Saturday, May 30, 2009

Perlawanan ke-21 diantara SOAS FC vs Jabatan Pertanian


Delicious Rose Syrup adalah jenama minuman yang di sponsor semasa perlawanan itu.

SOAS Arena, 30hb Mei 2009: Perlawanan terakhir bagi bulan Mei ini berakhir dengan kemenangan 3 berbalas 1 kepada SOAS FC. Dengan kembalinya penjaga gawang SOAS FC di permainan pada kali ini telah menyuntik semangat kepada pamain2 SOAS FC atas usaha yang beliau lakukan dimana beliau telah banyak menyelamatkan gawang dengan tangkapan dan tolakkan bola dari memasuki gawang. Akan tetapi di separuh masa pertama itu, pasukan pelawat telah berjaya menjaringkan beberapa gol. Keputusan di separuh masa pertama berakhir dengan SOAS FC ketinggalan 0 -2 walaupun beberapa percubaan telah dilakukan semasa berada di padang, SOAS FC tldak kental2 untuk cuba menjaringkan gol di gawang pihak lawan, tetapi masih menemui jalan buntu.

Di separuh masa kedua pula, SOAS FC telah banyak mengatur serangan ke pihak lawan. Gol pertama SOAS FC telah berjaya dijaringkan oleh Ustaz Shahrul dimana hantaran (assists) telah diumpani oleh Rosanan Samak. Manakala gol kedua telah dijaringkan oleh bekas pemain Brunei FC, Rosnan Samak.

Serangan demi serangan telah dibuat oleh SOAS FC, terutamanya dari barisan sebelah kanan dimana kombinasi antara pemain2 dari Cikgu Arshad bersama dengan Cikgu Pg Md Alias hampir membuahkan hasil jaringan. Dan juga kombinasi antara empat pemain SOAS FC iaitu Cikgu Harlezam, Cg Pg Md Alias, Cikgu Azreen dan juga Rosanan Samak berjaya menghasilkan gol pendahulu dimana keputusan manjadi 3-2 kepada SOAS FC. Kedua2 jaringan terakhir SOAS FC iaitu hasil dari jaringan Rosanan dan pemain jersi nombor 28 berlaku di minit terakhir perlawanan.

Terjadi beberapa insiden yang tidak disangka2 dimana banyak pemain2 terutamanya pemain SOAS FCtelah membantah keputusan atau tidak puas hati dengan keputusan yang diberikan oleh pengadil perlawanan pada masa itu. Seperti bola keluar diucap inda keluar, bola masih dalam permainan diucap bola sudah keluar. Gol keeper pihak lawan menolak dengan sengaja inda kana bagi penalti (berpusing kali ah pemain SOAS FC terpelanting), terlanggar sikit saja gol keeper pihak lawan, ada dapat ia gugur perpusing 36o degrees..atu berlakon !!...Diorang pulang kena bagi free kick ada !!!, sama jua pasal lakonan gol keeper, bola 50-50 antara pemain SOAS FC dan pihak lawan..badan basar boleh rabah..sakit pulang bahunya menerais..manakan, eksen saja labih..yang buruknya..sudah jua kana marahi pemain SOAS FC atu bukan saja oleh keeper pihak lawan..ani ada lagi pemain defend diorang mengucap yang pemain SOAS FC atu bermain secara "kotor"..inda apa tu pemain SOAS FC yang kana cakapi atu.. sabar saja tianamanya main bola..segala emosi semasa di padang, tinggal di padang (di padang lain, di luar lain - jangan disamakan..kuang kuang kuang !!). Hehe..pasal gol keeper diorang dapat sakit bahu atas lakonan yang menjadi realiti..nahhh, ani first time tah pemain SOAS FC atu dapat kad kuning..sudah atu!!!


Keputusan berakhir dangan jaringan SOAS FC menang 3 berbalas 2 kepada Jabatan Pertanian. Perlawanan seterusnya yang sudah update adalah pada hari Sabtu, 6hb Jun 2009 di SOAS Arena dimana perlawanan adalah diantara tuan rumah SOAS FC menentang pasukan jiran dari guru2 STPRI.

Friday, May 29, 2009

Inda Puas Hati...Kecundang 1 - 3




SOAS Arena, 27hb Mei 2009: Perlawanan diantara SOAS FC menentang pasukan pelawat campuran dari ITB dan juga kontraktor bermula kira2 jam 5 petang. Pada separuh masa pertama, pasukan pelawat hanya mempunyai sembilan orang pemain manakala pasukan tuan rumah mempunyai sebelas orang pemain.

Atas sebab terlampau 'confident' kerana jumlah keramaian pasukan pelawat agak kurang, maka permainan pada masa itu agak menjatuhkan semangat pasukan tuan rumah akibat perkara2 yang nya orang.."macam baru pernah main bula.."dan juga kurang kefahaman dan komunikasi antara pemain2.. Dari permainan pada masa itu juga, yang meng"control" permainan itu adalah kebanyakan dari pasukan pelawat. Sedangkan jumlah pemain dibandingkan dengan jumlah pemain dari SOAS FC amat berbeza. Lagipun..sebenarnya pemain pasukan pelawat..cantik2 jua mainnya.

Di separuh masa itulah, SOAS FC hanya mampu menjaringkan gol tunggal yang berjaya disempurnakan oleh pemain yang berjersi nombor 28 dimana gol beliau adalah dari tendangan dari luar petak penalti. Tidak lama kemudian pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan.

Di separuh masa kedua pula pasukan pelawat membuat asakan demi asakan yang memberikan hasil kemenangan 3 - 1 . Hasil dari kajian editor, permainan pada kali itu agak tidak ngam sama sekali, ini adalah sebab barangkali terlampau confident kerana pihak lawan tidak mempunyai ramai pemain, atau sebab2 yang boleh dilihat dengan mata tetapi susah hendak menerangkan menggunakan perkataan dan ayat. Keh keh keh ... payak nyamu..bukannya guru bahasa nie.. kuang kuang kuang..

Bagi pihak editor, kalau pemain2 itu marah (bukan ke hati) adalah atas sebab hendak membetulkan permainan, itu hanya berlaku di padang. Bak kata pepatah, "Kalau marah di padang, di padang saja, di luar padang lain cerita". Eseman.....

p/s: Next game ---> 30hb Mei 2009 - SOAS Arena - 4.30 petang - SOAS FC vs Jabatan Pertanian - Baju kuning macam biasa - Mesti Menang !!!

Saturday, May 23, 2009

Seri tetapi memuaskan

Pemain veteran SOAS FC yang masih berhati muda


Salah seorang lagi pemain veteran (Goal Keeper) yang tidak lama lagi akan berkecimpung di kesebelasan pemain SOAS FC. Beliau masih memerlukan sesi latihan selama 2 minggu untuk mengembalikan kecekapan menangkap yang menangkis bola.


Arena SOAS, 23hb Mei 2009: Perlawanan diakhiri dengan keputusan seri dua sama dimana kedua2 jaringan SOAS FC telah dihasilkan oleh pemain penyerang yang kini berada di puncak top scorer SOAS FC iaitu Cikgu Harlezam. Aksi pada masa itu tidaklah seperti yang disangka dimana jaringan kedua oleh Ustaz Shahroni (yang 'terabah' kelmarin) yang tidak di iktiraf oleh pengadil amat mendukacitakan beliau kerana beliau sempat menaikkan kedua tangannya yang menandakan beliau menghasilkan gol (inda masuk book boiiiiii !!! ) keh keh keh....
Perlawanan seterusnya ialah pada hari Rabu, 27hb mei 2009 menentang Guru2 Teknikal + Cina2 kontrak) di SOAS Arena jam 4:30 petang.


Aktiviti Post Mortem

Khas aktiviti post mortem ini untuk penonton 18 tahun ke atas sahaja .. (18SX) atas sebab2 tertentu..keh keh keh

SOAS FC vs JABATAN POS


Salah seorang pemain SOAS FC lagi cedera akibat terdasur...keh keh keh



Penjaga gawang utama yang bermain di separuh masa kedua bersama2 dengan pemain pertahanan yang dengan 'calinya' terabah sendiri semasa bermain di separuh masa pertama (11 orang ganya yang tau tu kisahnya..kuang kuang kuang..)








Penjaga gawang SOAS FC yang memakai baju serba biru (mengganti sementara penjaga gawang utama SOAS FC)



Sedang berehat setelah bermain di separuh masa pertama


Arena SOAS, 22hb Mei 2009: Keputusan 3 - 2 kepada SOAS FC. Jaringan oleh Cikgu Harlezam di minit2 awal permainan atas pasingan short pass cantik antara penyerang2 SOAS FC, Cikgu Azizul Fitri dengan tendangan tajam dari luar petak penalti dan Cikgu Azreen dengan tandukan cantik hasil dari 'assist' Ustaz Shahrul.

SOAS FC hanya mampu menghasilkan satu jaringan sahaja di separuh masa pertama. Pada masa itu juga berlaku satu aksi yang membuahkan ketawa antara pemain2 SOAS FC dimana seorang pemain pertahanan yang bernama Ustaz Shahroni yang berjersi nombor 7 telah 'terabah' dengan sendirinya akibat memijak bula yang disangkanya boleh memutar belitkan pemain dari pihak lawan. Atas aksi yang menghiburkan itu, penjaga gawang SOAS FC, Cikgu Pengiran Md Alias (yang sebenarnya pemain sayap kiri) telah beraksi dengan hebatnya apabila berjaya menghadang tendangan dari pihak lawan dengan lompatan dan tangkisan yang cantik ala Van De Sar. Manakala dua lagi jaringan telah berjayanya dihasilkan di separuh masa kedua. 15 min kemudian, penjaga gawang utama, Cikgu Ramli Cech telah beraksi menggantikan Cikgu Pengiran Md Alias yang bermain di sebelah sayap kiri.

Tahniah atas keserasian kesebelasan pemain2 SOAS FC atas kemenangan perlawanan persahabatan itu. Next game adalah pasa esok hari, 23hb Mei 2009 di tempat yang sama menentang pasukan pelawat dari Sekolah Menengah Mentiri (nama barunya inda lagi ingat-have to be update on that !!)

Sunday, May 17, 2009

SOAS FC kecundang 2 - 5 kepada JKR

Bull leh !!! Jenama minuman yang boleh memberi ketahanan stamina



Walaupun kasut kecil bersaiz 5 setengah, namun mampu menyumbatkan gol ke pihak lawan


SOAS Arena, 16hb Mei 2009: Permainan pada hari ini berlangsung seperti biasa dimana pasukan tuan rumah telah didatangani oleh pasukan pelawat dari Jabatan Kerja Raya (JKR). SOAS FC memakai jersi berwarna kuning biru, manakala JKR memakai jersi berwarna merah kuning.

Di separuh masa pertama, gawang SOAS FC telah dibolosi dengan 3 jaringan. Walaupun pasukan SOAS FC agak lembap pada masa itu, SOAS FC hanya berhasil menjaringkan satu biji gol oleh pemain yang cukup berbakat iaitu Cikgu Yusri (jersi 58) dimana gol itu telah dihasilkan dari tendangan cantik beliau dari luar petak penalti. 'Posession' bola kebanyakan berpihak kepada pasukan pelawat ( 35% SOAS FC, 65% JKR).

Diseparuh masa kedua pula kebanyakan 'possession' bola pula banyak berpihak kepada SOAS FC dimana kebanyakan serangan bertubi2 telah dilancarkan. Walau bagaimanapun, SOAS FC hanya berhasil menjaringkan satu gol oleh pemain berjersi 28 hasil dari 'rebound' tendangan dari Cg Harlezam yang mengenai tiang gol.

Secara keseluruhan, peluang demi peluang telah disia2 oleh pemain SOAS FC dimana 'finishing touch' agak kurang dari sebelumnya atas sebab jarang bermain (seminggu sekali ganya -biasanya 2 atau 3 kali seminggu).

Insyallah, di permainan akan datang SOAS FC akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan jaringan demi jaringan sekaligus memenangi permain itu.

Akhir sekali, tahniah atas semua pemain2 SOAS FC (Striker, Midfielder, Defender, Winger, Goal Keeper dan substitute players) kerana telah berusaha kerana bekerja keras semasa perlawanan tersebut. Walaupun kecundang oleh pasukan pelawat tapi second half tani control kali ah !! and we've enjoyed it !!!!...keh keh keh..

Keputusan mutakhir SOAS FC (2) - JKR (4).

Thursday, April 30, 2009

Perlawanan ke-16 antara SOAS FC vs SMSH (Sekolah Menengah Sayyidina Hasan)

SOAS Arena, 30hb April 2009: Perlawanan ini telah berlangsung di tempat yang sama seperti biasa dimana pasukan tuan rumah SOAS FC menjemput pasukan dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan (SMSH) sebagai pasukan pelawat. Permainan pada petang ini telah bermula agak akhir sikit atas sebab pekara2 yang tidak dapat dielakkan. Walau apa2 pun, permainan tetap berlangsung lebih kurang jam 5 petang.

Di separuh masa pertama, kedua2 pasukan telah bermain dengan baiknya. Akan tetapi, jaringan pertama telah berpihak kepada pasukan tuan rumah SOAS FC dimana jaringan tersebut telah di jaringkan oleh pemain yang sepatutnya pemain bahagian pertahanan iaitu Ustaz Shahroni (siapa suruh ia jadi striker atu kannn !!!..keh keh keh)..

Pemain2 SOAS FC telah bermain lebih bagus, lebih mantap, lebih bertenaga kerana berkat usaha memanaskan badan yang lebih awal daripada sebelumnya iaitu semasa Sukan Tahunan Maktab SOAS yang ke-46 tahun pada seawal jam 11 pagi.... paham2 lah tu..

Dengan susunan yang lebih mantap dari bahagian pemain tengah mengarahkan susunan yang lebih sesuai digunakan telah mendapat hasil yang membanggakan. Semua pemain SOAS FC telah mula bergerak2 dengan bebasnya kerana permainan pada masa itu agak seimbang antara pemain SOAS FC. Ini adalah sebab teguran yang diberikan kepada setiap pemain kepada pemain yang lain, dimana 'communication' antara pemain2 adalah amat penting di setiap apa jua perlawanan termasuk permainan bola sepak.

Atas desakan pemain SOAS FC, hantaran yang telah dibuat oleh Cg Hajis telah hampir membuahkan hasil jaringan kedua. Akan tetapi pemain penyerang Cg Yardi telah terdasur dan mengakibatkan luka 'ngigis' pada lutut sebelah kanan beliau. Walaupun beliau baru saja mengantikan Ustaz Haslin, hanya 10 minit beliau berada di dalam padang, beliau pula digantikan oleh Cg Azizul. Peluang dari pasukan banyaknya berpihak kepada SOAS FC daripada pasukan lawan, ini adalah kerana 'shot on goal' telah tepat mengenai penjaga gawang SMSH dari 'volley' Cikgu Azreen. Tendangan leret dari Cikgu Yusri, Cikgu Yusrin, Ustaz Haslin juga gagal menembusi gawang pihak lawan.

Keputusan di separuh masa berakhir dengan jaringan 1 -0 kepada SOAS FC. Manakala di separuh masa kedua, atas sebab masa tidak mencukupi maka permainan telah disambung semula dengan masa rehat antara separuh masa hanya beberapa minit..(hanya untuk minum air setaguk dua taguk).

Di akhir2 minit di separuh masa kedua, pasukan lawan telah berjaya menyamakan kedudukan hasil dari tendangan cepat dari tendangan gol, menuju ke pemain sayap kanan dan menuju ke penyerang SMSH. Walaupun permainan pada masa itu seri dengan jaringan satu sama, hasil permainan amat membanggakan bagi pemain2 SOAS FC atas sebab adanya 'team work', 'good communication', 'perfect pass' dan sebagainya..

Tahniah kepada semua pemain2 SOAS FC terutamanya permainan bahagian pertahanan atas kawalan yang mantap, pemain tengah dan sayap atas hantaran yang cantik dan pemain penyerang atas percubaan yang memberi semangat permainan yang tidak terhingga. Well Done and not forgetting to the goalie, Cg Ramil Cech atas ketangkasan dan penjagaan yang memuaskan. Overall, bagi pihak penerbit SOASFC.BLOGSPOT.COM mengucapkan tahniah atas permainan yang amat memuaskan.

See You All in the next game to come.



Sedikit aktiviti 'post mortem' dimana pujian patut diberi kepada semua pemain SOAS FC.





Kecederaan dari hasil terdasurnya pemain penyerang SOAS FC..(Aduh..sakitnya..payah kan mandi nieeeeeeeeeee..padassss eh...paksa menyingit mandi nie)

Tuesday, April 28, 2009

Perlawanan ke-15 diantara SOAS FC vs Jabatan Curiculum (Cikgu Liew)


SOAS Arena, 27hb April 2009: Perlawanan persahabatan diantara SOAS FC vs pasukan dari Jabatan Kurikulum telah berakhir dengan keputusan 6 (Jabatan Kurikulum) - 3 (SOAS FC). Jaringan2 yang sememangnya dapat dihadang oleh penjaga2 gawang kedua2 pasukan telah menurunkan semangat pemain2. (Asal kan main2 ganya tu - maklumlah main 3 kali seminggu)...

ATU FITTT !!!! Kuang Kuang Kuang...:)

Jaringan2 SOAS FC telah dilakukan oleh Cikgu Yusrin yang andang hajatnya memberi bola kepada penyerang jersi 28, akan tetapi..ngam2..lasut tia goalie..langsung GOOOOLLL...hehehe.. Manakala gol kedua telah dijaringkan oleh Ustaz Shahrul yang kan hampir macam 'own goal' bagi pihak lawan, tapi bukan 'Own Goal' (Cehhh..nyaman hatinya tu kalau gol)..hehe.. Gol ketiga pula telah dijaringkan melalui tendangan penalti oleh pemain pertahanan yang tendangan yang cukup hebat iaitu Cikgu Hajis (kan menebus kecuaian beliau menendang penalti semasa perlawanan hari Khamis lepas menentang Bikers FC)...

Jaringan2 di separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 3 sama.

Di separuh masa kedua pula, perlawanan agak tidak memuaskan bagi SOAS FC, dimana 3 jaringan lagi telah berjaya dibolosi oleh pasukan pelawat..Ini adalah atas sebab posisi sentiasa diubah suai (macam kereta modified, alum stable alum tah ngam tu)..kadang2 striker sikit...midfield kosong, defend naik..Kalau posisi salah, tolong tagur2 lah..dan macam2 lagi..begitulah adat permainan bola sepak..kalau lawan pasukan yang kuat2..kuat tah jua..kalau lawan pasukan yang sadang2, main2 tia pulang..C'mon Team..gunakan lah peluang yang sentiasa ada..



berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul,
berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing,
besar tapak tangan,
nyiru kami tadahkan,
kalau nda dipecahkan royong,
macam mana kitani kan dapat sagunya.

Kata2 Motivasi bagi pihak penerbit blogspot SOAS FC.. Play For The Team, Gunakan Semua Kesebelasan Pemain. Sama2 Main..Sama2 Ngalih.



From Editor (SOAS_28):

Next Game 30hb April 2009.
Venue: SOAS Arena. Time: 4:30.
Team Lawan: Sekolah Menengah Sayyidina Hasan.