor semasa perlawanan itu.

SOAS Arena, 30hb Mei 2009: Perlawanan terakhir bagi bulan Mei ini berakhir dengan kemenangan 3 berbalas 1 kepada SOAS FC. Dengan kembalinya penjaga gawang SOAS FC di permainan pada kali ini telah menyuntik semangat kepada pamain2 SOAS FC atas usaha yang beliau lakukan dimana beliau telah banyak menyelamatkan gawang dengan tangkapan dan tolakkan bola dari memasuki gawang. Akan tetapi di separuh masa pertama itu, pasukan pelawat telah berjaya menjaringkan beberapa gol. Keputusan di separuh masa pertama berakhir dengan SOAS FC ketinggalan 0 -2 walaupun beberapa percubaan telah dilakukan semasa berada di padang, SOAS FC tldak kental2 untuk cuba menjaringkan gol di gawang pihak lawan, tetapi masih menemui jalan buntu.

Di separuh masa kedua pula, SOAS FC telah banyak mengatur serangan ke pihak lawan. Gol pertama SOAS FC telah berjaya dijaringkan oleh Ustaz Shahrul dimana hantaran (assists) telah diumpani oleh Rosanan Samak. Manakala gol kedua telah dijaringkan oleh bekas pemain Brunei FC, Rosnan Samak.

Serangan demi serangan telah dibuat oleh SOAS FC, terutamanya dari barisan sebelah kanan dimana kombinasi antara pemain2 dari Cikgu Arshad bersama dengan Cikgu Pg Md Alias hampir membuahkan hasil jaringan. Dan juga kombinasi antara empat pemain SOAS FC iaitu Cikgu Harlezam, Cg Pg Md Alias, Cikgu Azreen dan juga Rosanan Samak berjaya menghasilkan gol pendahulu dimana keputusan manjadi 3-2 kepada SOAS FC. Kedua2 jaringan terakhir SOAS FC iaitu hasil dari jaringan Rosanan dan pemain jersi nombor 28 berlaku di minit terakhir perlawanan.

Terjadi beberapa insiden yang tidak disangka2 dimana banyak pemain2 terutamanya pemain SOAS FCtelah membantah keputusan atau tidak puas hati dengan keputusan yang diberikan oleh pengadil perlawanan pada masa itu. Seperti bola keluar diucap inda keluar, bola masih dalam permainan diucap bola sudah keluar. Gol keeper pihak lawan menolak dengan sengaja inda kana bagi penalti (berpusing kali ah pemain SOAS FC terpelanting), terlanggar sikit saja gol keeper pihak lawan, ada dapat ia gugur perpusing 36o degrees..atu berlakon !!...Diorang pulang kena bagi free kick ada !!!, sama jua pasal lakonan gol keeper, bola 50-50 antara pemain SOAS FC dan pihak lawan..badan basar boleh rabah..sakit pulang bahunya menerais..manakan, eksen saja labih..yang buruknya..sudah jua kana marahi pemain SOAS FC atu bukan saja oleh keeper pihak lawan..ani ada lagi pemain defend diorang mengucap yang pemain SOAS FC atu bermain secara "kotor"..inda apa tu pemain SOAS FC yang kana cakapi atu.. sabar saja tianamanya main bola..segala emosi semasa di padang, tinggal di padang (di padang lain, di luar lain - jangan disamakan..kuang kuang kuang !!). Hehe..pasal gol keeper diorang dapat sakit bahu atas lakonan yang menjadi realiti..nahhh, ani first time tah pemain SOAS FC atu dapat kad kuning..sudah atu!!!


Keputusan berakhir dangan jaringan SOAS FC menang 3 berbalas 2 kepada Jabatan Pertanian. Perlawanan seterusnya yang sudah update adalah pada hari Sabtu, 6hb Jun 2009 di SOAS Arena dimana perlawanan adalah diantara tuan rumah SOAS FC menentang pasukan jiran dari guru2 STPRI.

Friday, May 29, 2009

Inda Puas Hati...Kecundang 1 - 3




SOAS Arena, 27hb Mei 2009: Perlawanan diantara SOAS FC menentang pasukan pelawat campuran dari ITB dan juga kontraktor bermula kira2 jam 5 petang. Pada separuh masa pertama, pasukan pelawat hanya mempunyai sembilan orang pemain manakala pasukan tuan rumah mempunyai sebelas orang pemain.

Atas sebab terlampau 'confident' kerana jumlah keramaian pasukan pelawat agak kurang, maka permainan pada masa itu agak menjatuhkan semangat pasukan tuan rumah akibat perkara2 yang nya orang.."macam baru pernah main bula.."dan juga kurang kefahaman dan komunikasi antara pemain2.. Dari permainan pada masa itu juga, yang meng"control" permainan itu adalah kebanyakan dari pasukan pelawat. Sedangkan jumlah pemain dibandingkan dengan jumlah pemain dari SOAS FC amat berbeza. Lagipun..sebenarnya pemain pasukan pelawat..cantik2 jua mainnya.

Di separuh masa itulah, SOAS FC hanya mampu menjaringkan gol tunggal yang berjaya disempurnakan oleh pemain yang berjersi nombor 28 dimana gol beliau adalah dari tendangan dari luar petak penalti. Tidak lama kemudian pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan.

Di separuh masa kedua pula pasukan pelawat membuat asakan demi asakan yang memberikan hasil kemenangan 3 - 1 . Hasil dari kajian editor, permainan pada kali itu agak tidak ngam sama sekali, ini adalah sebab barangkali terlampau confident kerana pihak lawan tidak mempunyai ramai pemain, atau sebab2 yang boleh dilihat dengan mata tetapi susah hendak menerangkan menggunakan perkataan dan ayat. Keh keh keh ... payak nyamu..bukannya guru bahasa nie.. kuang kuang kuang..

Bagi pihak editor, kalau pemain2 itu marah (bukan ke hati) adalah atas sebab hendak membetulkan permainan, itu hanya berlaku di padang. Bak kata pepatah, "Kalau marah di padang, di padang saja, di luar padang lain cerita". Eseman.....

p/s: Next game ---> 30hb Mei 2009 - SOAS Arena - 4.30 petang - SOAS FC vs Jabatan Pertanian - Baju kuning macam biasa - Mesti Menang !!!

Saturday, May 23, 2009

Seri tetapi memuaskan

Pemain veteran SOAS FC yang masih berhati muda


Salah seorang lagi pemain veteran (Goal Keeper) yang tidak lama lagi akan berkecimpung di kesebelasan pemain SOAS FC. Beliau masih memerlukan sesi latihan selama 2 minggu untuk mengembalikan kecekapan menangkap yang menangkis bola.


Arena SOAS, 23hb Mei 2009: Perlawanan diakhiri dengan keputusan seri dua sama dimana kedua2 jaringan SOAS FC telah dihasilkan oleh pemain penyerang yang kini berada di puncak top scorer SOAS FC iaitu Cikgu Harlezam. Aksi pada masa itu tidaklah seperti yang disangka dimana jaringan kedua oleh Ustaz Shahroni (yang 'terabah' kelmarin) yang tidak di iktiraf oleh pengadil amat mendukacitakan beliau kerana beliau sempat menaikkan kedua tangannya yang menandakan beliau menghasilkan gol (inda masuk book boiiiiii !!! ) keh keh keh....
Perlawanan seterusnya ialah pada hari Rabu, 27hb mei 2009 menentang Guru2 Teknikal + Cina2 kontrak) di SOAS Arena jam 4:30 petang.


Aktiviti Post Mortem

Khas aktiviti post mortem ini untuk penonton 18 tahun ke atas sahaja .. (18SX) atas sebab2 tertentu..keh keh keh

SOAS FC vs JABATAN POS


Salah seorang pemain SOAS FC lagi cedera akibat terdasur...keh keh keh



Penjaga gawang utama yang bermain di separuh masa kedua bersama2 dengan pemain pertahanan yang dengan 'calinya' terabah sendiri semasa bermain di separuh masa pertama (11 orang ganya yang tau tu kisahnya..kuang kuang kuang..)








