Sunday, July 19, 2009

Perlawanan ke-29 menentang Jabatan Immigresen

SOAS Arena, 18hb Julai 2009: Dari khabar Shout Out Box; SOAS FC berjaya memenangi perlawanan menentang Jabatan Immigresen.Jaringan pada masa itu talah diketahui. Jaringan sulung SOAS FC telah berjaya disudahi dari tendangan bebas Cikgu Yusrin. Keputusan berakhir dengan jaringan SOAS FC menang dengan jaringan 1 - 0 kepada Jabatan Immigresen

Harap maaf kepada pemain2 SOAS FC, Editor blogspot tidak berlaku hadir atas perkara yang tidak dapat dielakkan..kuang kuang kuang.. jadi cerita yang diperolehi pun inda banyak.

Well done guys 4 d good game.

Perlawanan SOAS FC vs Team Family Cikgu Yusri

SOAS Arena, 15hb Julai 2009: Perlawanan pada kali ini dilawati oleh pemain dari keluarga perkampungan Cikgu Yusri. Sama juga seperti perlawanan lepas, SOAS FC juga masih kekurangan pemain dimana hanya 9 orang saja yang hadir. Akan tetapi, SOAS FC berjaya mengimport pemain dari pihak lawan termasuk penjaga gol.

Keputusan yang diketahui pada masa itu ialah SOAS FC berjaya mengalahkan pasukan pelawat dengan jaringan 2 berbalas 0. Kedua2 jaringan SOAS FC berjaya disudahi oleh Cikgu Zulhisham.

Tahniah atas kemenangan perlawanan pada hari ini.

p/s: DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK !!!!

Perlawanan menentang Pasukan dar Adik Cikgu Malai Rafiee

SOAS Arena, 11hb Julai 2009: Perlawanan berlangsung seperti biasa ditempat biasa..akan tetapi atas kekurangan pemain, SOAS FC mampu memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0 menentang pasukan yang namanya tidak diketahui. Jaringan telah berjaya dijaringkan oleh Cikgu Yusrin dan satu lagi jaringan adalah dari pemain import yang juga tidak diketahui nama kedia.

Itu saja update yang mampu di terbitkan setakat ini di dalam blog ini.

Tuesday, July 7, 2009

Perlawanan pertama selepas cuti penggal kedua menentang Mahkamah

SOAS Arena, 4hb July 2009: Perlawanan berlangsung semasa penghujung cuti tambahan penggal kedua dimana SOAS FC telah melayani pasukan dari Polis Makhamah. Atas keadaan masa kini iaitu mengenai penyakit Influenza A (H1N1) yang menular pada masa kini telah memberi kesan kepada kedua2 pasukan dimana pemain2 yang hadir pada masa itu dikatakan cukup2 (meaning tiada pemain gantian). Pada separuh masa pertama, SOAS FC telah berjaya menjaringkan gol pertamanya melalui Cikgu Harlezam manakala pasukan pelawat pula berjaya menjaringkan 3 gol. Keputusan pada masa itu SOAS FC ketinggalan 3 - 1. Kebanyakan pemain SOAS FC pasa masa itu terasa macam baru pernah main..maklumlah...sekolah cuti, bola pun cuti..hehehe...

Walau bagaimanapun di separuh masa kedua, SOAS FC hanya mampu menjaringkan 2 lagi gol yang disudahi oleh Ustaz Shahrul dan Cikgu Alikhan. Akan tetapi, pasukan pelawat pun menjaya menjaringkan 2 gol juga. Keputusan berakhir dengan kekalahan SOAS FC kepada Mahkamah dengan jaringan 5 - 3. Perlawanan ini tidak menurunkan semangat SOAS FC kerana setiap perlawanan ada menang, kalah dan seri.. tapi untuk seri ni kejarangan sekali lah.. Masih ada banyak perlawanan lagi dimasa akan datang. Game seterusnya..belum tau bila and siapa kan dilawan. So inform ja to all pemain2 SOAS FC. Lagi awal lagi baik..ada usulnya yang ketagihan main bula lagi tuuuu.....

p/s: Sorry, gambar tidak disertakan..nada ada yang mengambar..semua main pada masa atu..

Friday, June 12, 2009

KEPUTUSAN SERI DUA SAMA


Punca padang SOASC keras, kering dan berpasir














SOAS Arena, 12hb Jun 2009: Perlawanan pada kali ini telah dihadiri oleh pasukan pelawat terdiri daripada campuran team keluarga kg saba dengan pemain2 dari pasukan Perkasa FC. Seperti biasa, permainan dimulai lebih kurang pukul 5 petang. Atas sebab bola pada ketika itu kurang angin, maka dengan adanya pengadil pada masa itu, beliau lah yang menentukan kekencangan bola tersebut.

Di separuh masa pertama, pasukan SOAS FC bagaikan dimain2 kan oleh pasukan pelawat dimana lebih kurang 5 minit selepas bermulanya sepak mula, sedikitpun bola tidak mengenai atau nya orang inda hampit menendang bola. Akan tetapi, dengan ketangkasan pemain2 SOAS FC, maka jaringan pertama telah dihasilkan dengan cantiknya oleh Cikgu Khairul Abdoh dimana assist oleh Cikgu Yursi. Beberapa peluang telah disia2 kan oleh pasukan tuan rumah dimana jaringan sepatutnya boleh menyecah 4 lagi jaringan. Walaupun permainan pada ketika itu masih macam di awal2 perlawanan, maka jaringan kekal 1 -0 kepada SOAS FC.

Di separuh masa kedua pula, pasukan pelawat kebanyakan dari golongan muda2, cakah lagi, laju lagi, fit lagi..atuya..sama jua macam separuh masa pertama.. CARAH eh !!! macam main ambuk.. Mereka berjaya memasukkan 2 jaringan ke pihak tuan rumah dimana salah satu jaringan adalah dari sepakan penalti. SOAS FC juga berjaya menjaringkan gol penyamaan di minit2 ahir perlawanan dimana jaringan dibuat oleh bekas pemain Brunei FC iaitu Rosanan Samak hasil dari assist pemain penyerang SOAS FC, Cikgu Harlezam. Tahniah kepada pemain2 SOAS FC terutamanya dari pemain pertahanan atas kerajinan mereka, dan tidak lupa juga kepada pemain tengah, sayap kiri & kanan dan juga penyerang. Walaupun pasukan pelawat dibuatnya SOAS FC macam main ambuk, namun SOAS FC tidak patah semangat untuk mengekalkan jaringan seri dua sama.

Akan tetapi, sepatutnya keputusan muktamad adalah SOAS FC 2 - PERKASA FC 3. Oleh kerana azan sudah berkumandang sebelum jaringan ketiga oleh pasukan pelawat, maka atas voting dari pemain2 SOAS FC, maka jaringan kekal seri.

Wednesday, June 10, 2009

AWG SEMAUN TETAP GAGAH

Sedang melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan permainan

Hasil 'shot on target' tetapi berjaya ditangkis oleh GK SMAS

Sedang rancak bermain

Atu tingkai seluar atu.. seluar time2 klasik kah tu ??

Arena SOAS, 10hb Jun 2009: Perlawanan pada kali ini telah dilawati oleh pasukan pelawat dari Sekolah Menengah Awang Semaun (SMAS). Tapi bukan semua daripada pasukan itu dari SMAS, malah campuran..ada dari Sekolah Menengah Sayyidina Umah Al-Khattab. Tapi inda apa2.. asal main. Friendly ganya..

Pada separuh masa pertama, SMAS berjaya menjaringkan 3 gol, sementara SOAS FC bagaikan musim kemarau..Akan tetapi, serangan demi serangan diantara kedua pasukan sentiasa ada. Keputusan kekal SOAS FC tiada jaringan, SMAS memperolehi 3.

Di separuh masa kedua pula, SOAS FC berjaya menyekat cara permainan SMAS dimana SMAS telah bersusah payah hendak menjaringkan gol. Akan tetapi...SMAS masih juga berjaya menjaringkan 2 gol sementara SOAS FC masih merentasi musim kemarau. Hanya beberapa serangan yang berjaya dilakukan oleh SMAS dimana itulah hasil gol2 mereka di separuh masa kedua. Pasukan SOAS FC hanya berjaya menghasilkan beberapa 'shot on target' manakala yang selainnya bagaikan tendangan bermain rugby...

Keputusan berakhir dengan SOAS FC tewas 0 -5 kepada Sekolah Menengah Awang Semaun. Permainan seterusnya dijadualkan berlangsung di tenpat yang sama pada hari Jumaat 12hb Jun 2009 menentang pasukan yang belum confirm iaitu pasukan dari Mahkamah.

Saturday, June 6, 2009

Perlawanan ke-23 diantara SOAS FC vs Guru2 STPRI


Ceria atas jaringan yang berjaya dihasilkan dengan yakin.





Aduh..sakit ankle..kana junyak..



Antara pemain SOAS FC yang juga dibintangi oleh guru2 latihan



Berunding siapa lagi kan skor 2nd half ani ??




Pemain penyerang bersama2 dengan pemain pertahanan



Salah seorang penjaring sedang mengamati pemain2 yang akan diturunkan oleh pihak lawan.



SOAS Arena, 6hb Jun 2009: Perlawanan pada hari ini amat memuaskan bagi pasukan SOAS FC, dimana SOAS FC terdiri dari pemain2 yang bersemangat tinggi, berfikiran sebagai satu pasukan yang mantap apabila memulakan setiap perlawanan.


Di separuh masa pertama, SOAS FC telah dibolosi oleh penyerang dari pasukan guru2 STPRI dimana pengadil pada masa itu agak ragu2 sedikit kerana jaringan yang diperolehi oleh pasukan lawan seakan2 tidak gol (pasal jaring bubus). Oleh kerana keputusan ditangan pengadil, maka jaringan itu telah dimasukkan sebagai satu jaringan.


Tidak lama kemudian, SOAS FC berjaya menyamakan kedudukan, dimana hasil hantaran dari pemain tengah, Cikgu Aziziul dan diakhiri dengan tendangan dari pemain penyerang SOAS FC yang berjersi nombor 28. Sejurus beberapa minit kemudian lagi, satu lagi jaringan telah berjaya lagi dihasilkan oleh pemain berjersi nombor 28 dengan tendangan tajam menuju ke gawang lawan. Dan beberapa minit lagi kemuddian, SOAS FC berjaya lagi menjaringkan satu lagi ke pihak lawan tetapi bukan dari pemain jersi nombor 28 (awu eh..karang hatrick...hehe..) tetapi dari pemain berjersi nombor 36 (Cikgu Azizul) hasil dari tendangan sudut oleh Ustaz Shahrul. Keputusan berakhir dengan jaringan 3 - 1 kepada SOAS FC di separuh masa pertama ini.


Di separuh masa kedua, tiada jaringan dijaringkan oleh pasukan tuan rumah, akan tetapi satu jaringan berjaya dijaringkan oleh pasukan pelawat (atupun diliat dari pihak pertahanan tuan rumah inda gol, tapi pengadil kata gol..apa boleh buat..terima saja lahh..).


Keputusan berakhir dengan kemenangan bagi pihak tuan rumah SOAS FC berjaya menjaringkan 3 gol manakala STPRI berjaya menjaringkan 2 gol. Tahniah kepada pemain2 SOAS FC kerana telah berjaya mencipta kemenangan demi kemenangan. Insyallah pada perlawanan akan datang semoga SOAS FC akan mengekalkan rekod kemenangan demi kemenangan.


Perlawanan seterusnya adalah pada hari Rabu, 10hb Jun 2009. Pasukan lawan belum lagi 'comfirm'..