Arena Maktab SOAS, 20hb Mac 2009: Perlawanan persahabatan ke-6 bagi SOAS FC tahun 2009 telah berhasil dimenangi dimana SOAS FC telah berjaya menewaskan pasukan yang agak kuat iaitu Kroniz FC dengan jaringan 7 berbalas 6.
Diawal2 perlawanan, SOAS FC telah berjaya menjaringkan 2 gol dimana gol pertama telah dijaringkan senangnya oleh Cg Azreen (28) dimana bola telah diumpan dengan 'simplenya' oleh Cg Hj Darul (99) dari sudut sebelah kanan. Ini menandakan beliau telah menjaringkan sebanyak 2 gol pada musim 2009 setakat ini. Manakala gol ke dua telah dijaringkan oleh seorang Uztaz yang biasanya menjadi 'defend' telah naik dengan semana2 ke bahagian peyerang. Dengan perubahan posisi yang mendadak, beliau telah berjaya menjaringkan dengan cuba hendak melasutkan penjaga gawang Kroniz FC. Walaupun tidak berhasil untuk berbuat demikian, dia beliau masih bangga dengan jaringan pertamanya di musin 2009 ini.
Sebelum berakhirnya separuh masa pertama, dengan kurangnya perhatian oleh penjaga gol yang telah di import..2 gol telah berjaya dibolosi oleh pemain yang sama oleh Cg Pg Yusof (Kroniz FC). Ini telah menjadikan SOAS FC ingin bermain semula dengan baiknya di separuh masa kedua.
Pada separuh masa kedua, gol demi gol telah dijaringkan oleh kedua2 pasukan kepada pasukan lawan masing2. Sehinggakan salah seorang pemain yang telah menjaringkan gol pertama telah cedera akibat perlanggaran yang tidak disengajakan.
Photo taken from http://kronizfc.blogspot.com
Gol2 yang telah dijaringkan di separuh masa kedua oleh SOAS FC ialah Cg Alikhan (1 gol), Cg Harlezam (1 gol), Ustaz Shahrul Anuar (1 gol) dan Cg Azreen (2 gol dijaringkan pada perlawanan ini). Manakala satu gol telah dihadiahkan oleh pihak lawan dengan tandukan yang hendak di 'clearkan' tetapi menjadi "own goal".
Gol oleh pihak lawan telah dijaringkan oleh Cg Ali Nordi, Asri, dan Cg Aliuddin. Keputusan muktamad adalah SOAS FC (7) -Kroniz FC (6).
Tahniah kepada pasukan SOAS FC kerana telah mampu untuk bekerja keras sebagai satu pasukan yang bersistematik.. sentiasa ingat akan pasukan dan bukannya inginkan siok sendiri..
WELL DONE TEAM !!!
untuk melihat perkembangan pasukan KRONIZ FC, bolehlah melawat blogspot Kroniz FC di http://kronizfc.blogspot.com
From your editor :)
No comments:
Post a Comment