Restoran Tarindak Polo Club Jerudong, 24hb November 2009: Acara Annual Dinner Maktab SOAS telah berlangsung di Restoran Tarindak bertempat di Jerudong Park Polo Club. Acara bermula kira2 jam 8 malam. Keadaan guru2 yang hadir pada malam itu telah memakai berbagai2 jenis fesyen. Ini adalah kerana tema pada tahun ini ialah Zaman Era 60'an. Yang hadir juga pada malam itu termasuk Pengetua Maktab SOAS berserta dengan Timbalan2 dan Pemangku Timbalan.
Acara dimulakan dengan ucapan dari Tuan Pengetua dan diikuti dengan acara jamuan.Selepas itu persembahan dari MC Maktab dan juga beberapa orang guru dan juga MC jemputan iaitu Kumpulan 69. Persembahan yang dipetik dari era zaman P.Ramlee yang mengisahkan seorang wanita dimainkan oleh Cikgu Nursusanti dan kekasih dimainkan oleh Cikgu Sirazuddin sedang berjalan2 dimana bapak kepada wanita tersebut yang dimainkan oleh Cikgu Yusrin dengan pakaian cara melayu berserta tongkat dan bakul telah terserempak wanita itu dan memberitahu bahawa beliau telah bertemu jodoh dengan seorang wanita muda yang dimainkan oleh MC jemputan.Dengan kisah tersebut, lakonan mereka amat mengetawakan semua penonton.
Selepas lakona tersebut, cabutan bertuah telah berlangsung dimana hadiah2 telkah disponsor oleh berbagai2 agensi termasuk DSTcom. Selesai sahaja sesi cabutan bertuah yang pertama selesai, Mrs Kim berserta anak2 beliau telah memeriahkan lagi acara pada malam itu tarian dari negara kepulauan mereka, New Zealand.
Acara seterusnya lagi telah dimeriahkan lagi oleh guru2 ahli jawatan kuasa pada malam itu dengan lakonan dan tarian di zaman era 60'an. Guru2 yang mengambil bahagian ialah Cikgu Haji Rosli, Cikgu Salleh Kadir, Cikgu Irwan, Cikgu Azreen, Cikgu Nursusanti, Cikgu Mashanita, Cikgu Lizeana dan Madam Ow. Persembahan itu ialah persembahan lagu 4 in 1 diantaranya lagu2 dari Bunyi Gitar dan Aci2 buka pintu.Sebenarnya banyak acara telah dipersembahkan. Untuk menceritakan semua, karang labih 6000 patah perkataan.Macam membuat thesis karang. Hehe3..Memendekkan cerita, acara2 yang berlangsung ialah persembahan dari artis jemputan dimana dimana beliau telah menyanyikan 2 buah lagu termasuk lagu Bosanova. Lagu dendangan dari guru dari Jabatan Inggeris. Diantara persembahan demi persembahan, cabutan bertuah juga terus dijalankan. Persembahan dendangan lagu dari Cikgu2 juga diadakan, ini termasuk persembahan dari Cikgu Salleh Kadir dan Cikgu Hj Rosli.
Hampir sahaja selesai acara, ada beberapa acara lagi telah dijalankan. Ini termasuk Best Dress dimana pemenang best dress bagi wanita ialah Cikgu Emmie dengan gaya rambut afro di tempat pertama dan Cikgu Ampuan Hartini di tempat kedua dengan baju berwarna black & white. Bagi lelaki pula, tempat pertama disandang oleh Cikgu Azreen dengan gaya 60'an dan tempat kedua
disandang oleh Cikgu Haji Rosli dengan gaya Dato' M Shariff. Sebelum acara terakhir ialah SOAS Annual Grand Draw dimana cabutan telah diambil oleh Tuan Pengetua. Dengan keuntungan guru2 yang memiliki nombor bertuah, hadiah bukan lagi calang2. Ada yang dapat Digital Cam, Go GO Broadband, Vacuum Cleaner dan yang hadiah terbesar dan terberat yang dimenangi oleh
Cikgu Dk Noridah ialah sebuah peti sejuk.
Acara yang terakhir yang dipersembahkan oleh guru2 SOAS termasuk Pengetua dan Timbalan2 berserta AJK yang diketuai oleh MC jemputan ialah tarian Poco-Poco. Acara pada malam itu amat mengembirakan dan amat meriah sekali. Ini disebabkan dengan adanya MC jemputan dan kesportingan guru Maktab SOAS. Sebelum guru2 bersurai, guru2 telah mengadakan bergambar ramai. Dengan pengambaran ini, Maktab SOAS telah menunjukkan bahawa semua guru2 Maktab SOAS adalah amat2 sporting. Sekian ulasan dari Editor blogspot SOAS FC dan Insyallah jumpa lagi di tahun hadapan di Tahun 2010.




















