Arena SOAS, 24hb oktober 2009: SOAS FC dikejutkan dengan kekalahan pertama sejak sekolah berbuka semula selepas cuti Hari Raya. Bagaimanapun, SOAS FC sentiasa mengasak pasukan pelawat, Kroniz FC akan tetapi SOAS FC kecundang dengan jaringan 1 - 2. Gol permulaan Kronizs FC berjaya dilakukan oleh pilot helicopter dengan tendangan yang simple, bagaimanapun SOAS FC berjaya menyamakan kedudukan 1 sama melalui pemain sayap kanan iaitu Cikgu Khairul Abdoh juga dengan jaringan yang simple. Kedudukan kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.
Di separuh masa kedua pula dengan asakan demi asakan oleh kedua belah pihak, Kroniz FC berjaya menjaringkan gol kedua. Kedudukan pemain SOAS FC terasa kucar kacir semasa perlawanan itu. Ini adalah kerana kurang interkasi mengenai kedudukan sebelum perlawanan bermula. Akan tetapi, ini adalah salah satu pengajaran melalui pengalaman.
Tahniah kepada pemain pertahanan SOAS FC kerana bertungkus lumus untuk menjaga gawang. Man of the match bagi SOAS FC ialah Cikgu Azri kerana kecantikan slide yang dibuatnya untuk mempertahankan gawang SOAS FC. Walaupun kalah, nanti revenge. Rematch lah tu. Ok tu...
No comments:
Post a Comment