Monday, April 13, 2009

Perlawanan ke-9 SOAS FC vs PELAMBAYAN

Padang Kebajikan, 12hb April 2009: Perlawanan bermula jam 8 malam dimana pasukan SOAS FC memakai jersi yang berwarna kuning manakala pasukan dari Kg Pelambayan memakai jersi berwarna biru.

Perlawanan pada separuh masa pertama berlangsung dengan baiknya dimana pasukan SOAS FC telah menggunakan taktik serangan yang bertubi2 kepada pihak lawan. Akan tetapi dengan kecepatan penjaga gawang pihak lawan, maka agak susah untuk menjaringkan gol. Tambahan pula keadaan padang yang becak disekitar kawasan tengah padang dan kawasan kedua2 pintu gawang. Gol yang hampir dijaringkan oleh Cg Azreen telah mengecewakan beliau dimana dengan keadaan kawasan pintu gawang yang becak/basah/banjir, dimana bola yang telah berjaya dilesutkan oleh beliau melalui kaki penjaga gawang telah berhenti sebelum garisan masuk..hanya sipi2..awu..teraisku atu !!!.. Jadi kedudukan masih terikat 0 - 0. Akan tetapi dengan tendangan cantik yang dilakukan oleh Cg Harlezam telah berjaya membolosi pihak lawan dimana kedudukan menjadi 1 - 0 kepada SOAS FC.

Walau bagaimanapun, atas ketangkasan dan kecepatan pihak lawan, maka pihak lawan telah berjaya membolosi gawang SOAS FC sebanyak 3 kali. Dimana kedudukan diseparuh masa pertama diakhiri dengan keputusan 1 - 3 kepada SOAS FC.

Pada separuh masa kedua pula, tiada jaringan telah dijaringkan akan tetapi, peluang demi peluang telah dibuang oleh SOAS FC dimana 'chance' yang diperolehi adalah lebih banyak dibandingkan dengan 'chance' oleh pasukan lawan. Ini adalah kerana kurang 'communication' dan keserasian antara pemain2 di separuh masa kedua itu. Walaupun kalah di tangan pasukan lawan, SOAS FC ingin menebus kekalahan itu dengan mengadakan perlawanan 'rematch' insyallah pada masa yang terdekat. Pasal apa SOAS FC kirakan inda cukup pemain..heheh..(alasannnnn..)kuang kuang kuang !!!

Walau bagaimanaun tahniah SOAS FC kerana telah berjaya main sebagai satu pasukan yang berkaliber dan satu pasukan yang sejiwa dan satu pasukan yang tidak mudah untuk mengalah..melainkan masa permainan atu inda mencukupi..hehehe..

Perlawanan seterusnya adalah diantara SOAS FC menentang pasukan dari LAILA MANJA FC yang akan berlangsung di Arena SOAS jam 4.30 petang waktu Brunei. jumpa disana..

No comments: