Monday, April 13, 2009

SOAS Anglers

Pelambayan, 9hb April 2009: Aktiviti mengail dan merambat telah diadakan di tempat biasa dimana kehadiran SOAS Anglers dan juga Perambat SOAS FC telah memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Antara yang hadir ialah yang empunya tempat berserta keluarga, Cg Hj Iman berserta Isteri, Cg Irwan berserta tunang yang kalau mengail gerenti bisdiorang datang, Cg Yardi berserta anak, Cg Malai Hj Rafiee berserta anak2nya jua dan yang solo diantaranya Cg Hj Faisal, Cg Azreen, Cg Ariffin (naik pangkat udah!!), Cg Pg Md Alias, Cg "Romantis" Sal Mijan dan nama2 yang tidak dapat disebutkan lagi disini..atu ganya yang ku ingat..hehe..

Antara aktiviti yang dilakukan pada malam itu seperti biasa, mengail game fish (tapi ada jua yang inda dapat game fish..hehe..siapa tu ah???) dan juga merambat untuk umpan kail. Aktiviti merambat telah menarik perhatian beberapa orang guru yang ingin mula berkecimpung untuk menghayunkan rambat dengan keinginan untuk mendapatkan hasil walau sedikit pun. Antara guru2 yang baru berkecimpung itu ialah Cg Pg Md Alias dimana guru yang mengajar cara2 membahagi batu2 dan cara2 menghayunkan berserta cara 'menalangkan' (mengibarkan) rambat ialah yang telah lama berkecimpung dalam mengibarkan rambat iaitu Cg Hj Iman. Dimana borang2 yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada tenaga pengajar yang bergiat aktif dalam aktiviti ini. Aktiviti ini juga diperhatikan oleh 'Inspector' - Nazir iaitu tuan yang empunya kawasan rambatan iaitu Cg Hj Abu Bakar. Seorang lagi pelajar yang juga ingin mencuba cara2 merambat ialah Cg Hj Faisal dimana guru2nya juga tidak lain dan tidak bukan Cg Hj Iman dan ditolong oleh Cg Yardi dan Cg Azreen.

Setelah penat lelah merambat, maka Cg Hj Faisal pun relax2 mengail. Dengan kemurahan rezeki pada malam itu, beliau telah berjaya menaikkan seekor ikan ketambak dimana berat ikan tersebut kurang lebih dalam 400 - 600 gram. Kira basar jua tu...

Inilah game fish (Lauk Ketambak) yang berjaya dinaikkan oleh Cg Hj Faisal


Salah seorang guru (Cg Pg Md Alias) yang baru2 kan belajar cara2 menalangkan rambat kepunyaan guru beliau, Cg Hj Iman.


Walaupun tengah2 belajar, dapat jua udang. Apa jua ganya basarnya belakang udang !!!

No comments: