Saturday, March 21, 2009

Aktiviti Merambat di Kediaman Cikgu Hj Abu Bakar di Kg Pelambayan

PELAMBAYAN, 19hb Mac 2009: Aktiviti merambat yang dihadiri oleh Cikgu Hjh Rubiah berserta suami, Cikgu Fauziah, Cikgu Yardi, Cikgu Irwan berserta tunang tercinta, Cikgu Azreen berserta dengan rambatnya, Cikgu Sal Mijan berserta dengan perahu tambang sewa abangnya, Cikgu Rizani berserta anaknya dan Awang Arifin berserta dengan baju ujan asgainya.

Sedang memisi udang perolehan

Mandur tu kah ???

Atu baju ujan asgai tu eh !!

Macam bulan dibelakang kamu atu..


Malam yang romantis itu telah disinari oleh bintang2 yang berkedipan di angkasa raya dengan cantiknya bak bersinarnya beribu2 lampu minyak tanah.

Perambat2 "professional" yang berkecimpung selama beberapa bulan kebelakangan telah mempamerkan hayunan rambat yang menarik, terutamanya 'Mr Romantis', Cikgu Sal Mijan yang menarik rambat dengan ayunya selama 12 minit dengan hasil yang memuaskan iaitu setengah baldi biru kesayangannya.


Pada malam itu juga, Mr Romantis (Cikgu Sal Mijan) telah berjaya menaikkan seekor ikan yang jarang2 ditangkap terutama sekali dengan tangan. Setelah diterangkan oleh pemilik tempat merambat iaitu Yang Mulia Tuan Cikgu Hj Abu Bakar bahawa ikan berkenaan dikenali sebagai ikan LAPU Merah. Ikan LAPU berkenaan dikatakan sangat berbisa apabila terkena 'eting' yang terdapat disekeliling badannya. Ikan LAPU juga mengambil masa selama 2 ke 3 bulan untuk berjaya mengembangkan siripnya agar kelihatan 'menakutkan' atau 'anggun' dan 'macho'.

Ikan Lapu


Kami mengambil iktibar dari penerangan Yang Mulia Tuan punya rumah agar berhati2 dan berwaspada di masa akan datang supaya tidak akan memandai2 untuk memegang atau memisinya tanpa menggunakan alat khas iaitu pelayar (pliers).

Sebelum aktiviti memancing disambung semula, Tuan punya rumah telah mempelawa kami untuk menikmati jamuan (kalau ingkar...kana buang rambat ke laut....). Di akhir jamuan, Cikgu Sal Mijan telah memakan kacang bersalutkan lada rindu. Hal ini membuatkan Cikgu Hj Abu Bakar hairan dan bertanyakan mengapa beliau berbuat demikian. Lalu Cikgu Sal Mijan pun menjelaskan dengan berkata dengan alunan merdu suaranya..."MUN NADA NASI..CAMANA JUA..". Hal ini membuatkan Cikgu Hj Abu Bakar membawakan beliau sekuali lada rindu dan sepinggan yang penuh dengan nasi putih.."Baik ko abiskan nie..", kata beliau kepada Cikgu Sal Mijan.

Lalu Cikgu Sal Mijan telah menjual nama Cikgu Yardi yang mahukan nasi berkenaan.. (Duiii..trick lama..!!!)

Selepas menjamu selera,aktiviti disambung semula dengan diselitkan dengan aktiviti memancing.Hasil pancing yang terbesar dan membanggakan oleh Awang Arifin telah berjaya menaikkan beberapa ekor Ikan Utek (Airwolf) dimana ikan2 berkenaan telah dilemparkan semula ke laut yang dipanggilkan sebagai "Catch & Release" kerana keperihatinan beliau terhadap kehidupan laut.


Bagaimanapun juara keseluruhan hasil pancingan disandang oleh tunangan Cikgu Irwan (Dyg Liza) telah berjaya menaikkan dua ekor Ikan BUNTAL besar2 belaka. Namun hasil itu juga telah dilepaskan semula dengan rela hati dan bersyukur diatas kejayaan berkenaan. Dengan tenangnya dan titisan air mata Dyg Liza juga, beliau telah melakukan "Catch & Release" seperti yang dilakukan oleh Awang Arifin. TAHNIAH !!! (Ikan Buntal - Musuh tradisi Cikgu Haji Lazim).

Ikan Buntal... "Game Fish"


Ceta punya ceta diantara Cikgu Yardi, Cikgu Irwan, Cikgu Sal Mijan, Cikgu Azreen dan Awang Arifin tentang hasil tangkapan masa lalu, iaitu dimana Awang Arifin telah menceritakan bahawa beliau pernah beroleh Ikan Pila2 yang besar & banyak sekali dengan cara memukat. Setelah ditanyakan dimanakah beliau memukat, beliau menjelaskan bahawa beliau telah memukat di 'raba' yang beliau kelilingi dengan 'pokok' (pukat kali ah...salah cakap Si Ripin ah...kuang kuang kuang!!).

Cikgu Irwan telah menyatakan bahawa di pancang merah, banyak Ikan Sembilang yang sedap dimakan bila dimasak kari (nyum nyum...). Tiba2, kring kring...giring2 pancing Cikgu Irwan telah berbunyi menandakan pancung telah dimakan. Akhirnya tarik punya tarik, Cikgu Irwan telah berjaya manaikkan Ikan Sembilang yang besar...setelah naik di pantaran, ikan berkenaan memerlukan seramai tiga orang dan seorang mandur untuk melepaskan mata kail dan mematahkan 'etingnya'. Pujian diberikan kepada Dyg Liza yang menggunakan penyapu untuk menahan ikan tersebut daripada bergerak..(kan terjeluak usulnya lauk atu ah..nada benapas2..hehe..).

Dari kiri: Pemapat eting no.1 , Mandur baju biru, Pemapat eting no.2 dan Penahan Ikan Sembilang menggunakan penyapu.


Ikan Sembilang panjang kira-kira 30 sentimeter


Aktiviti merambat berakhir pada pukul 1.20 pagi waktu setempat dimana hasil udang yang diperolehi amat memuaskan..sampai jua setangah baldi seorang.

Akhirnya, sampai jumpa nanti di perjalanan memancing akan datang. WASSALAM.

No comments: