Wednesday, November 25, 2009

SOAS FC vs PDRB BSB


Jaringan tunggal dari tandukan Cikgu Azreen


Menunggu 2nd half


Midfielder berkaliber


Pakai seluar tight ganya tu kah ??


SM HEP sedang menunggu umpan dari rakan


Pemain pertahanan Cikgu Arizal membawa bola


Keluar silat no.77 atu...


Teka mana Cikgu Hj Malai ??


Arena SOAS, 25hb Novembr 2009: SOAS FC yang bermain di tempat sendiri telah mendapat kekalahan yang tidak diduga, dimana SOAS FC tlah menjemput pasukan terdiri daripada pemain2 muda yang kaki otot mereka nampak macam pasukan yang selalu bermain. Di separuh masa pertama, SOAS FC telah ketinggalan dengan 3 jaringan. Percubaan demi percubaan telah dicuba oleh SOAS FC akan tetapi tidak berjaya. Keputusan kekal SOAS FC 0 - Polis Bandar FC 3.

Di separuh masa kedua pula dengan pertukaran beberapa pemain SOAS FC dan juga pertukaran pasukan lawan yang kebanyakannya fresh2 telah menyukarkan pemain2 SOAS FC. Ini adalah kerana pemain2 lawan telah bermain dengan amat pantas dan cepat. Akan tetapi, SOAS FC berjaya menjaringkan gol tunggal yang berjaya disudahi dengan free header oleh pemain penyerang, Cikgu Azreen hasil dari hantaran dari Ustaz Shahrul. Dengan serangan yang bertubi2 oleh pasukan pelawat, mereka lagi sekali berjaya menjaringkan gol tambahan. Walaupun SOAS FC sukar untuk menjaringkan gol ke pihak lawan akan tetapi, dengan ketangkasan penjaga gol, beliau berjaya menahan serangan. Sama juga dengan bahagian pertahanan.

Keputusan kekal hingga masa tamat dimana SOAS FC telah berjaya dikalahkan oleh pasukan pelawat dengan jaringan 4 berbalas 1.

p/s: Next game hari Khamis 26hb November 2009 di tempat yang sama menentang guru2 ugama.

Friday, November 20, 2009

SOAS FC menerima tetamu dari Pasukan Mahkamah Besar











SOAS Arena, 23hb November 2009: Pasukan dari Mahkamah telah hadir dengan jersi berwarna serba putih, manakala SOAS FC seperti biasa memakai jersi berwarna kuning biru. DI separuh masa pertama, dengan keadaan padang agak becak disebabkan hujan turun setiap malam memberi kesan yang tidak disangka2 bagi kedua2 pasukan. Bukan saja padang becak, rumput pun panjang.. Anyway, sambung cerita..gawang SOAS FC telah dibolosi dengan senangnya..inda tau pasal apa pasal inda sampat menanya pemain lain & pasal editor lambat datang. Akan tetapi, keadaan kedudukan pemain2 SOAS FC kebanyakan berubah, by the way..walaupun ada perubahan mendadak...keadaan dapat dikawal oleh setiap pemain2 SOAS FC. Kedudukan kekal 0 -1 kepada SOAS FC.

Di separuh masa kedua pula, dengan kegigihan pemain2 kedua2 pasukan, dan disebabkan padang yang becak, rumput yang panjang, melemahkan & telah mentuhuskan tenaga2 yang terdapat di setiap pemain. Walaupun dengan adanya keadaan sedemikian, SOAS FC telah berjaya membuat serangan demi serangan kepasukan lawan. Dan ini telah membuahkan hasil dan Cikgu Harlezam telah berjaya menyamakan jaringan. Kedudukan seri 1 sama dengan Mahkamah.

Dengan keputusan seri, SOAS FC berpuas hati dengan keputusan itu walaupun di permainan sebelumnya menentang pasukan yang sama telah memberi kekalahan 5 - 3. Jaringan tunggal SOAS FC pasa permainan hari itu adalah dari pemain berjersi 77 iaitu Cikgu Harlezam.


p/s: Next game ---> Planning on Wednesday tapi pasukan alum ada..just use Shout Out box to inform SOAS FC players..pakai SMS pun boleh.

Wednesday, November 18, 2009

Ternyata 'cabe' SOAS FC lebih pedas dari lada kepulauan Jepun


pemain yang baru masuk untuk separuh masa kedua

Mengapa lain baju atu?


Bang Bang !!!!!!!!




Penjaga gawang separuh masa pertama



Bukan orang yang ditandang atu..bola x ahhh !!!!




Penyerang SOAS FC (Cikgu Harlezam) membuat percubaan



Penjaring gol kedua bagi SOAS FC


Give me a hug !!! Kuang kuang kuang .....





"I Believe I Can Fly..I Believe I Can Touch The Sky.."


Bah..."placing" arah Cikgu Arizal !!!


Arena SOAS, 18hb November 2009: Perlawanan pada hari ini bermula dengan aksi yang bagus sekali bagi kedua2 pasukan. Dimana SOAS FC telah menjemput pemain2 dari guru warga sekolah2 rendah Brunei 1 singkatannya, WASABI FC. Di separuh masa pertama permainan berkeadaan rancak dimana kedua2 pasukan saling mempunyai peluang untuk menjaringkan gol akan tetapi, nasib belum menyebelahi kedua2 pasukan. Tidak lama kemudian, dengan serangan yang pantas dari pasukan pelawat, Wasabi FC berjaya menjaringkan gol pertama dari tandukan penyerang mereka dari hantaran sebelah kanan. Dengan jaringan itu, SOAS FC ketinggalan 0 - 1 kepada Wasabi FC. Beberapa minit sebelum wisel separuh masa tamat, dengan ketangkasan hantaran pemain SOAS FC dari bahagian kiri telah berjaya menghantar bola kepada pemain sayap kiri (Ustaz Shahul), beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan dari jarak jauh. Dengan jaringan ini, SOAS FC berikat seri satu sama dengan Wasabi FC. Keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua pula dengan pertukaran 2 pemain SOAS FC di bahagian penyerang dan pertahanan, pemain2 SOAS FC telah bermain dengan lebih kancang lagi, berdisiplin lagi, berkomunikasi dengan lebih baik lagi dan macam2 adaaa....lagi. Dengan SOAS FC telah memberi serangan demi serangan ke pihak lawan, SOAS FC berjaya menjaringkan gol kedua atas 'assist' dari Cikgu Yusrin. Penjaring itu tidak lain tidak bukan pemain yang berjersi 28. Dengan jaringan tersebut, ini menambahkan semangat kesukanan kepada pemain SOAS FC yang lain untuk tidak mengalah dan tidak putus asa untuk memberi kemenangan kepada SOAS FC. Walaupun SOAS FC mendahului Wasabi FC, pemain pelawat tidak jemu2 untuk memberi tekanan kepada SOAS FC dimana serangan demi serangan telah dihadapi. Akan tetapi dengan kebijaksanaan menarik offside SOAS FC terselamat dari serangan bertubi2. Walaupun 'placing' inda kana bagi..hehe..

Perlawanan hampir mencecah minit2 akhir...hmmm dalam 10 minit lagi kan masuk waktu, SOAS FC pula membuat serangan2 yang mencabar ketangkasan pemain pelawat. Walaupun permainan di tengah padang agak sesak dengan adanya pemain dari kedua2 pasukan, dengan hantaran tengah menuju ke kiri pasukan lawan (pemain sayap kanan - Ustaz Shahrul) beliau telah memberi 'assist' dimana pemain penyerang yang kerajanya runnnnning saja (jersi 28) berjaya menjaringkan gol ketiga bagi SOAS FC. Akan tetapi, Wasabi FC sentiasa membuat serangan yang mendebarkan pemain SOAS FC. Dengan laungan Allahuakbar, pengadil perlawanan dengan rasminya telah meniup wisel menandakan berakhirnya separuh masa kedua.

Keputusan muktamad, SOAS FC menang dengan jaringan 3 berbalas 1 kepada Wasabi FC.

p/s: kepada pemain2 SOAS FC, adakanlah lagi rentak dan cara perlawanan seperti ini dan yang sebelumnya. Tahniah kepada pemain2 SOAS FC kerana kejayaan ini.

Keep Up The Good Teamwork !!!

Tuesday, November 17, 2009

SOAS FC menentang Sekolah Menengah Sayyidina Hasan

Arena SOAS, 14hb November 2009: SOAS FC telah dilawati oleh guru2 dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan Kg Tanjung Bunut. Permainan bermula agah akhir sikit disebabkan pengadil dengan mencari tempat membuang. Walau bagaimanapun, permainan tetap dijalankan memandangkan cuaca pada masa itu hujan dan berguruh. Malar jua kana gambar..(pasal kilat lah tu..). Di separuh masa pertama, SOAS FC telah dibolosi di awal2 minit pertama...seminit pun tidak sampai. Rentak permainan SOAS FC agak sikit mencemaskan memandangkan posisi pemain yang tidak menentu begitu juga pasukan lawan dimana pemain tengah jarang digunakan.

Dengan masa sentiasa bergerak ke hadapan, permainan kedua2 pasukan agak sedikit kucar kacir. Akan tetapi, SOAS FC berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil dari tandukan Cikgu Harlezam dimana assist datang dari Cikgu Yusrin. Dengan jaringan tersebut, SOAS FC telah berjaya mengawal keadaan dipadang bagaimanapun, pemain lawan telah berubah permainan hingga menyebabkan kecederaan kepada pemain tuan rumah yang tidak di lihat oleh pengadil. Dengan adanya ke aggresifan permainan, maka terjadilah suatu insiden yang tidak diingini. Sehinggakan pengadil telah berkata " Main bola ani friendly ganya, nada jua dapat hadiah.." cematulah bunyinya.

Di masa permainan itu, tidak lama kemudian , SOAS FC berjaya menjaringkan gol mendahulu juga dari hasil pemain penyerang yang berbisa iaitu Cikgu Harlezam. Walaupun banyak pemain SOAS FC naik keatas, tendangan demi tendangan telah di hasilkan untuk cuba menjaringkan terutamanya dari Cikgu Yusrin, Ustaz Shahroni, Cikgu Azizul Fitri dan Cikgu Harlezam, tendangan Cikgu Harlezam sahaja yang tepat mengenai jaring pemain pelawat.

Tidak lama kemudian, SOAS FC telah dibolosi dengan jaringan kedua pasukan pelawat, dimana pamain SOAS FC tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang terang2 offside walaupun keadaan pada masa itu kan gelap sudah. Walaupun seri akan tetapi dikira menang. Keputusan muktamad adalah SOAS FC 2 - SMSH 2.

p/s: perlawanan persahabatan seterusnya ialah pada Hari Rabu, 18hb November 2009 bertempat di SOAS Arena menentang guru2 dari sekolah rendah.

Thursday, November 12, 2009

SOAS FC menjemput SMSUA

Arena MSOAS, 12hb November 2009: Kehadiran pamain SOAS FC boleh dikatakan mencukupi sebelum perlawanan persahabat dimulakan. SMSUA (Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khatttab) telah menerima jemputan perlawanan persahabatan di gelanggang Arena Maktab SOAS. Pihak lawan telah memakai jersi berwarna merah manakala, SOAS FC masih jua memakai jersi yang berwarna kuning. (Bila tah kan membali baju team baru)...dangar2 di Gills Murah n sedap dipakai..and the price is reasonable..around B$28 Brunei Dollar.. I suggest..membali tah tapi sendiri..karang kalau membeli secara borong, saiz inda ngam..karang ada org kana XXL...(saja cadangan saja..wokey)..

Bebalik kepada laporan perlawanan petang tadi, pasukan pelawat telah membawa bintang2 bolasepak..ada yang dari team inda calang2..DPMM FC management (pasal ku tahu, ada diorang memakai baju DPMM FC). Pasal pasukan mana yang score dulu, saya tidak pasti..lupa menanyakan pemain SOAS FC tadi..akan tetapi, di separuh masa pertama, kedua2 pasukan telah berjaya menjaringkan gol ke gawang lawan masing2. Jaringan SOAS FC telah berjaya disudahi oleh Cikgu Yusri hasil dari tendangan sudut dari Ustaz Shahrul.

Keadaan pemain2 SOAS FC amat bagus..senantiasa bergerak dan melakukan serangan demi serangan kepada pihak lawan dan tidak lupa juga kepada SMSUA, sama juga, memberi aksi2 yang mendebarkan pemain SOAS FC. Jaringan kekal seri satu sama di separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua pula, kurang lebih jua macam separuh masa pertama tadi, serangan demi serangan telah berjaya dihasilkan oleh kedua2 pasukan. Akan tetapi, jaringan belum juga diperolehi. Kurang kebih 15 minit sebelum wisel penamat, SOAS FC berjaya menjaringkan gol pendahuluan hasil dari hantaran Usraz Mazlan yang cantik dan ngam melepasi tangan penjaga gawang SMSUA ke pemain penyerang SOAS FC yang berjersi 28. Dari info2 yang diberi, penyerang berkenaan telah menjaringkan gol berkenaan dengan menggunakan kepala sambil tertutup mata...Dengan hasil jaringan yang tak seberapa itu, SOAS FC kembali membezakan dengan 1 jaringan kepada pihak lawan. Ini memberi semangat kepada SOAS FC untuk cuba menjaringkan gol lagi akan tetapi..atas sebab kan menyerang2 saja, pasukan pelawat talah berjaya menembusi gawang SOAS FC. Hasil terkini adalah seri dua sama.

Walaupun pemain pelawat telah banyak berjaya melepasi bahagian pertahanan SOAS FC, dengan adanya penjaga gawang SOAS FC yang berbadan tinggi, pasukan SMSUA bagaikan susah untuk menembusi beliau. Well Done GK SOAS FC. Keputusan berakhir dengan jaringan seri dua sama.

Boleh dikatakan pemain dari pasukan pelawat adalah lebih bagus dari SOAS FC, akan tetapi dengan kegigihan dan kerajinan dan ketangkasan dan berkomunikasi dengan baik, SOAS FC hampir2 menewaskan pasukan pelawat. Andangnya tu...kalau dilawan pasukan kuat, kuat tah jua & kalau yang sadang, apa perkataannya tu..'complesant' (maybe lah-ikut perspectif sorang2).
Anyway, tahniah SOAS FC dengan kedua jaringan yang diperolehi menggunakan kepala.

p/s: Next game hari Sabtu 14hb November 2009 di Arena MSOAS vs Sekolah Menengah Sayyidina Hassan (SMSH Tanjung Bunut).

Wednesday, November 11, 2009

SOAS FC vs ATL

Arena SOAS, 10hb November 2009: SOAS FC pada perlawanan kali ini telah dilawati dari pasukan Angkatan Tentera Laut (ATL). Di awal separuh masa pertama SOAS FC dan pasukan pelawat berjaya menjaringkan satu gol setiap satu. Gol SOAS FC berjaya dijaringkan oleh Cikgu Yusrin. Sebelum penghujung separuh masa pertama, seorang pemain iaitu penjaring SOAS FC pada masa itu tiba2 tercedera ngam2 di tengah2 padang, lalu digantikan oleh seorang pemain yang berpengalaman yang berjersi 20 iaitu Ustaz Mazlan. Hanya beberapa saat sebelum beliau masuk, maka berbunyilah wisel menandakan tamatnya separuh masa pertama. Menjamah pun inda beliau bola. Hehe...


Di separuh masa kedua pula, beberapa barisan hadapan telah ditukar dan digantikan. Banyak peluang telah gagal dijaringkan oleh kedua2 pasukan. Atas ketangkasan penjaga gawang SOAS FC, maka diseparuh masa kedua jaringan dari pasukan pelawat agak susah membolosi gawang SOAS FC. Tidak lama kemudian, SOAS FC berjaya menjaringkan gol kedua hasil dari Cikgu Hj Darul dimana beliau berjaya melemaskan penjaga gawang pelawat. Beliau lagi sekali berjaya menjaringkan gol ketiga hasil hantaran leret sebelah kanan dari Cikgu Harlezam. Dengan senangnya beliau berjaya memasukkan bola melepasi garis masuk gawang ATL. Ketangkasan benteng pertahanan SOAS FC juga sangat bagus, terdiri dari Cikgu Md Arizal, Cikgu Azri, Cikgu Yusri dan Ustaz Shahroni.


Keputusan muktamad SOAS FC berjaya mengalahkan ATL dengan jaringan 3 berbalas 1.

p/s: perlawanan seterusnya pada hari:

Khamis,12hb November 2009 vs SMSUA
Sabtu, 14hb November 2009 vs SMSH.

Venue: SOAS Arena

Wednesday, November 4, 2009

Late Chit inda ada, tapi MENANG




Arena SOAS, 3hb November 2009: Di bulan yang baru ini, SOAS FC telah berjaya memenangi perlawanan persahabatan dengan pasukan yang bakal mendaftar untuk masuk liga Brunei. Nama pasukannya tidak pasti apa namanya, tetapi pasukan itu terdiri dari golongan muda2 remaja. Perlawanan ini adalah untuk mereka mengetahui kekuatan pasukan mereka itu.

Di separuh masa pertama, SOAS FC telah ketinggalan 0 - 2 kepada pasukan pelawat. Ini adalah kerana pasukan pelawat yang suka ranjat meranjat berlusir kesana kemari membuatkan mereka sebagai pasukan yang aktif yang pernah dilawan pada bulan yang baru ini. Akan tetapi, atas permainan mereka yang sentiasa mahu main laju, maka keterperician permainan agak kurang. Walaupun golongan yang mereka lawan ini iaitu SOAS FC berbeza umur, akan tetapi pengalaman mahu tahu. Dengan adanya pengalaman, walaupun SOAS FC telah ketinggalan 0 - 2 di separuh masa pertama, akan tetapi tahap kementalan sentiasa terjaga. SOAS FC kurang menyerlah sedikit untuk menjaringkan sebarang gol ini adalah kerana striker SOAS FC Cg HJ j Khairul Abdoh mengalami kecederaan lutut dan telah digantikan oleh Ustaz Shahrul Anuar.

Di separuh masa kedua pula, dengan 'feel cool' yang ada pada SOAS FC, SOAS FC berhasil memberi tekanan kepada pasukan pelawat dan telah berjaya menjaringkan gol pertama melaui Cikgu Yusrin. Beberapa minit kemudian, SOAS FC berjaya menyamakan kedudukan yang telah dijaringkan oleh pemain nombor 28 yang lama sudah 'kemarau' menjaringkan gol. Gol ketiga yang tidak dikira atas sebab pengadil telah meniup wisel kerana 'offside' juga telah dijaringkan oleh pemain 28. Ini lagi memberi tekanan kepada pasukan pelawat. Gol kemenangan SOAS FC berjaya disudahi oleh Fauzi dengan tendangan leret tepat mengenai jaring gawang pasukan pelawat. Keputusan muktamad SOAS FC 3 - Pelawat 2.

Perlawanan seterusnya insyallah akan diadaka pada 7hb November 2009, Hari Sabtu menentang jiran SOAS iaitu STPRI.