Penjaga gawang SOAS FC yang memakai baju serba biru (mengganti sementara penjaga gawang utama SOAS FC)



Sedang berehat setelah bermain di separuh masa pertama


Arena SOAS, 22hb Mei 2009: Keputusan 3 - 2 kepada SOAS FC. Jaringan oleh Cikgu Harlezam di minit2 awal permainan atas pasingan short pass cantik antara penyerang2 SOAS FC, Cikgu Azizul Fitri dengan tendangan tajam dari luar petak penalti dan Cikgu Azreen dengan tandukan cantik hasil dari 'assist' Ustaz Shahrul.

SOAS FC hanya mampu menghasilkan satu jaringan sahaja di separuh masa pertama. Pada masa itu juga berlaku satu aksi yang membuahkan ketawa antara pemain2 SOAS FC dimana seorang pemain pertahanan yang bernama Ustaz Shahroni yang berjersi nombor 7 telah 'terabah' dengan sendirinya akibat memijak bula yang disangkanya boleh memutar belitkan pemain dari pihak lawan. Atas aksi yang menghiburkan itu, penjaga gawang SOAS FC, Cikgu Pengiran Md Alias (yang sebenarnya pemain sayap kiri) telah beraksi dengan hebatnya apabila berjaya menghadang tendangan dari pihak lawan dengan lompatan dan tangkisan yang cantik ala Van De Sar. Manakala dua lagi jaringan telah berjayanya dihasilkan di separuh masa kedua. 15 min kemudian, penjaga gawang utama, Cikgu Ramli Cech telah beraksi menggantikan Cikgu Pengiran Md Alias yang bermain di sebelah sayap kiri.

Tahniah atas keserasian kesebelasan pemain2 SOAS FC atas kemenangan perlawanan persahabatan itu. Next game adalah pasa esok hari, 23hb Mei 2009 di tempat yang sama menentang pasukan pelawat dari Sekolah Menengah Mentiri (nama barunya inda lagi ingat-have to be update on that !!)

Sunday, May 17, 2009

SOAS FC kecundang 2 - 5 kepada JKR

Bull leh !!! Jenama minuman yang boleh memberi ketahanan stamina



Walaupun kasut kecil bersaiz 5 setengah, namun mampu menyumbatkan gol ke pihak lawan


SOAS Arena, 16hb Mei 2009: Permainan pada hari ini berlangsung seperti biasa dimana pasukan tuan rumah telah didatangani oleh pasukan pelawat dari Jabatan Kerja Raya (JKR). SOAS FC memakai jersi berwarna kuning biru, manakala JKR memakai jersi berwarna merah kuning.

Di separuh masa pertama, gawang SOAS FC telah dibolosi dengan 3 jaringan. Walaupun pasukan SOAS FC agak lembap pada masa itu, SOAS FC hanya berhasil menjaringkan satu biji gol oleh pemain yang cukup berbakat iaitu Cikgu Yusri (jersi 58) dimana gol itu telah dihasilkan dari tendangan cantik beliau dari luar petak penalti. 'Posession' bola kebanyakan berpihak kepada pasukan pelawat ( 35% SOAS FC, 65% JKR).

Diseparuh masa kedua pula kebanyakan 'possession' bola pula banyak berpihak kepada SOAS FC dimana kebanyakan serangan bertubi2 telah dilancarkan. Walau bagaimanapun, SOAS FC hanya berhasil menjaringkan satu gol oleh pemain berjersi 28 hasil dari 'rebound' tendangan dari Cg Harlezam yang mengenai tiang gol.

Secara keseluruhan, peluang demi peluang telah disia2 oleh pemain SOAS FC dimana 'finishing touch' agak kurang dari sebelumnya atas sebab jarang bermain (seminggu sekali ganya -biasanya 2 atau 3 kali seminggu).

Insyallah, di permainan akan datang SOAS FC akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan jaringan demi jaringan sekaligus memenangi permain itu.

Akhir sekali, tahniah atas semua pemain2 SOAS FC (Striker, Midfielder, Defender, Winger, Goal Keeper dan substitute players) kerana telah berusaha kerana bekerja keras semasa perlawanan tersebut. Walaupun kecundang oleh pasukan pelawat tapi second half tani control kali ah !! and we've enjoyed it !!!!...keh keh keh..

Keputusan mutakhir SOAS FC (2) - JKR (4).