Wednesday, October 14, 2009

SOAS FC MENDAPAT KEMENANGAN BESAR!!

SOAS Arena:, 10hb Oktober 2009: Perlawanan pada masa itu berlangsung akhir sikit pasalnya 2 perkara: 1) pasal hujan labat, 2) Bola nada yoooo.... dan tambahan 3) masa bermain hanya separuh masa sahaja. Walau bagaimanapun, SOAS FC berjaya menundukkan pasukan pelawat dari Kg Cikgu Awang Yusri (Kg Batu Marang + Sungai Buloh) dengan jaringan 5 berbalas 1.

Dengan kekurangan pemain bagi kedua2 pasukan tidak mematahkan semangat bermain walaupun di waktu hujan. Gol pertama dijaringkan oleh pasukan pelawat di minit awal permainan. Manakala SOAS FC berjaya menjaringkan gol penyamaan oleh pemain Midfielf Striker Cikgu Yusrin. Beliau lagi sekali menyumbatkat gol kedua dan ini memberi SOAS FC dengan jaringan 2 - 1. Pemain pertahanan SOAS FC dengan senangnya mengawal permainan di bahagian bawah dan ini menyenangkan pemain atas untuk menjaringkan gol demi gol. Gol ketiga pula telah dijaringkan oleh Ustaz Shahrul melalui tendangan penalti dimana pemain SOAS FC ngam2 dijatuhkan (bukannya berlakon) di hujung2 petak -D. Jaringan mudah di bolosi ke pihak lawan menerusi sepakan itu. Pengawalan bola adalah ditahap yang sangat baik bagi SOAS FC terutamanya dari sebelah pertahanan, sayap kiri dan kanan, tengah, depat dan tidak juga dilupai penjaga gol. Ertinya semua lah tu. hehe..Mantapp...

Jaringan ke-4 dan ke-5 berjaya pula dijaringakan oleh pemain berjersi 28. Keputusan berakhir dengan kemenangan kepada SOAS FC 5 berbalas 1 kepada Pasukan Kg Cikgu Yusri.

No comments: