Pada 17hb. Mac 2009, Sekali lagi SOASC FC mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan bertemu dengan Pelambayan FC yang terdiri daripada ahli kerabat Cikgu Hj Bakar bin Hj Ismail. Perlawanan tersebut berlangsung di padang Maktab SOAS yang berkesudahan memihak Pelambayan FC dengan jaringan 3-1.
Perlawanan yang berlangsung selama 3 jam itu menyaksikan permainan yang seimbang, di mana kedua-kedua penjaga gawang terpaksa ditukar ganti sebanyak 12 kali. gol-gol dijaringkan di minit-minit akhir perlawanan iaitu 18 saat sebelum pengadil perlawanan menamatkannya. Dengan ketiadaan Cikgu Ramli Chech (penjaga gawang utama) telah diganti sementara oleh Ustaz Sharul yang baru berkecempung menjadi penjaga gawang SOAS FC akhirnya membiarkan gol-gol jaringan dari pihak lawan tanpa mempamirkan persembahan yang menarik yang dipelajari dari luar negara selama 2 tahun di Pakistan.
Walau bagaimanapun, memandangkan perlawanan itu merupakan perlawanan persahabatan maka semua pemain terpaksa akur dengan keadaan padang yang tidak bergaris, di mana saiz padang lebih besar dari biasanya (sampai lomtaran ke dalam terpaksa dilakukan dari trek larian arena Maktab SOAS).
Pemain terbaik yang juga penjaring tunggal SOAS FC dijaringkan oleh Cikgu Nor Md Azreen. Gol berkenaan juga diiktiraf oleh SOAS FC sebagai gol tercantik di mana beliau melakukan Volley tepat disudut gawang lawan. Perlawanan itu juga disaksikan akan kemampuan yang hambar yang dipamirkan oleh Cikgu Khairul Abdoh, iaitu pemain terbaik tahun lepas (atas kiraan masa memegang bola selama 14 hari dalam setahun).
Akhirnya, tahniah dan syabas diucapkan kepada SOAS FC yang mampu mempamirkan persembahan terbaik yang meningkat dari masa ke masa.
Next game: SOAS FC vs KRONIZ FC. (20hb Mac 2009)
Maju SUKAN untuk SOAS FC.
No comments:
Post a Comment