SOAS Arena, 31hb oktober 2009: Perlawanan pada petang ini antara SOAS FC dan Pasukan Polis CID Berakas berlangsung dengan tidak ramainya kehadiran pemain tuan rumah. Di separuh masa pertama, SOAS FC hanya mempunyai lapan orang pemain dan ini menyebabkan kesukaran bagi pasukan tuan rumah untuk menjaringkan sebarang gol. Gol demi gol telah dijaringkan oleh pasukan pelawat sehingga mereka memperolehi lima jaringan. Walaupun pemain SOAS FC berlari turun naik, ini tidak mematahkan semangat pemain2 yang lain. Ganya asal gol oleh pasukan pelawat..pemain2 SOAS FC menoleh keluar padang untuk menunggu pemain2 tambahan. Sebelum berakhirnya separuh mada pertama, dua pemain SOAS FC pun muncul dari pandangan pemain2 yang beraksi dan ini mendatangkan kegembiraan kepada pemain2 SOAS FC yang lain. Jaringan diseparuh masa pertama berakhir dengan lima bagi pasukan pelawat dan kosong bagi tuan rumah.
Dengan adanya pemain2 yang baru hadir, (Cikgu Harlezam, Editor dan Ustaz Shahrul) maka permainan SOAS FC telah berubah (seimbang, seiring dan sejalan). SOAS FC telah memberi tekanan dan asakan demi asakan kepada pasukan pelawat. Gol pertama SOAS FC berjaya disudahi oleh Cikgu Harlezam dengan shooting yang mantap. Dan gol kedua beliau disudahi dengan tendangan bebas di luar petak 'D'. Pasukan pelawat pada masa itu tidak menjaringkan apa2 gol. Bagaimanapun, ada insiden2 yang tidak diingini oleh pasukan pelawat dimana kekasaran telah berlaku diantara pemain SOAS FC dan pelawat. Sepatutnya pengadil haruslah memberi kad amaran pertama akan tetapi..teguran sahaja diberi. Ini mendatangkan sifat tidak puas hati kepada keputusan pengadil. Akan tetapi..satu kad kuning akhirnya telah diberi kepada pasukan pelawat dimana hasil dari tendangan bebas itu mampu menghasilkan jaringan kedua. Keputusan berakhir SOAS FC 2 - CID 5.
Insyallah perlawanan seterusnya adalah diantara guru2 SOAS FC vs penutut2 SOAS PMV.
p/s: Sorry..yang akhir datang tadi nada kana bagi "late chit" (termasuk editor)..nada yang mengedarkan borang.. hehe2
No comments:
Post a Comment